Isnin, 23 Ogos 2021

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI BERSEMPENA HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 2021 YANG KE-64

 


NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI BERSEMPENA HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 2021 YANG KE-64.

#KitaJagaKita
#AzzahraHT
#AzzahraHomeTuition
#onlintetuition
#tuition
#CreatingFutureTogether
#QualityAndFunLearning
#HomeTuition
#TuitionCentre


Selasa, 10 Ogos 2021

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM 1443 HIJRAH


SALAM MAAL HIJRAH 1443

======================

 

Hi dan Assalammualaikum semua? Salam Maal Hijrah…

 

Hari ini merupakan 1 Muharram 1443 merupakan tahun baru bagi kalender umat Islam. Jadi cikgu nak ucapkan selamat tahun baru kepada semua umat Islam di Malaysia. Semoga tahun baru ini, kita menjadi seorang yang lebih baik daripada tahun yang lepas. Jom kita letakkan azam baru kita dengan pertambahan nilai-nilai positif dalam diri kita agar kita dapat menjadi umat Islam yang diredhai Allah SWT dan disenangi oleh keluarga, kawan-kawan dan masyarakat. Seronokkan kalau Allah SWT sayang kita dan semua orang di sekeliling kita sayang kita… Sebab ramai orang suka berkawan dengan orang yang positif.

 

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam iaitu untuk kita memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

 

Hijrah atau perpindahan tidak hanya membawa maksud kita berpindah daripada satu tempat ke tempat yang lain tetapi ianya juga boleh dimaksudkan dengan penghijrahan diri. Penghijrahan diri boleh diertikan sebagai berjuang dan berani untuk meninggalkan perkara-perkara yang buruk dan beralih kepada perkara-perkara yang lebih baik.

 

Bagaimana tu cikgu?

 

“Contohnya kalau sebelum ini kita merupakan seorang yang jenis belajar yang mengikut mood”. Jadi kita harus mulakan melakukan perubahan itu dengan kita membuat jadual belajar. Tetapkan masa belajar, hari dengan matapelajaran yang ingin kita pelajari. Kemudian pastikan diri kita patuh dengan jadual yang kita pelajari tersebut. Kalau kita susah untuk ikut jadual tersebut.  Mulakan dengan paksa diri kita dahulu, lama-lama kita akan terbiasa dengan mengikuti jadual tersebut. Inshaa Allah kita akan menjadi pelajar yang berdisiplin dan disiplin merupakan salah satu komponen yang sangat penting untuk kita menjadi seorang pelajar yang cemerlang.

 

Itu sahaja perkongsian cikgu untuk hari ini, semoga perkongsian cikgu ini memberi manfaat kepada semua pelajar-pelajar.

 

Jika anda rasa perkongsian cikgu ini bermanfaat, sila “Click Like & Share” untuk manfaat semua.

 

Terima Kasih Semua. Assalammualaikum dan Salam Maal Hijrah.

 

#KitaJagaKita

#AzzahraHT

#AzzahraHomeTuition

#onlintetuition

#tuition

#CreatingFutureTogether

#QualityAndFunLearning

#HomeTuition

#TuitionCentre



 

Sabtu, 17 Julai 2021

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 2021


SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 2021

================================


Raya Haji pada tahun ini kita masih tidak dapat untuk beraya bersama orang yang tersayang yang berada jauh di kampung. Jangan bersedih kerana kita masih lagi boleh menggunakan kecanggihan teknologi terkini dengan membuat ‘video call’ bersama mereka. Kita perlu berasa beruntung dan bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk menyambut hari yang mulia ini dengan orang yang tersayang walaupun dalam jarak yang jauh. Bayangkan mereka yang tidak dapat beraya kerana peperangan, tiada bekalan makanan dan sebagainya. Apalah nasib mereka dan bayangkan perasaan mereka bagaimana. Jadi kita perlu sentiasa rasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah beri kepada kita.


Ingat untuk sentiasa jaga diri apabila mahu keluar dan jangan lupa untuk patuhi SOP supaya kita dapat melindungi diri daripada jangkitan Covid-19. Jangan bersedih apabila kita tidak dapat beraya dengan rakan-rakan dan juga ahli keluarga yang terdekat kerana ianya adalah untuk kebaikan kita supaya Covid-19 dapat dibendung dan dihapuskan dengan cepat. Jadi patuh SOP dan mari sama-sama kita putuskan rangkaian ini.

Akhir kata, kami dari Azzahra Home Tuition ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua dan kami memohon maaf diatas kesilapan dan kesalahan yang pernah kami lakukan secara sedar ataupun tidak. Moga pada hari yang mulia ini kita kongsi kegembiraan bersama-sama.

#KitaJagaKita

#AzzahraHT

#AzzahraHomeTuition

#onlintetuition

#tuition

#CreatingFutureTogether

#QualityAndFunLearning

#HomeTuition

#TuitionCentre





 

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI BERSEMPENA HARI RAYA HAJI AIDIL ADHA 2021

 




Sabtu, 3 Julai 2021

PEMENANG PERADUAN KONGSI GAMBAR RAYA 2021






 

KEPUTUSAN PEMENANG HADIAH KONGSI GAMBAR RAYA 2021

====================================================

 

Alhamdulillah, Peraduan Slogan Kata dan Gambar menarik sempena Peraduan Kongsi Gambar Raya 2021 telah tamat dan kami dari  pihak Azzahra Home Tuition ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menyertai peraduan ini.

 

Sehubungan itu, pihak syarikat mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang telah berjaya memenangi peraduan ini. Bagi mereka yang tidak terpilih, jangan bersedih. Inshaa Allah ada rezeki anda boleh sertai peraduan daripada Azzahra Home Tuition yang akan datang.

 

Pihak syarikat akan bank in hadiah wang tunai tersebut kepada pemenang-pemenang bertuah tersebut. Tahniah dan terima kasih.

 

#KitaJagaKita

#AzzahraHT

#AzzahraHomeTuition

#onlintetuition

#tuition

#CreatingFutureTogether

#QualityAndFunLearning

#HomeTuition

#TuitionCentre


Rabu, 30 Jun 2021

TUTOR TERBAIK MEI 2021


Syabas dan Tahniah kepada Cikgu Farrah Hazwani atas pencapaian perkhidmatan cemerlang yang telah diberikan.

Terima kasih atas jasa dan keiklasan cikgu dalam mendidik dan membimbing pelajar-pelajar Azzahra Home Tuition.

Semoga segala jasa baik cikgu di balas dengan kebaikkan di dunia dan di akhirat. Aamiin.