Isnin, 28 Februari 2022

SAMBUTAN PERISTIWA ISRAK & MIKRAJ


SAMBUTAN PERISTIWA ISRAK & MIKRAJ

=================================


Assalamualaikum semua, cikgu nak ucapkan selamat menyambut hari memperingati Peristiwa Israk & Mikraj. Semoga dengan memperingati peristiwa ini, iman kita semakin kukuh dan kental. Jadi cikgu ingin ceritakan serba sedikit apakah yang berlaku semasa peristiwa ini.


Peristiwa ini berlaku pada 27 Rejab dan ketika itu Nabi Muhammad SAW sedang bersedih, dan ianya juga dikenali sebagai ‘Tahun Dukacita’ di mana beliau baru sahaja kehilangan isterinya yang bernama Siti Khadijah dan pak ciknya, Abu Talib.


Peristiwa ini sangat luar biasa kerana perjalanan ini berlaku selama 3/4 malam sahaja dan dalam tempoh yang singkat ini, Baginda dapat kembali semula ke Makkah sebelum terbit fajar. Perjalanan ini bermula dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa dengan menaiki Buraq. Kemudiannya Nabi SAW dinaikkan ke Sidratul Muntaha untuk bertemu dengan Allah SWT. 


Apa yang berlaku ketika baginda SAW bertemu dengan Allah SWT dan kenapa berlakunya peristiwa ini? Ianya kerana Allah memberi perintah kepada baginda SAW untuk dibawa kembali kepada umat Islam mengenai perincian solat dan disinilah bermulanya kita diwajibkan untuk menunaikan solat 5 waktu.


Israk dan Mikraj bukanlah sekadar peristiwa yang perlu diingati. Akan tetapi, pengajaran disebalik perjalanan luar biasa ini harus dihayati dari segenap sudut dalam membentuk rohani yang baik. 


Semoga peristiwa Israk dan Mikraj ini dapat meningkatkan lagi ketaqwaan dan keimanan kita sekaligus menjadikan Rasulullah sebagai Qudwah Hasanah dari sudut peribadi dan tindakan dalam kehidupan harian. 


Sekian, terima kasih.


#AllahJagaKita

#AzzahraHT

#AzzahraHomeTuition

#onlinetuition

#tuition

#CreatingFutureTogether

#QualityAndFunLearning

#HomeTuition

#TuitionCentre



 

Selasa, 25 Januari 2022

PERUNDING PENDIDIKAN TERBAIK DISEMBER 2021


Syabas dan Tahniah kepada Cik Nur Raihana atas pencapaian perkhidmatan cemerlang yang telah diberikan.

Terima kasih atas usaha dan kejayaan cik mencapai jualan tertinggi untuk bulan ini.

Semoga segala usaha dan kerja keras cik di balas dengan kebaikkan di dunia dan di akhirat. Aamiin.


 

KERJAYA SEBAGAI PENOLONG PEGAWAI TADBIR

 


KERJAYA SEBAGAI PENOLONG PEGAWAI TADBIR

Azzahra Home Tuition sedang mencari PENOLONG PEGAWAI TADBIR.


Kriteria yang diperlukan oleh PENOLONG PEGAWAI TADBIR:
      ~ Warganegara Malaysia 
      ~ Keutamaan pada bujang
      ~ Boleh bekerja di Selayang
      ~ Boleh bekerja malam
      ~ Boleh bekerja hari Sabtu & Ahad

BAGAIMANA INGIN MEMOHON?

Hantar resume: 
azzahra.ht.hr@gmail.com

WhatsApp: 010 - 367 9947 (Pegawai Sumber Manusia)

FB: https://www.facebook.com/AzzahraHomeTuitionKLSelangor
IG: https://www.instagram.com/azzahrahometuition/


Rabu, 12 Januari 2022

SANGGUP NAIK TURUN KEBUN










SANGGUP NAIK TURUN KEBUN
==========================

Masyaa Allah, terharu sangat bila baca testimoni yang kami terima daripada pelanggan kami. Sanggup naik turun kebun dan berkhemah di sana untuk mendapatkan ilmu. Semoga ilmu yang diberi oleh cikgu-cikgu kami ini dapat membantu pelajar kami berjaya di dunia dan di akhirat.

Ini antara feedback yang pihak perunding pendidikan kami terima daripada pelanggan mereka. Alhamdulillah mereka sangat berpuas hati dan sukakan kelas di Azzahra Home Tuition kerana kami menyediakan:
- Kelas berkumpulan kecil (3-6 orang pelajar)
- Tutor dapat memberikan perhatian dan fokus kepada pelajar
- Komunikasi dua hala antara cikgu dan pelajar

Mereka sangat berpuas hati dengan kualiti perkhidmatan Azzahra Home Tuition dalam menyediakan kelas online kumpulan kecil.

Memang fokus kami untuk memberikan servis yang terbaik dan kepuasan yang maksimum kepada pelajar yang mengambil kelas ‘ekstra” supaya mereka dapat fokus dan boleh bersoal jawab dengan cikgu semasa dalam kelas.

Terima kasih kepada semua ibu bapa pelajar yang terus percaya kepada perkhidmatan Azzahra Home Tuition dan sentiasa kekal bersama kami.

Sekian, Terima Kasih.