Isnin, 16 Jun 2025

🎉🌟 TUTOR PILIHAN PELAJAR 2025 🌟








🎉🌟 TUTOR PILIHAN PELAJAR 2025 🌟
==========================
Bunga cempaka di atas dulang,
Disusun rapi indah berseri,
Ilmu dicurah tanpa jemu dan bimbang,
Jasamu guru dikenang abadi.
Tanam serai di tepi batas,
Daunnya wangi harum mewangi,
Didik guru penuh ikhlas,
Membentuk insan jadi terpuji.
Nurul Izzati. Shahirah. Munawarah. Nazreen. Anis Zulaikha.
Tahniah dan terima kasih atas komitmen yang telah diberikan kerana telah berjaya dipilih menjadi Tutor Pilihan Pelajar sempena Hari Guru 2025.
💬 “Anak-anak saya sangat seronok belajar bersama tutor kerana mereka sentiasa diberikan motivasi untuk berjaya.”
💬 “Tutor seolah-olah tahu dan perasan topik mana saya lemah. Tutor juga fokus pada topik-topik sehingga saya faham kesemuanya dengan lebih baik.”
💬 “Terima kasih atas kesabaran cikgu sehingga saya berjaya berada di tahap yang lebih tinggi.”
Kata-kata ini bukan sekadar pujian. Ia adalah refleksi kasih dan kepercayaan yang telah dibina antara guru dan pelajar — sesuatu yang tidak dapat dibeli, hanya boleh dihadiahkan melalui keikhlasan dan dedikasi.
🌷 Selamat Hari Guru kepada semua tutor Azzahra Home Tuition yang terus mencurahkan ilmu dari hati.
Ingin kami bantu pendidikan anak anda?
Klik link di bawah….
Berminat untuk sertai team kami?
Bagi jawatan Tutor, Perunding Pendidikan atau Pentadbiran (Full time/ Part time)
Klik link di bawah….


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan