Azzahra Training and Consultancy (AzzahraOnlineTuition) 201503102170(00242690-D) Untuk hubungi: 016 - 507 7857 Waktu Operasi: Isnin - Selasa: 8.30 am - 10.00 pm Rabu - Jumaat : 12.00 pm - 10.00 pm Sabtu - Ahad : 8.30 am - 5.50 pm
Sabtu, 17 Mac 2018
MANFAAT BELAJAR WAKTU PAGI
9 MANFAAT BELAJAR WAKTU PAGI
=============================
Assalamualaikum semua..
Hari ini cikgu akan berkongsi ilmu dengan anda semua tentang manfaat belajar di waktu pagi ok.Rata-rata, kalau ditanya soalan cepu emas pada pelajar pada hari pengumuman peperiksaan besar seperti UPSR, SPM ,STPM ,STAM dan lain-lain, rahsia kejayaan mereka salah satunya adalah belajar atau mengulang kaji pada waktu pagi.
Mengapa mereka lebih gemar belajar pada waktu pagi? Perlu bersusah-payah bangun seawal pagi… sedangkan pada jam 4 atau 5 pagi itu, orang lain sedang asyik tidur lena. Waktu malam pun boleh ulang kaji, tetapi mengapa mereka memilih untuk bangun awal dan belajar? Hmmmm … mesti ada sebabnya, kan? Sini cikgu nak kongsikan 9 manfaat belajar di waktu pagi.
1. Meningkatkan daya ingatan otak.
2.. Otak lebih mudah untuk bertindak balas dalam belajar.
3. Meningkatkan keupayaan berfikir.
4.. Meningkatkan daya konsentrasi.
Oh.. Patutlah pelajar cemerlang ni gemar bangun awal. Rupa – rupanya belajar pada awal pagi dapat meningkatkan daya ingatan. Yelah ….. Mana taknya. Pagi heningkan sunyi-sepi. Dingin je rasa. Tiada gangguan. Adik-adik kecil pun tak ganggu, jadi lebih mudah untuk belajarkan. Manfaat belajar awal pagi ini juga menjadikan otak lebih mudah bertindak balas dalam belajar. Jadi, mudahlah untuk menghafal dan mngingat fakta. Daya konsentrasi pun jadi lebih meningkat.
Ada lagi...
5 - Pelajaran akan lebih mudah difahami.
6 - Pelajaran akan mudah diingat.
7 - Pengembangan pola berfikir akan lebih meningkat.
8 - Mengembangkan pola inisiatif kita.
9 - Mengembangkan pola berfikir dengan cepat.
Selain itu, pengembangan pola berfikir akan meningkat dan lebih cepat. Sebab itulah kamu akan lebih mudah memahami dan mengingati pelajaran. Jadi, tak perlu tunggu lagi. Jom tukar masa belajar kita. Tentu ibu bapa dan guru terkejut dengan pencapaian kamu nanti!
JOM LIKE & SHARE untuk perkongsian ilmu dengan semua ye
Macam mana best tak ilmu yang cikgu kongsikan hari ini? Komenlah “BEST” banyak-banyak k. InsyAllah cikgu akan post setiap minggu kalau ramai yang suka.
#AzzahraHomeTuition
#CreatingFutureTogether
#QualityAndFunLearning
#Tuition
#Selangor #KL
#Selayang #Kepong #SgBuloh #Rawang #Damansara
Khamis, 15 Mac 2018
HARI YANG PENUH BARAKAH
=================================================
Salam Jumaat semua!
Sedang buat apa tu? Dah baca ke mutiara kata hari ni?
Hari akan lebih indah jika dimulakan dengan rasa syukur. Jadi, marilah sama-sama kita mensyukuri setiap nikmat pemberian Allah selama kita hidup di muka bumi ini. Alhamdulillah…
Beruntungnya kita kerana masih diberi kesempatan oleh Allah Yang Maha Besar untuk sampai ke hari yang penuh berkah ini. Jom kita gunakan peluang yang ada untuk berdoa seketika, “Ya Allah, berilah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah kepada kami petunjuk dalam urusan kami. Amin.”
Jom klik SHARE untuk manfaat semua.
Suka baca mutiara kata yang cikgu kongsikan hari ni, komen “ Saya Suka”, in shaa Allah cikgu post setiap minggu kalau ramai yang suka.
#AzzahraHomeTuition
#CreatingFutureTogether
#QualityAndFunLearning
#Tuition
#Selangor #KL
#Selayang #Kepong #SgBuloh #Rawang #Damansara
KELEBIHAN MENUNTUT ILMU
KELEBIHAN MENUNTUT ILMU
==========================
==========================
Assalamualaikum semua....
Hari ini cikgu nak berkongsi ilmu tentang kelebihan menuntut ilmu. Menuntut ilmu adalah merupakan satu ibadah sekiranya ia bertepatan dengan suruhan agama. Sering kali kita tahu bahawa wahyu pertama diturunkan kepada junjungan besar kita Rasullulah s.a.w ialah berkenaan menuntut ilmu iaitu membaca. Firman Allah S.W.T dalam Surah Al- Alaq ayat 1-5 bermaksud: Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia daripada segumpal darah, bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah. Yang mengajar dengan pena (tulis). Mengajarkan manusia apa yang belum diketahuinya.
Menuntut ilmu adalah merupakan satu amalan yang sangat mulia, sebagaimana sadba Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Menuntut ilmu adalah menjadi wajib ke atas setiap orang Islam.” Selaras dengan pepatah arab : "Tuntutlah ilmu walaupun hingga ke negeri China.” Justeru itu sebagai galakan kepada semua, cikgu akan kongsikan secara ringkas tentang kelebihan menuntut ilmu:
1. Orang yang menuntut ilmu akan dipermudahkan jalan untuk masuk ke syurga.
2. Orang yang menuntut ilmu sentiasa dipayungi malaikat rahmat dan ketenangan jiwa.
3. Allah mengampunkan segala dosa orang yang menuntut ilmu iaitu dosa kecil adapun dosa besar tetapi mestilah bertaubat terlebih dahulu.
4. Allah S.W.T, malaikat serta tumbuh-tumbuhan dan semua makhluk di langit dan di bumi berselawat (yakni berdoa kebaikan) kepada semua penuntut ilmu.
Jadi… Marilah menjadi orang yang mulia disisi Allah S.W.T dengan menuntut ilmu sebanyak yang boleh. Sememangnya ia akan memberi banyak kebaikan dan manfaat kepada kita semua.
Jangan lupa klik SHARE untuk perkongsian semua.
Macam mana perkongsian ilmu cikgu hari ini? Best tak..?? Komenlah “BEST” banyak-banyak. InsyaAllah cikgu akan post setiap minggu kalau ramai yang suka.
Rabu, 28 Februari 2018
DARI MANA HUJAN MUNCUL?
Pernah tertanya-tanya tak dari mana hujan muncul? Tahu-tahu je
dah hujankan…
Hah, hari ni kamu semua bertuah tau!
Sebab cikgu nak cerita bagaimana sebenarnya
proses kitaran air ni berlaku.
Kitaran
air sebenarnya adalah pergerakan air
yang berterusan.
Contohnya,
dari permukaan laut
ke udara kemudian, balik semula ke laut.
Okey, lepas tu apa pula jadi ya?
1. Matahari membekalkan haba.
2. Matahari memanaskan air pada permukaan lautan.
3. Air tersejat dan kemudian bertukar menjadi wap air yang akan bergerak ke tempat yang lebih tinggi.
4. Wap air tadi pula terkondensasi menjadi awan.
5. Awan menjadi cukup berat dan tumpat dengan air.
6. Hujan pun turun ke permukaan Bumi.
Proses ini akan terjadi semula berulang-ulang
kali. Sebab tu lah, nama
proses ni kitaran air.
Mudahnye nk faham kan…
Seronok tak belajar Sains ni?
Jom
klik LIKE & SHARE ramai-ramai untuk perkongsian semua.
Best tak ilmu yang cikgu kongsikan
hari
ni?
Komenlah
“ BEST” banyak-banyak.
In shaa
Allah, cikgu
post setiap
minggu
kalau
ramai
yang suka.
#AzzahraHomeTuition
#CreatingFutureTogether
#QualityAndFunLearning
#Tuition
#Selangor #KL
#Selayang #Kepong #SgBuloh #Rawang #Damansara
#CreatingFutureTogether
#QualityAndFunLearning
#Tuition
#Selangor #KL
#Selayang #Kepong #SgBuloh #Rawang #Damansara
Khamis, 8 Februari 2018
EH, AWAK DAH NAK HABIS KE!
Biasanya, kalau pelajar mengaji ustazah datang, mesti riuh sekampung dibuatnya. Ada-ada aja perkara yang nak diceritakan.
Pelajar 1 : “Ustazah…ustazah… hari ni saya nak mengaji dulu”.
Pelajar 2 : “Ustazah, lepas tu saya ea”.
Ustazah : “Okey, okey… kita ikut giliran ea”.
Pelajar 1 : “ Yeay…yeay… dapat mengaji dulu”.
Pelajar 2 : “Ustazah, lepas tu saya ea”.
Ustazah : “Okey, okey… kita ikut giliran ea”.
Pelajar 1 : “ Yeay…yeay… dapat mengaji dulu”.
Pelajar 1 : “Ustazah…ustazah… lepas habis Iqra’ ni bolehlah mengaji Al-quran pula kan, iskhhh… tak sabarnye”.
Pelajar 2 : “Eh, awak dah nak habis ke! Saya banyak lagi yang belum habis baca”.
