Khamis, 16 Ogos 2018

PUAN NAK ANAK PUAN “IMPROVES” DARI SUDUT APA?




Ingat lagi saya antara komunikasi awal saya dan ibu pelajar sebelum pelajar ini menjadi pelajar Azzahra Home Tuition. Ibu muda ini mahukan pretasi anaknya meningkat,

GAGAL KE LULUS. Itu target si ibu!

Berjaya! Alhamdulilah. Mission accomplished!
Berapa lama? Sebulan! Ya sebulan sahaja!

Mungkin bagi sesetengah orang kata, eleeeh, gagal ke lulus je. Bukan susah pun.

Betul, tak susah. Tak susah bagi pelajar yang tak pernah gagal, tapi, bagi pelajar yang tak pernah lulus, ia tak mudah.

Mereka perlu belajar asas, yang mana, asas ini perlu difahami dari tahap 1. Atas beberapa faktor mereka ketinggalan.

Oleh disebabkan faktor inilah, mereka perlukan bimbingan tambahan daripada tuisyen sebagai kelas tambahan kepada mereka.

Selepas mendapat keputusan baru-baru ini, ibu ini menghantar pesanan melalui wassap seperti ini;

“Salam. Tak boleh nak tunggu siang, nak beritahu sekarang (waktu masa tu 8.11pm), alhamdulilah mid term baru ni anak saya dapat 54 english pemahaman dan 40 english penulisan. GEMBIRA SANGAT. Alhamdulilah even belum cukup cemerlang tpi dah cukup buat saya gembira cikgu. Capai target pertama”


Sebelum ini,

Ibu ini pernah bertanyakan kepada kami tentang berapa lama anaknya perlukan masa untuk ‘imporves’? kami bukan lah bomoh atau ahli silap mata yang boleh menukar keputusan sesorang pelajar itu dengan sekelip mata.

Ia perlukan masa especially untuk pelajar yang tidak pernah lulus dari tahap 1 lagi, ia akan ambil masa sekurannya 6bulan (worse case). Secara purata dalam masa 3bulan dah boleh nampak perubahan, itupun perlu tengok pada komitmen dan pemahaman pelajar tersebut.

Untuk pelajar ini sebulan sahaja. Saya pasti ini bukan usaha sebelah pihak sahaja, ini usaha daripada ramai pihak termasuklah doa-doa orang sekeliling.

Apa yang pihak kami boleh bantu adalah dengan memberikan perkhidmatan bantuan terbaik dari segi pembelajaran tambahan di rumah dengan bimbingan seorang tutor yang terlatih dibawah Azzahra Home Tuition.

Komitmen dan sikap pelajar juga tersangat penting. Jika diberi tutor yang terhebat sekalipun, tetapi tiada semangat dan sikap yang betul dari pelajar itu sendiri, susah untuk mendapat keputusan yang cemerlang

Selain itu, usaha pelajar juga penting dalam menentukan pretasi seseorang pelajar. Saya nasihatkan kepada ibu pelajar ini, selain tutor, pelajar dan ibubapa sendiri perlu mainkan peranan yang penting. Untuk memastikan anak puan dapat keputusan cemerlang, bukan tugas anak semata-mata. Ibubapa juga perlu mainkan peranan seperti memberi dorongan yang positif kepada pelajar dalam pelbagai bentuk

Alhamdulilah mereka lakukan sepertimana yang telah kami nasihatkan. Hasilnya pun cepat. Alhamdulilah semuanya dengan izin Allah. Kami di Azzahra Home Tuition akan sentiasa berhubung untuk memberi konsultansi dengan ibubapa berkenaan dengan pretasi pelajaran anak dari semasa ke semasa. Perbincangan ini selalunya merangkumi secara keseluruhan. Dua belah pihak memainkan peranan yang sangat penting untuk memastikan target atau objektif tercapai.

Selain usaha yang tidak putus-putus dan dorongan yang positif daripada ibubapa dan tutor, doa juga amat penting dalam membantu pelajar untuk memahami sesuatu topik.

Ramai antara kita pandang enteng dengan doa, sedangkan dalam quran Allah sudah nyatakan;

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ



Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina".

Kesimpulanya, dalam kita menetapkan TARGET YANG HENDAK DICAPAI, tindakan juga perlu seiring dengan target yang ingin dicapai, Jika mahukan A, tindakan juga perlu ke arah target A.

Bukannya target dah A tapi kelas tidak hadir, guru tidak hormat, ibubapa tidak hormat, kerja rumah tidak siap dan sebagainya.

Untuk ibu dan pelajar ini, mereka sudahpun letak target yang lebih tinggi selepas anaknya mencapai target yang pertama.

Setiap anak itu berbeza dar pelbagai sudut, jadi jangalah kita sebagai ibubapa melayan anak-anak kita semua dengan cara yang sama. Kerna setiap ciptaan itu unik dan berbeza.

Doa kami semoga pelajar ini dan pelajar-pelajar di Azzahra HT yang lain akan terus cemerlang dan gemilang dan mencapai target mereka dengan izin Allah.Aamiin



Tiada ulasan:

Catat Ulasan