Ahad, 18 Ogos 2024

LINGKARAN POSITIF MEMBINA KEHIDUPAN POSITIF


LINGKARAN POSITIF MEMBINA KEHIDUPAN POSITIF
==================================
Tahniah yang tidak terhingga kepada Cik Raihana atas pencapaian cemerlang sebagai Perunding Pendidikan Terbaik untuk Jun 2024 di Azzahra Home Tuition!
1) "Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lainnya." (HR Ibn Hibban)
“Selama tiga tahun berkhidmat sebagai Perunding Pendidikan di Azzahra, saya beruntung kerana diberi ilmu, dilatih dan diberi kefahaman yang baik dalam menyelesaikan kerisauan ibu bapa terhadap prestasi pendidikan anak-anak,’ kata Cik Raihana kepada kami. Cik Raihana telah menunjukkan kepada kami erti menjalankan tanggungjawab dengan keikhlasan. Dalam setiap nasihat dan panduan yang diberikan kepada ibu bapa, nada kasih sayang serta komitmen yang mendalam sentiasa terserlah. Cik Raihana bukan sahaja memberikan konsultasi, tetapi juga memastikan setiap pelajar mendapat sokongan dan bimbingan seolah-olah mereka adalah ahli keluarga terdekat Cik Raihana. Ini adalah satu teladan yang amat berharga dan memberi inspirasi kepada kita semua.
2) Lingkaran positif membina kehidupan positif.
Siapa sahabat terdekat kita adalah cerminan siapa diri kita sebenarnya. Dalam dunia yang sering kali dipenuhi cabaran, Cik Raihana telah mencipta 'positive circle' di sekelilingnya. Kesedaran bahawa sahabat dan pengaruh di sekeliling kita mencorakkan diri kita telah membantu Cik Raihana untuk terus berfikir dan bertindak positif. Kekuatan mental dan emosi yang Cik Raihana tunjukkan membuktikan betapa pentingnya persekitaran positif dalam mencapai kejayaan. Antara 'positive circle' yang Cik Raihana dapat adalah melalui latihan kepimpinan, latihan perunding pendidikan, dan semasa sesi personal bersama Cikgu Solehah.
3) Berani mencuba perkara baru.
Keberanian Cik Raihana untuk sentiasa mencabar limitasi diri adalah satu inspirasi yang tidak ternilai. Dari membantu pelajar di dalam negara, kini Cik Raihana telah melangkah lebih jauh, merentasi sempadan dan mencapai pelajar di negara yang berbeza seperti Australia, United Arab Emirates, Germany, Ireland dan Netherlands. Kejayaan ini bukan sahaja memberikan kepuasan kepada Cik Raihana, malah juga memberi harapan dan keyakinan kepada ibu bapa serta pelajar yang Cik Raihana bantu. Dengan tekad untuk meneroka lebih banyak negara, kami yakin setiap langkah yang diambil akan membawa lebih banyak peluang dan kejayaan.
Tahniah sekali lagi, Cik Raihana! Semoga pencapaian ini menjadi batu loncatan kepada lebih banyak kejayaan di masa hadapan. Teruskan usaha murni ini dan ingatlah, kami semua di Azzahra sentiasa menyokong perjalanan gemilang anda.
Ingin kami bantu pendidikan anak anda?
Klik link di bawah….
Berminat untuk sertai team kami?
Bagi jawatan Tutor, Perunding Pendidikan atau Pentadbiran (Full time/ Part time)
Klik link di bawah….

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan