Rabu, 30 Mac 2022

PERUNDING PENDIDIKAN TERBAIK JANUARI & FEBRUARI 2022

 




Tahniah cik kerana telah menjadi perunding pendidikan separuh masa di Azzahra HT. Tahniah 

juga atas pencapaian jualan anda perolehi. Semoga anda sentiasa terus bersemangat dan berusaha untuk mencapai target yang tinggi.


Ada sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada kami? Segera hubungi nombor ini:


wassap.my/60103679947/PERUNDING_PENDIDIKAN


#AllahJagaKita

#AzzahraHT

#AzzahraHomeTuition

#onlinetuition

#tuition

#CreatingFutureTogether

#QualityAndFunLearning

#HomeTuition

#TuitionCentre


MESYUARAT TUTOR



 Mesyuarat tutor bersama pihak pengurusan.


Cikgu itu adalah pelita hidup buat pelajar yang akan menyuluh jalan mereka ke jalan yang mereka ingin tuju. 


Jadi, ianya sangat penting untuk cikgu meningkatkan kemahiran diri dan memberi ilmu kepada pelajar serta menjadi modal insan buat semua pelajar. Bukan sahaja akan bantu pelajar dari sudut akademik, tetapi cikgu akan bantu pelajar dari aspek rohani pelajar. Ini kerana untuk melahirkan dan memperkembangkan potensi diri dalam pelajar, cikgu perlu seimbangkan jasmani, emosi, intelek dan rohani pelajar.


Jadi sebab itu cikgu-cikgu di Azzahra HT akan ada training untuk meningkatkan lagi kemahiran dalam diri dan membantu ramai lagi pelajar untuk berjaya. 


Jika berminat untuk menjadi ahli pendidik di Azzahra HT, boleh hubungi nombor tersebut: 


wassap.my/60103679947/TUTOR


#AllahJagaKita

#AzzahraHT

#AzzahraHomeTuition

#onlinetuition

#tuition

#CreatingFutureTogether

#QualityAndFunLearning

#HomeTuition

#TuitionCentre


Selasa, 1 Mac 2022

PEPERIKSAAN BUKANLAH MUSUH YANG HARUS DITAKUTI


PEPERIKSAAN BUKANLAH MUSUH YANG HARUS DITAKUTI

================================================


Peperiksaan bukanlah musuh yang harus ditakuti tetapi ianya adalah teman yang harus dihadapi dengan berani melalui persediaan yang rapi dan bersungguh-sungguh.


Tanpa peperiksaan kita tidak akan tahu prestasi diri kita berada di tahap mana. Tanpa peperiksaan juga, kita akan sentiasa berasa selesa hidup tanpa cabaran. Tanpa cabaran pula, kita akan jadi orang yang sentiasa tidak berusaha dan tidak akan  mencapai kemajuan diri. Tanpa peperiksaan juga, kita tidak akan tahu kebolehan diri kita, apakah penguasaan diri kita terhadap sesuatu mata pelajaran yang akan kita bangunkan pada masa akan datang untuk kita capai impian kita. Dengan adanya peperiksaan juga, akan menjadikan kita orang yang sentiasa bersedia untuk menghadapi apa jua cabaran untuk berjaya.


Jadi banyak kelebihan menghadapi peperiksaan ini dan kita tidak perlu takut untuk menghadapinya.


Banyak masa, wang dan tenaga yang telah kita korbankan untuk bersedia menghadapi peperiksaan SPM 2021 ini. Jadi inilah masanya untuk kita buktikan kepada semua kemampuan diri kita yang sebenarnya. Jadi kita haruslah harunginya dengan yakin dan tenang agar kita dapat menjawab kertas peperiksaan ini dengan baik.

Jadi cikgu ingin kongsikan tips yang boleh pelajar-pelajar amalkan di saat akhir sebelum menghadapi peperiksaan:

1.   Berdoa kepada Allah S.W.T supaya diberi ketenangan untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan agar dapat mencapai keputusan yang diimpikan.

2.   Pohon restu dan doa daripada ibu bapa anda sebelum menghadapi peperiksaan kerana redha Allah terletak pada redha kedua orang tua dan murka Allah terletak pada murka kedua orang tua. (HR Thabrani dari Ibnu Umar)

3.  Mohon maaf dan pohon restu daripada guru anda supaya ilmu yang telah anda perolehi mendapat keberkatan.

4.  Lihat semula nota-nota dan latihan-latihan yang telah anda buat supaya dapat membantu mengingatkan semula apa yang telah anda pelajari.

5.  Rujuk cikgu atau kawan-kawan anda mengeni soalan yang tidak difahami sementara masih ada waktu.

6. Jaga kesihatan dan makan makanan yang sihat serta pastikan masa tidur anda mencukupi supaya isu kesihatan anda tidak terganggu semasa menjawab soalan peperiksaan.

