Jumaat, 3 November 2023

ANUGERAH TUTOR CEMERLANG 2023

 


ANUGERAH TUTOR CEMERLANG
======================
Syabas dan Tahniah kepada Cikgu Amanina atas pencapaian perkhidmatan cemerlang yang sudah diberikan.
Ketika kami merenung ke belakang, telah terbentuk satu jejak kejayaan yang mempesona dengan setiap pelajaran yang telah cikgu sampaikan. Kepelbagaian ilmu yang telah cikgu kongsi dengan pelajar-pelajar Azzahra Home Tuition membolehkan mereka bersaing menghadapi kehidupan yang lebih baik.
Namun, apakah rahsianya? Apakah yang membuatkan Cikgu Amanina menjadi seorang tutor yang cemerlang?
Prinsip yang telah diamalkan adalah KUNCINYA : Sedikit perkongsian rahsia menjadi seorang tutor cemerlang daripada Cikgu Amanina.
Ikhlas: Sentiasa betulkan niat untuk mendidik pelajar kerana sesungguhnya sifat ikhlas ini dapat dirasai apabila kita benar benar ikhlas memberikan yang terbaik kepada pelajar dengan sepenuh hati. Pembelajaran yang lahir daripada hati bukan sahaja dapat melahirkan murid yang bijak malah melahirkan pelajar yang tinggi akhlaknya. Dalam teknik pengajaran sekurang-kurangnya ada dua elemen penting perlu diberikan perhatian iaitu akal dan hati. Akal berperanan menerima apa yang disampaikan dan boleh diukur seperti markah, gred dan sebagainya, manakala hati akan memandu ilmu yang diperolehi. Oleh itu, tugas menjadi seorang tutor adalah lebih daripada sekadar tugas mengajar sahaja bahkan ia adalah panggilan untuk membentuk minda serta membuka peluang dan mencungkil potensi pelajar dalam mencapai kejayaan.
Persediaan Mengajar: Persediaan amat penting kerana pertama, ia membantu kita untuk menjadi lebih berkesan dalam pengajaran yang ingin disampaikan. Apabila kita bersedia dengan baik, kita lebih cenderung untuk menjadi teratur, berkeyakinan, dan berpengetahuan. Ini boleh membawa kepada peningkatan hasil pembelajaran kepada pelajar. Kedua, persediaan mengajar membantu mengurangkan tekanan dan kebimbangan kita sebagai guru. Apabila kita tahu apa yang akan kita ajar dan bagaimana cara mengajarnya, kita akan terasa lebih yakin. Keyakinan ini boleh membebaskan tenaga untuk memberi tumpuan kepada membina hubungan dengan pelajar dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positif. Akhir sekali, persediaan mengajar membantu kita untuk lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran pelajar. Apabila kita mempunyai rancangan yang jelas untuk perkara yang pelajar mahu pelajari, kita dapat menjejaki kemajuan pelajar dengan lebih baik dan mengenal pasti mana-mana bahagian yang memerlukan sokongan tambahan.
Kenal pelajar: Memahami setiap pelajar sebagai individu dan menyesuaikan pendekatan pembelajaran dengan keperluan dan tahap perkembangan mereka adalah kunci untuk membantu mereka mencapai potensi mereka. Dengan memahami setiap pelajar secara individu, kita dapat mengenali tahap pembelajaran mereka, seperti mereka lebih suka belajar melalui penjelasan lisan, visual, atau melalui aktiviti. Kita juga dapat mengetahui tahap pengetahuan dan pemahaman mereka dalam suatu bidang tertentu, sehingga kita dapat memilih kaedah yang sesuai untuk memudahkan pembelajaran mereka.
Semoga perkongsian ini mampu menjadi medium dan titik tolak bagi rakan-rakan tutor yang lain supaya menjadi lebih bersemangat sekali gus membantu mereka dalam merangkul anugerah tutor cemerlang yang seterusnya.
Terima kasih Cikgu Amanina kerana telah memberi inspirasi kepada para tutor & pelajar Azzahra Home Tuition untuk membentuk masa depan yang terbaik.
Semoga segala usaha baik cikgu dibalas dengan kebaikan di dunia dan di akhirat. Aamiin.
Ingin kami bantu pendidikan anak anda, klik link di bawah….

Ahad, 1 Oktober 2023

KISAH DARI DUBAI - BIASANYA ANAK INI SUDAH MENANGIS


KISAH DARI DUBAI - BIASANYA ANAK INI SUDAH MENANGIS 

Sedang saya menunggu masuk waktu solat maghrib…tiba-tiba masuk satu chat whatsapp.Nombornya pula dari luar negara.

