Jumaat, 4 Julai 2025

NAK ANAK MUDAH SKOR A? KENALI KARAKTER ANAK

NAK ANAK MUDAH SKOR A? KENALI KARAKTER ANAK

Tahukah ibu,
setiap anak ada gaya/karakter belajar yang berbeza – dan bila kita ajar ikut gaya/karakter mereka, mereka lebih cepat faham, lebih seronok belajar, dan lebih yakin capai A?
kadang-kadang anak kita bukan tak pandai…
Cuma cara belajar mereka tak sama seperti yang kita sangka.
Ada anak yang susah fokus bila belajar.
Ada yang cepat bosan, tak suka dengar ceramah panjang.
Ada juga yang belajar sungguh-sungguh, tapi masih tak dapat A.
Sebagai ibu, kita mungkin rasa buntu.
Tapi… ibu tahu tak?
Mungkin sebab anak kita belajar bukan ikut gaya yang sesuai dengan dirinya sendiri.

PART 1 : ANAK KARAKTER VISUAL (Belajar Melalui Penglihatan)

Anak Visual suka nota bergambar, warna-warni dan mind map.
Mereka mudah hilang fokus bila suasana serabut. Tapi bila cikgu tunjuk gambar, video atau carta — mereka terus ‘nampak jalan’.

Karakter:
Lebih faham apabila melihat berbanding mendengar
Suka warna, gambar, carta, peta
Peka terhadap penampilan & susun atur
Guna banyak perkataan seperti “nampak”, “jelas”, “bayangkan”

Cara Belajar:
Nota bergambar & berwarna
Video, infografik, slide
Mind map & flashcard
Suka duduk depan dalam kelas

💡 Di Azzahara Online Tuition,
kami percaya bahawa setiap anak unik.
Kami kenal pasti gaya belajar anak terlebih dahulu, kemudian ajar ikut gaya mereka.
Sebab itu ramai anak seronok belajar, dan markah pun makin naik! 🎯

“Bila belajar ikut gaya mereka, barulah mereka rasa yakin & bermotivasi.”
Ibu nak kami bantu anak ibu belajar ikut gaya mereka?

Klik link untuk daftar sesi consultansi percuma.

Khamis, 3 Julai 2025

"Jangan takut gagal, kerana gagal itu sebahagian daripada proses untuk berjaya."


"Jangan takut gagal, kerana gagal itu sebahagian daripada proses untuk berjaya."

Ramai orang takut untuk bermula kerana bayangkan kegagalan. Tapi realitinya, tak ada orang berjaya yang tak pernah jatuh.
Gagal bukan bererti kita lemah. Ia tanda kita sedang mencuba, sedang belajar, sedang membina jalan ke arah kejayaan.
Setiap kesilapan hari ini adalah guru untuk hari esok.
Jadi, teruskan melangkah. Belajar daripada kegagalan, bangkit dengan pengalaman.
Jangan biarkan takut menghalang potensi diri. 🌱💪
📲 DM kami hari ini.
Kami sambung ikhtiar anda dengan ilmu & sokongan.


Berminat untuk sertai team kami?
Bagi jawatan Tutor, Perunding Pendidikan atau Pentadbiran (Full time/ Part time)
Klik link di bawah….
Pegawai Sumber Manusia:

#DoaIbu #SPM2025 #TuisyenOnline #AzzaharaHomeTuition #DoaYangTiadaHijab #AnakCemerlangIbuTenang

 

Rabu, 2 Julai 2025

Doa Ibu Untuk Anaknya...


Doa Ibu Untuk Anaknya...
“Ya Allah…
Jika anakku penat, beri dia kekuatan.
Jika dia putus asa, hidupkan kembali harapannya.
Jika dia tersasar, tariklah dia kembali ke jalan-Mu.”
“Ya Allah…
Jika aku tidak sempat melihat kejayaannya,
jangan Kau cabut keberkatan dalam hidupnya.”
“Aku mungkin tidak mampu ajar dia seperti seorang guru…
Tapi aku mohon Ya Allah, Kau ajarlah dia dengan rahmat dan kasih sayang-Mu.”
“Lembutkan hatinya, terangilah fikirannya, dan bimbing langkahnya.”
“Jadikan dia anak yang tahu menghargai ilmu, tidak malas berusaha, dan tidak mudah putus asa.”
“Jika dia jatuh, Kau angkatlah dia.
Jika dia hilang semangat, Kau hantar padanya seseorang yang membangkitkan semula harapannya.”
“Ya Allah…
Jadikan anakku insan yang berjaya…
bukan sekadar di mata manusia,
tapi berjaya dalam hidup yang Kau redhai.”
“Amin… Ya Rabbal ‘Alamin.”
Inilah doa yang tak pernah henti dari seorang ibu.
Dia mungkin tak tahu cara ajar anak Matematik,
tapi dia tahu… cara merayu kepada Tuhan siang dan malam.
Di Azzahara Home Tuition,
kami bukan sekadar ajar anak anda untuk lulus —
kami bantu mereka temui semangat untuk berubah,
kerana kami tahu… ada ibu yang sedang berdoa penuh harap di sejadahnya.
DM kami hari ini.
Kami sambung ikhtiar anda dengan ilmu & sokongan.


Berminat untuk sertai team kami?
Bagi jawatan Tutor, Perunding Pendidikan atau Pentadbiran (Full time/ Part time)
Klik link di bawah….
Pegawai Sumber Manusia:

#DoaIbu #SPM2025 #TuisyenOnline #AzzaharaHomeTuition #DoaYangTiadaHijab #AnakCemerlangIbuTenang


 

"Senyuman Itu Ada Cerita..."


 "Senyuman Itu Ada Cerita..."

Senyuman mereka manis.
Tapi di sebalik senyuman itu…
ada bermalam-malam tak cukup tidur,
ada hati yang kadang-kadang terpaksa kuat walau hampir rebah,
dan ada usaha yang tak pernah henti demi anak-anak yang mereka sayang.
Ibu ini mungkin tak pernah cerita,
tapi setiap hari, dia sedang menanggung ratusan rasa.
Penat.
Risau tentang pelajaran anak.
Takut kalau tak mampu jadi ibu yang terbaik.
Tapi dia terus senyum...
Sebab dia tahu, penat hari ini adalah pelaburan untuk senyuman anak di masa hadapan.
Kepada semua ibu di luar sana,
jangan bandingkan diri anda dengan ibu lain.
Setiap anak ada waktunya untuk bersinar.
Dan setiap ibu, Allah pilih dengan ujian yang paling sesuai untuk hatinya.
Terima kasih kerana terus kuat, walaupun kadang-kadang rasa nak berhenti.
Azzahara Home Tuition faham cabaran seorang ibu.
Kami ada untuk bantu anda bimbing anak – dengan guru berpengalaman dan kelas satu lawan satu.
Ibu tak perlu risau lagi anak tertinggal pelajaran.
Anak belajar, ibu tenang.

#CeritaIbu #DoaIbuTiadaHijab #TuisyenOnline #AzzaharaHomeTuition #IbuBijakAnakBijak #StorytellingIbu