Khamis, 15 Mac 2018

HARI YANG PENUH BARAKAH


HARI YANG PENUH BARAKAH DAN PENGHULU SEGALA HARI
=================================================

Salam Jumaat semua!

Sedang buat apa tu? Dah baca ke mutiara kata hari ni?

Hari akan lebih indah jika dimulakan dengan rasa syukur. Jadi, marilah sama-sama kita mensyukuri setiap nikmat pemberian Allah selama kita hidup di muka bumi ini. Alhamdulillah…

Beruntungnya kita kerana masih diberi kesempatan oleh Allah Yang Maha Besar untuk sampai ke hari yang penuh berkah ini. Jom kita gunakan peluang yang ada untuk berdoa seketika,  “Ya Allah, berilah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah kepada kami petunjuk dalam urusan kami. Amin.”

Jom klik SHARE untuk manfaat semua.

Suka baca mutiara kata yang cikgu kongsikan hari ni, komenSaya Suka”, in shaa Allah cikgu post setiap minggu kalau ramai yang suka.

#
AzzahraHomeTuition
#
CreatingFutureTogether
#
QualityAndFunLearning
#Tuition
#Selangor #KL
#
Selayang #Kepong #SgBuloh #Rawang #Damansara

KELEBIHAN MENUNTUT ILMU


KELEBIHAN MENUNTUT ILMU
==========================

Assalamualaikum semua....

Hari ini cikgu nak berkongsi ilmu tentang kelebihan menuntut ilmu. Menuntut ilmu adalah merupakan satu ibadah sekiranya ia bertepatan dengan suruhan agama. Sering kali kita tahu bahawa wahyu pertama diturunkan kepada junjungan besar kita Rasullulah s.a.w ialah berkenaan menuntut ilmu iaitu membaca. Firman Allah S.W.T dalam Surah Al- Alaq ayat 1-5 bermaksud: Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia daripada segumpal darah, bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah. Yang mengajar dengan pena (tulis). Mengajarkan manusia apa yang belum diketahuinya.

Menuntut ilmu adalah merupakan satu amalan yang sangat mulia, sebagaimana sadba Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Menuntut ilmu adalah menjadi wajib ke atas setiap orang Islam.” Selaras dengan pepatah arab : "Tuntutlah ilmu walaupun hingga ke negeri China.” Justeru itu sebagai galakan kepada semua, cikgu akan kongsikan secara ringkas tentang kelebihan menuntut ilmu:

1. Orang yang menuntut ilmu akan dipermudahkan jalan untuk masuk ke syurga.
2. Orang yang menuntut ilmu sentiasa dipayungi malaikat rahmat dan ketenangan jiwa.
3. Allah mengampunkan segala dosa orang yang menuntut ilmu iaitu dosa kecil adapun dosa besar tetapi mestilah bertaubat terlebih dahulu.
4. Allah S.W.T, malaikat serta tumbuh-tumbuhan dan semua makhluk di langit dan di bumi berselawat (yakni berdoa kebaikan) kepada semua penuntut ilmu.

Jadi… Marilah menjadi orang yang mulia disisi Allah S.W.T dengan menuntut ilmu sebanyak yang boleh. Sememangnya ia akan memberi banyak kebaikan dan manfaat kepada kita semua.

Jangan lupa klik SHARE untuk perkongsian semua.

Macam mana perkongsian ilmu cikgu hari ini? Best tak..?? Komenlah “BEST” banyak-banyak. InsyaAllah cikgu akan post setiap minggu kalau ramai yang suka.

Rabu, 28 Februari 2018

DARI MANA HUJAN MUNCUL?



Pernah tertanya-tanya tak dari mana hujan muncul? Tahu-tahu je dah hujankan… Hah, hari ni kamu semua bertuah tau! Sebab cikgu nak cerita bagaimana sebenarnya proses kitaran air ni berlaku.

Kitaran air sebenarnya adalah pergerakan air yang berterusan.
Contohnya, dari permukaan laut ke udara kemudian, balik semula ke laut.

Okey, lepas tu apa pula jadi ya?

1. Matahari membekalkan haba.
2. Matahari memanaskan air pada permukaan lautan.
3. Air tersejat dan kemudian bertukar menjadi wap air yang akan bergerak ke tempat yang lebih tinggi.
4. Wap air tadi pula terkondensasi menjadi awan.
5. Awan menjadi cukup berat dan tumpat dengan air.
6. Hujan pun turun ke permukaan Bumi.