“Assalamualaikum cikgu…cikgu ada sediakan perkhidmatan kelas mengaji untuk anak 5 tahun? Dekat Dubai ini susah nak cari kelas pusat mengaji…puas saya cari ustaz atau ustazah untuk datang ke rumah…letih saya…”

“Anak saya dah masuk 5 tahun dan sudah pandai dan selesa guna iPads, jadi saya nak cuba masukkan anak untuk sertai kelas online”

La! baru tahu rupanya dekat Dubai susah nak dapat kelas mengaji, jauh beza dengan kita yang dekat Malaysia ni, memang senang nak cari kelas mengaji. Malam-malam, lepas ja maghrib jalan kaki dengan kawan-kawan, bawa muqaddam pi ja terus rumah ustaz untuk mengaji. 

“Cikgu…  anak saya ni, bahasa Melayunya masih belum fasih lagi, jadi kalau boleh nak ustaz atau ustazah yang boleh bercakap Bahasa Inggeris sebab dekat rumah pun anak saya memang banyak berbual dalam Bahasa Inggeris. Ya lah, sebab suami saya orang sini (Dubai)”

Lepas tu, kami pun uruskan kelas anak klien kami dari Dubai seperti yang di minta. 

Habis je kelas pertama, memang tak sampai 30 minit…kami pun tak sempat nak  tanya feedback lagi, tiba-tiba…

ting! ting! dapat notification dari si ibu 

"Happy sangat! Teacher is very good in teaching. Pandai ambik attention anak saya. Saya happy sangat tengok anak excited dengan kelas. Dah tak sabar-sabar nak masuk next class."

Katanya memang pertama kali anak seronok dengan kelas online. Biasanya sebelum ni kelas belum habis lagi, anaknya dah nangis. Bila dapat cikgu yang pandai ambil perhatian anaknya, memang hari-hari tak sabar nak masuk kelas. Lega hati si ibu.

Ingin kami bantu pendidikan anak anda, klik link di bawah….


Cikgu Solehah: wassap.my/60125421825/AZHTBLOG-KisahDariDubai


Cikgu Raihana: wassap.my/60108787040/AZHTBLOG-KisahDariDubai


Cikgu Intan: wassap.my/60193932635/AZHTBLOG-KisahDariDubai


Selasa, 26 September 2023

Salam Maulidur Rasul 1445 Hijrah

 


Matahari yang Sentiasa Terang Sinarnya
==========================
Salam Maulidur Rasul 1445 Hijrah
Bersempena dengan hari kelahiran baginda Rasulullah S.A.W, marilah kita perbanyakkan selawat dan bersatu hati pada sunnah junjungan Nabi Muhammad SAW sebagai tanda cinta kita terhadap baginda.
“Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah-sunnahku, kemudian diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala orang-orang yang mengamalkannya, dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun”
(Hadis Riwayat Ibnu Majah:209)
Antara sunnah utama baginda rasul adalah ketika menempuh perjalanan untuk menuntut ilmu.
Keindahan ilmu itu lebih menyerlah dengan adab. Ulama telah mengatakan bahawasanya “al-Adab qabla al-Tolab” yang bermaksud dahului adab, baru menuntut. Ini jelas menunjukkan bahawa pentingnya menjaga adab dalam menuntut ilmu.
Berikut merupakan 10 adab ketika menuntut ilmu;
1. Niat yang ikhlas
2. Bersungguh-sungguh
3. Menjauhi maksiat
4. Berdoa
5. Berwuduk
6. Rendah diri
7. Selidik atau semak semula ilmu
8. Hafal ilmu
9. Mengamalkan ilmu
10. Mengajarkan ilmu
Demikianlah 10 adab ketika menuntut ilmu. Menurut hadis Riwayat Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah, al-Baihaqi dan Ibnu Hibban;
Sekalian nabi tidaklah mewariskan wang dinar mahupun dirham (harta), melainkan ilmu. Maka sesiapa yang mengambilnya, dia telah mendapatkan keberuntungan besar.
Sebagai rumusan, marilah kita bersama-sama berusaha sedaya upaya membetulkan niat dan mengikhlaskan diri kita hanya kerana Allah SWT dalam melakukan sebarang amalan khususnya dalam bab menuntut ilmu supaya pada akhirnya kita mampu memperoleh redha Allah SWT di dunia mahupun di akhirat. Santunilah Ilmu Sehebat Rasulullah SAW dan jadilah manusia yang mampu memberi sinar kepada khalayak seperti pelita yang menyinari gelap dan contohilah kemenjadian modal insan seperti Rasulullah yang sentiasa memberi kebaikan kepada umat manusia umpama matahari yang sentiasa terang sinarnya.

Ingin kami bantu pendidikan anak anda, klik link di bawah….


Cikgu Solehah: wassap.my/60125421825/AZHTBLOG-MaulidurRasul2023


Cikgu Raihana: wassap.my/60108787040/AZHTBLOG-MaulidurRasul2023


Cikgu Intan: wassap.my/60193932635/AZHTBLOG-MaulidurRasul2023

Rabu, 30 Ogos 2023

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-66

 


Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Kami dari team Azzahra Home Tuition mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-66.
Terima kasih pejuang negara. Berkorban demi negara Malaysia tercinta.