CERMINAN KEPERIBADIAN
==================
Tahniah Cikgu Anis Zulaikha Rozaimie, Tutor Terbaik Jun 2024 dari Azzahra Home Tuition!
Dengan penuh rasa hormat dan penghargaan, kami ingin mengucapkan tahniah kepada Cikgu Anis Zulaikha Rozaimie atas pencapaian cemerlang cikgu sebagai Tutor Terbaik bagi bulan Jun 2024. Pengiktirafan ini bukan sahaja mencerminkan kecemerlangan cikgu dalam pengajaran, malah nilai-nilai murni yang cikgu tunjukkan.
Dalam perjalanan pencapaian cemerlang ini, Cikgu Anis Zulaikha Rozaimie telah menghidupkan prinsip utama yang menjadi asas kejayaannya:
1) Redha dan Ikhlas
Cikgu Anis menerima setiap cabaran dan rintangan yang dilalui dengan hati yang penuh redha dan ikhlas. Keredhaan dan keikhlasan bukan sahaja membawa ketenangan kepada diri sendiri, malah ianya juga memberi ketenangan kepada semua orang yang berada di sekelilingnya.
2) Beradab
Adab yang tinggi merupakan cerminan keperibadian Cikgu Anis. Cikgu menghormati semua pihak yang terlibat seperti pentadbir, ketua tutor, ibu bapa serta pelajar. Sikap sopan ini memupuk hubungan yang harmoni dan memberi keselesaan kepada semua pihak.
3) Bertanggungjawab
Cikgu Anis sentiasa komited dalam melaksanakan amanat yang diberikan kepadanya. Tanggungjawabnya tidak terhad kepada pengajaran semata-mata, tetapi juga memastikan setiap pelajar mencapai potensi maksimum mereka. Dedikasi cikgu untuk menggalakkan pencapaian kecemerlangan pelajar adalah sumber inspirasi yang tidak ternilai.
Kejayaan Cikgu Anis Zulaikha Rozaimie bukan sekadar pengiktirafan, tetapi anugerah kepada seorang pendidik yang dengan dedikasinya membawa perubahan positif kepada pelajar dan masyarakat sekelilingnya. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada semua untuk terus berusaha ke arah yang lebih baik.
Sekali lagi, tahniah Cikgu Anis Zulaikha Rozaimie atas pencapaian yang cemerlang. Semoga segala usaha dan pengorbanan yang telah cikgu lakukan akan diberkati daripada Allah SWT.
Ingin kami bantu pendidikan anak anda?
Klik link di bawah….
Cikgu Solehah: wassap.my/60125421825/AZHTBLOGTTJUN24
Cikgu Raihana: wassap.my/60108787040/AZHTBLOGTTJUN24
Berminat untuk sertai team kami?
Bagi jawatan Tutor, Perunding Pendidikan atau Pentadbiran (Full time/ Part time)
Klik link di bawah….
Pegawai Sumber Manusia: wassap.my/60103679947/AZHTBLOGTTJUN24
%20-%20Made%20with%20PosterMyWall.jpg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan