Khamis, 12 Jun 2025

“PERNAH RASA NAK GIVE UP DENGAN ANAK?”



“PERNAH RASA NAK GIVE UP DENGAN ANAK?”

Ini kisah Mukhlis — pelajar kami yang pernah berada jauh di belakang rakan sebayanya.
Mukhlis mula tuisyen dengan Azzahra semasa Darjah 3. Cuba teka subjek apa yang dia ambil? Matematik? Sains?
Bukan.
Mukhlis mula dengan kelas membaca.
Ya, pada usia 9 tahun, Mukhlis masih belum lancar membaca.
Sedangkan rakan-rakan lain sudah melangkah jauh, dia masih bergelut mengenal suku kata.
Apa yang lebih mencabar — ibu bapa Mukhlis bukan calang-calang orang.
Seorang pensyarah.
Tentu besar harapan mereka untuk melihat anak sendiri berjaya, sama seperti mereka.
Dan bila anak sendiri belum lancar membaca di Darjah 3, tentu susah hati sangat.
Tapi mereka tak memilih untuk putus asa.
Mereka tak pandang itu sebagai kegagalan kekal.
Sebaliknya mereka bangkit — dan cari jalan.
Waktu. Tenaga. Wang ringgit.
Semua dikorbankan demi masa depan seorang anak.
Dan hari ini?
Mukhlis bukan lagi pelajar kelas belakang.
Lepas tamat Darjah 6, dia ditawarkan ke MRSM Besut dan Sekolah Menengah Sains Jeli.
Ya — pelajar yang dulu belum lancar membaca kini berjaya rebut dua tawaran sekolah elit.
Kalau Mukhlis boleh, anak tuan puan pun insya-Allah boleh.
Jangan pernah putus asa. Anak yang ‘lewat mula’ bukan bermaksud anak yang ‘takkan berjaya’.
Percaya, usaha, dan teruskan.
Azzahra Online Tuition — bersama anda, bantu anak bangkit ✊🏻
Untuk pelajar yang memerlukan kelas persediaan UKKM dan PKSK, sila hubungi kami untuk dapatkan bimbingan terbaik buat anak anda:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan