Ramai ibubapa mengharapkan yang terbaik daripada anak-anak
Namun, persoalan yang sering bermain di benak saya, adakah
anak-anak mengetahuinya? Adakah anak-anak sedar tentang keprihatinan ibubapa
terhadap masa hadapan mereka
Mereka tidak tahu betapa “toughnya” cabaran yang bakal
menunggu mereka
Sungguh tidak dinafikan ramai juga anak-anak yang tidak rasa
apa-apa dengan memberi keputusan yang tidak cemerlang kepada ibubapa
Apa puncanya?Apa sebabnya? Adakah persoalan ini berkait
rapat dengan kematangan mereka? Atau kesedaran mereka? Atau perasaan kasih
sayang yang mereka dapat? Atau mereka dipinggirkan? Atau mereka kekurangan
kasih sayang? Terlalu banyak persoalan yang bermain di dalam kepala saya dalam
membuat penyelidikkan atas masalah pelajar yang bermasalah dan tidah cemerlang
Berbalik pada cerita sebenar, pelajar ini sudah lama dengan
team Azzahra, sudahpun 2 tahun bersama. Alhamdulilah baru-baru ini dapat
pesanan daripada ibu pelajar yang sangat gembira dengan pencapian anaknya
Kejayaan ini adalah kejayaan yang cukup bermakna kepada
ibubapanya. Nak dapat rasa manisnya madu perlulah rasa sakitnya sengatan sang
lebah
“No pain no gain” begitulah perumpamaan yang boleh saya
kaitkan
Semoga kejayaan ini adalah permulaan untuk mencapai kejayaan-kejayaan yang lain
Semoga kejayaan ini adalah permulaan untuk mencapai kejayaan-kejayaan yang lain
Bagi yang telah mendapat rentak dalam kejayaan jangan
abaikan.. teruskan mencapai banyak lagi kejayaan
Bagi masih mencari rentak, teruskan perjuangan. Bila mahu
mengalah fikirlah kejayaan datang pada mereka yang MAHUKANNYA
KEJAYAAN TIDAK PERNAH DATANG BERGOLEK, KEJAYAAN DATANG
SEIRING DENGAN USAHA DAN PENGORBANAN DIRI SENDIRI
Berusalah untuk mendapat kejayaan diri anda, walaupun
apa-apa yang terjadi teruslah berjuang sehingga anda dapat apa yang anda
mahukan
Sungguh, ia susah ia penat ia kadang-kadang menyakitkan, tpi
kalau tak rasa semua tu mana mungkin kita akan rasa manisnya sebuah kejayaan
Teruslah mencari kejayaan masing-masing
Semoga anda semua mencapai kejayaan di dunia dan akhirat
Semoga Allah memudahkan segalanya bagi anda semua
Teruslah mencari kejayaan masing-masing
Semoga anda semua mencapai kejayaan di dunia dan akhirat
Semoga Allah memudahkan segalanya bagi anda semua
Minta dari Allah untuk memberi kejayaan kepada kita kerna
SEGALA JENIS KEJAYAAN ADALAH DATANGNYA DARI ALLAH SWT