7.  Jangan bazirkan masa dengan melayari media sosial dan bermain permainan video game atau perkara-perkara yang tidak bermanfaat di saat akhir kerana masa yang telah berlalu tidak boleh diundur kembali.


Akhir kata, pihak Azzahra Home Tuition ucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan SPM 2021 dan semoga anda dapat mencapai kejayaan yang diimpikan.  Kami percaya anda mampu melakukannya.


Terima kasih kepada semua pelajar dan ibu bapa yang terus percaya kepada perkhidmatan Azzahra Home Tuition.


Semoga berjaya mendapat keputusan SPM 2021 yang cemerlang.


Sekian, Terima Kasih.

 

#AllahJagaKita

#AzzahraHT

#AzzahraHomeTuition

#onlinetuition

#tuition

#CreatingFutureTogether

#QualityAndFunLearning

#HomeTuition

#TuitionCentre



 

Isnin, 28 Februari 2022

SAMBUTAN PERISTIWA ISRAK & MIKRAJ


SAMBUTAN PERISTIWA ISRAK & MIKRAJ

=================================


Assalamualaikum semua, cikgu nak ucapkan selamat menyambut hari memperingati Peristiwa Israk & Mikraj. Semoga dengan memperingati peristiwa ini, iman kita semakin kukuh dan kental. Jadi cikgu ingin ceritakan serba sedikit apakah yang berlaku semasa peristiwa ini.


Peristiwa ini berlaku pada 27 Rejab dan ketika itu Nabi Muhammad SAW sedang bersedih, dan ianya juga dikenali sebagai ‘Tahun Dukacita’ di mana beliau baru sahaja kehilangan isterinya yang bernama Siti Khadijah dan pak ciknya, Abu Talib.


Peristiwa ini sangat luar biasa kerana perjalanan ini berlaku selama 3/4 malam sahaja dan dalam tempoh yang singkat ini, Baginda dapat kembali semula ke Makkah sebelum terbit fajar. Perjalanan ini bermula dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa dengan menaiki Buraq. Kemudiannya Nabi SAW dinaikkan ke Sidratul Muntaha untuk bertemu dengan Allah SWT. 


Apa yang berlaku ketika baginda SAW bertemu dengan Allah SWT dan kenapa berlakunya peristiwa ini? Ianya kerana Allah memberi perintah kepada baginda SAW untuk dibawa kembali kepada umat Islam mengenai perincian solat dan disinilah bermulanya kita diwajibkan untuk menunaikan solat 5 waktu.


Israk dan Mikraj bukanlah sekadar peristiwa yang perlu diingati. Akan tetapi, pengajaran disebalik perjalanan luar biasa ini harus dihayati dari segenap sudut dalam membentuk rohani yang baik. 


Semoga peristiwa Israk dan Mikraj ini dapat meningkatkan lagi ketaqwaan dan keimanan kita sekaligus menjadikan Rasulullah sebagai Qudwah Hasanah dari sudut peribadi dan tindakan dalam kehidupan harian. 


Sekian, terima kasih.


#AllahJagaKita

#AzzahraHT

#AzzahraHomeTuition

#onlinetuition

#tuition

#CreatingFutureTogether

#QualityAndFunLearning

#HomeTuition

#TuitionCentre



 

Selasa, 25 Januari 2022

PERUNDING PENDIDIKAN TERBAIK DISEMBER 2021


Syabas dan Tahniah kepada Cik Nur Raihana atas pencapaian perkhidmatan cemerlang yang telah diberikan.

Terima kasih atas usaha dan kejayaan cik mencapai jualan tertinggi untuk bulan ini.

Semoga segala usaha dan kerja keras cik di balas dengan kebaikkan di dunia dan di akhirat. Aamiin.


 

KERJAYA SEBAGAI PENOLONG PEGAWAI TADBIR

 


KERJAYA SEBAGAI PENOLONG PEGAWAI TADBIR

Azzahra Home Tuition sedang mencari PENOLONG PEGAWAI TADBIR.


Kriteria yang diperlukan oleh PENOLONG PEGAWAI TADBIR:
      ~ Warganegara Malaysia 
      ~ Keutamaan pada bujang
      ~ Boleh bekerja di Selayang
      ~ Boleh bekerja malam
      ~ Boleh bekerja hari Sabtu & Ahad

BAGAIMANA INGIN MEMOHON?

Hantar resume: 
azzahra.ht.hr@gmail.com

WhatsApp: 010 - 367 9947 (Pegawai Sumber Manusia)

FB: https://www.facebook.com/AzzahraHomeTuitionKLSelangor
IG: https://www.instagram.com/azzahrahometuition/