Ustazah : “Wah, masing-masing tak sabar nak mengaji Al-quran ea! kalau macam tu, kena rajin datang mengaji, barulah lancar membaca”.
Seronok rasanya kan bila anak-anak bersemangat nak mengaji.
Mana tahu suatu hari nanti, mereka yang akan menjadi wakil negara Malaysia dalam pertandingan Tilawah Al-quran Antarabangsa.
Kalau tak sampai ke tahap tu pun, sekurang-kurangnya mereka dah ada sedikit ilmu yang akan menjadi penyuluh jalan yang benar.
Nasihat ustazah buat semua yang ustazah kasihi, luangkanlah sedikit dari masa kita untuk mengaji Al-quran. Dapat satu, dua muka satu hari pun memadailah.
Jumaat, 15 Disember 2017
PERNAH DENGAR TAK LAGU RAIHAN NI?
Ucaplah
Alhamdulillah
Syukur kita kepada Allah
Selawat ke atas Nabi
Muhammad ya Rasulullah
Tanda syukur itulah taat
Setiap tempat setiap waktu
Syukur itu dapat dilihat
Pada sikap dan tingkah laku
Eh,
cikgu… apa kaitan lagu ni dengan ayat Alquran yang
cikgu post
tu?
Hah,
sebenarnya dalam
surah Luqman ayat 12 ni,
Allah menyuruh hamba-hambaNya supaya sentiasa bersyukur padaNya.
Jadi, kenapa pentingnya rasa
syukur?
Apabila seseorang itu bersyukur, itu tandanya dia menghargai nikmat kurniaan
Allah. Kalau
orang beri kita sesuatu, kita akan cakap terima kasih kan… macam tu juga yang
kita perlu lakukan jika
Allah berikan kita rezeki.
Rezeki ni datang dalam pelbagai bentuk, bukan setakat wang
ringgit sahaja ya. Kesihatan yang
baik, kebahagiaan yang
kita rasa
bersama keluarga dan keputusan peperiksaan yang
gempak juga merupakan nikmat yang
kita peroleh dari
Allah. Hmm…tak terkira banyaknya kan.
Jadi, setiap hari, kita mestilah ucapkan rasa
syukur kepada
Allah. Bagaimana caranya?
Syukur
itu banyak caranya
Taat beribadah tekun berusaha
Saling membantu berkasih sayang
Murah senyuman hulur sedekah
Marilah kita beramal bersama
Rasa bersyukur kita suburkan
MARILAH
BERSAMA KITA BERSYUKUR
KEPADA ALLAH KITA BERSYUKUR
In shaa Allah cikgu
akan
post sambungan
bagi
ayat
ini.
Kurniaan yang Allah berikan kepada
manusia itu tidak terbatas. Banyakkanlah
bersyukur sama ada melalui hati, lisan
atau perbuatan. Tulis di ruangan komen
“Alhamdulillah,” agar semua
yang baca
pun turut
sama
mengucapkan
syukur
pada
Allah.
Jumaat, 17 November 2017
BERAPA JARAK ANTARA KAMPUNG LIMAH DENGAN RUMAHNYA DALAM METER?
BERAPA JARAK ANTARA KAMPUNG LIMAH DENGAN
RUMAHNYA DALAM METER?
Assalamualaikum anak-anak. Siapa di sini yang
selalu keliru semasa nak kira sesuatu yang
melibatkan penukaran
unit? Contohnya dalam pengiraan tu terdapat
kilometer dan
meter. Jadi, nak kira macammana?
Haaa…lepas ni tak payah pening-pening nak fikir dah.
Lihat sahaja gambar yang
cikgu post
ni.
Cikgu tunjuk dulu bagaimana nak kira. Katakanlah kampung Limah terletak sejauh 35km dari rumahnya. Berapa jarak antara kampung Limah dengan rumahnya dalam meter? Senang je kan soalannya. Okey, daripada kilometer nak ke meter, kita kena darab dengan 1000.
Jadi, 35km × 1000= 35 000m.
Biasanya, kalau unit yang besar nak tukar kepada unit yang lebih kecil, kita akan darab. Kalau unit yang lebih kecil nak tukar kepada unit yang lebih besar pula, kita kena bahagilah.
Mudah je kan. Untuk masa pun sama juga konsepnya. Lepas ni cikgu rasa tiada masalah la kamu nak kira sesuatu yang melibatkan unit yang berlainan.
Matematik itu mudah.
#CreatingFutureTogether
#QualityAndFunLearning
#Tuition
#Selangor #KL
#Selayang #Kepong #SgBuloh #Rawang #Damansara
#QualityAndFunLearning
#Tuition
#Selangor #KL
#Selayang #Kepong #SgBuloh #Rawang #Damansara
Langgan:
Catatan (Atom)