Proses ini akan terjadi semula berulang-ulang kali. Sebab tu lah, nama proses ni kitaran air. Mudahnye nk faham kan

Seronok tak belajar Sains ni?

Jom klik LIKE & SHARE ramai-ramai untuk perkongsian semua.
Best tak ilmu yang cikgu kongsikan hari ni? Komenlah “ BEST” banyak-banyak. In shaa Allah, cikgu post setiap minggu kalau ramai yang suka.




Khamis, 8 Februari 2018

EH, AWAK DAH NAK HABIS KE!



Biasanya, kalau pelajar mengaji ustazah datang, mesti riuh sekampung dibuatnya. Ada-ada aja perkara yang nak diceritakan.

Pelajar 1 : “Ustazah…ustazah… hari ni saya nak mengaji dulu”.
Pelajar 2 : “Ustazah, lepas tu saya ea”.
Ustazah : “Okey, okey… kita ikut giliran ea”.
Pelajar 1 : “ Yeay…yeay… dapat mengaji dulu”.

Pelajar 1 : “Ustazah…ustazah… lepas habis Iqra’ ni bolehlah mengaji Al-quran pula kan, iskhhh… tak sabarnye”.
Pelajar 2 : “Eh, awak dah nak habis ke! Saya banyak lagi yang belum habis baca”.
Ustazah : “Wah, masing-masing tak sabar nak mengaji Al-quran ea! kalau macam tu, kena rajin datang mengaji, barulah lancar membaca”.

Seronok rasanya kan bila anak-anak bersemangat nak mengaji.

Mana tahu suatu hari nanti, mereka yang akan menjadi wakil negara Malaysia dalam pertandingan Tilawah Al-quran Antarabangsa.

Kalau tak sampai ke tahap tu pun, sekurang-kurangnya mereka dah ada sedikit ilmu yang akan menjadi penyuluh jalan yang benar.

Nasihat ustazah buat semua yang ustazah kasihi, luangkanlah sedikit dari masa kita untuk mengaji Al-quran. Dapat satu, dua muka satu hari pun memadailah.


Jumaat, 15 Disember 2017

PERNAH DENGAR TAK LAGU RAIHAN NI?



Ucaplah Alhamdulillah
Syukur kita kepada Allah
Selawat ke atas Nabi
Muhammad ya Rasulullah


Tanda syukur itulah taat
Setiap tempat setiap waktu
Syukur itu dapat dilihat
Pada sikap dan tingkah laku


Pernah dengar tak lagu Raihan ni? Dulu-dulu, terkenal tau lagu ni. Bila terdengar je, mesti ikut nyanyi sama.

Eh, cikgu… apa kaitan lagu ni dengan ayat Alquran yang cikgu post tu?

Hah, sebenarnya dalam surah Luqman ayat 12 ni, Allah menyuruh hamba-hambaNya supaya sentiasa bersyukur padaNya.

Jadi, kenapa pentingnya rasa syukur?


Apabila seseorang itu bersyukur, itu tandanya dia menghargai nikmat kurniaan Allah. Kalau orang beri kita sesuatu, kita akan cakap terima kasih kanmacam tu juga yang kita perlu lakukan jika Allah berikan kita rezeki

Rezeki ni datang dalam pelbagai bentuk, bukan setakat wang ringgit sahaja ya. Kesihatan yang baik, kebahagiaan yang kita rasa bersama keluarga dan keputusan peperiksaan yang gempak juga merupakan nikmat yang kita peroleh dari Allah. Hmm…tak terkira banyaknya kan.

Jadi, setiap hari, kita mestilah ucapkan rasa syukur kepada Allah. Bagaimana caranya?

Syukur itu banyak caranya
Taat beribadah tekun berusaha
Saling membantu berkasih sayang
Murah senyuman hulur sedekah
Marilah kita beramal bersama
Rasa bersyukur kita suburkan


MARILAH BERSAMA KITA BERSYUKUR

KEPADA ALLAH KITA BERSYUKUR

In shaa Allah cikgu akan post sambungan bagi ayat ini.

Kurniaan yang Allah berikan kepada manusia itu tidak terbatas. Banyakkanlah
bersyukur sama ada melalui hati, lisan atau perbuatan. Tulis di ruangan komen
“Alhamdulillah,” agar semua yang baca pun turut sama mengucapkan syukur pada
Allah.

Jumaat, 17 November 2017

BERAPA JARAK ANTARA KAMPUNG LIMAH DENGAN RUMAHNYA DALAM METER?

BERAPA JARAK ANTARA KAMPUNG LIMAH DENGAN RUMAHNYA DALAM METER?



Assalamualaikum anak-anak. Siapa di sini yang selalu keliru semasa nak kira sesuatu yang melibatkan penukaran unit? Contohnya dalam pengiraan tu terdapat kilometer dan meter. Jadi, nak kira macammana?

Haaa…lepas ni tak payah pening-pening nak fikir dah. Lihat sahaja gambar yang cikgu post ni.

Cikgu tunjuk dulu bagaimana nak kira. Katakanlah kampung Limah terletak sejauh 35km dari rumahnya. Berapa jarak antara kampung Limah dengan rumahnya dalam meter? Senang je kan soalannya. Okey, daripada kilometer nak ke meter, kita kena darab dengan 1000.
Jadi, 35km × 1000= 35 000m.

Biasanya, kalau unit yang besar nak tukar kepada unit yang lebih kecil, kita akan darab. Kalau unit yang lebih kecil nak tukar kepada unit yang lebih besar pula, kita kena bahagilah.

Mudah je kan. Untuk masa pun sama juga konsepnya. Lepas ni cikgu rasa tiada masalah la kamu nak kira sesuatu yang melibatkan unit yang berlainan.

Matematik itu mudah.



Rabu, 15 November 2017

WAH, DAH NAK CUTI SEKOLAH!

WAH, DAH NAK CUTI SEKOLAH!


Assalamualaikum semua, Wah, dah nak cuti sekolah! Ke dah ada yang start cuti? Dah ada rancangan ke nak buat apa time cuti ni? Mesti ramai yang nak pergi melancong, balik kampung dan jumpa kawan-kawan. Seronoknya…

Tapi, cikgu nak tanya satu perkara, belajar macammana? Takkan satu bulan lebih cuti ni nak main aje kan, kenalah belajar juga, ya tak. Kalau tak, habis lupa semua perkara yang kamu dah belajar di sekolah. Lagipun, ni lah masanya anak-anak nak perbaiki mana yang lemah tu. Walaupun ada antara kamu semua yang selalu dapat A untuk semua subjek, cikgu yakin masih ada ilmu baru yang kamu boleh pelajari.

Jadi, hari ni cikgu nak berkongsi cara membuat jadual harian yang sangat-sangatlah mudah. Okey, mula-mula lihat kemampuan diri. Bagaimana dengan pencapaian kamu dalam peperiksaan yang lepas? Kemudian, kaji apa kelemahan diri. Subjek yang lemah perlu diberikan tumpuan dalam jadual ya. Contohnya, kamu lemah subjek Sains, jadi lebihkan waktu belajar Sains berbanding subjek-subjek lain.

Subjek yang memerlukan pengiraan seperti Matematik atau Fizik letak sebelah petang. Maklumlah, petang-petang syok tidur. Jadi, untuk elakkan rasa mengantuk tu, bolehlah ikut cadangan cikgu ni.

Cikgu cadangkan anak-anak tidur awal dan berusaha untuk bangun awal. Masa pagi-pagi ni lah, otak kita fresh, senang nak ingat. Kalau ada subjek yang banyak maklumat atau fakta yang perlu dihafal seperti Sejarah, letak waktu ni. In shaa Allah, mudah kamu nak menghafal.

Rehat tu mungkin boleh letak dalam 30 minit. Waktu main dalam 45 minit atau 1 jam letak pada pukul 6 petang ke atas, atau waktu yang sesuai.

Belajar memang penting tapi solat perlu diutamakan. Nasihat cikgu, solat di awal waktu. Lepas solat Maghrib mungkin boleh mengaji dan solat sunat, mohon pada Allah agar dipermudah semua urusan dan mendapat kejayaan dunia dan akhirat.

Itu serba sedikit panduan cara buat jadual belajar. Kamu boleh ubah suai mengikut kemampuan diri. Paling penting jaga makan, dapatkan rehat yang secukupnya, azam kena kuat dan semangat nak score A dalam exam kena tinggi.

Mudah je kan nak buat jadual.

TETAPKAN MATLAMAT KAMU ...

PATUHI JADUAL HARIAN…

Tiada guna kamu bersungguh membuat jadual kalau tiada orang yang ikuti.