Rabu, 4 April 2018

MANAKAH YANG LEBIH MULIA, ILMU ATAU HARTA??



MANAKAH YANG LEBIH MULIA, ILMU ATAU HARTA??

============================================

Assalamaualaikum semua….??
Apa khabar..???
Sihat…..???
Hari ini cikgu nak kongsi dengan anda semua sebuah kisah pada zaman Nabi. Anda semua mesti dah tak sabar kan….. nak dengar kisah yang cikgu akan ceritakan kepada anda semua …?? Mari cikgu cerita kan…….
Suatu ketika, 10 orang Khawarij datang mengunjungi tempat Sayyidina Ali Bin Abi Talib dan mahu menguji sejauh mana kedalaman ilmunya. Mereka berpakat untuk menanyakan 10 soalan yang sama.
Orang 1: “Hai Ali, manakah yang lebih mulia, ilmu atau harta? Dan terangkan sebab-sebabnya”.
Sayyidina Ali: “Ilmu lebih mulia daripada harta kerana ilmu adalah warisan para nabi, sedangkan harta kekayaan adalah warisan Firaun, Qorun, Syadad dan sejenisnya. Maka ilmu lebih mulia daripada harta”.
Kita mungkin sudah terbiasa dengan cerita keangkuhan Firaun tapi siapa pula Qorun? Qorun sebenarnya ialah sepupu kepada Nabi Musa a.s. Pada awal kehidupannya, Qorun ini sangatlah miskin dan memiliki banyak anak sehinggalah dia meminta Nabi Musa mendoakannya supaya kaya-raya dan Allah mengabulkan doa tersebut.
Setelah Qorun memiliki kekayaan yang melimpah ruah berupa ribuan gudang harta berisikan emas dan perak, Qorun berubah menjadi orang yang sombong dan riya’.
Biasanya, sepuluh orang yang berbadan sasa akan mengusung kunci-kunci kepada gudangnya namun kunci-kunci tersebut masih dirasakan terlalu berat untuk dibawa kerana jumlahnya yang banyak. Boleh kita bayangkan betapa banyak kuda, tentera dan jubah-jubah mewah yang paling mahal pada zaman itu.
Kalau semua nak tahu, Firaun tu ialah teman baik Qorun. Suatu hari, sedang Qorun bermegah-megah dengan kekayaannya, dengan kuasa Allah, jalan yang dilaluinya retak lalu Qorun dan segala harta kekayaannya ditelan Bumi.
Sampailah kini, apabila seseorang terjumpa harta yang terpendam, kita akan mengatakan “Harta Karun”. Semoga kita mendapat iktibar dari kisah ini.
Jangan lupa SHARE untuk manfaat semua.
Macam mana dengan kisah yang cikgu kongsikan hari ini? Komenlah “SAYA SUKA” banyak-banyak. In Shaa Allah cikgu akan post kisah yang lain pula pada minggu hadapan kalau ramai yang suka.😊😁

Selasa, 27 Mac 2018

ILMU UMPAMA CAHAYA



ILMU UMPAMA CAHAYA
=========================

Salam semua!

Sedang buat apa tu? Dah baca ke mutiara kata hari ni?

Hari akan lebih indah jika dimulakan dengan rasa syukur. Jadi, marilah sama-sama kita mensyukuri setiap nikmat pemberian Allah selama kita hidup di muka bumi ini. Alhamdulillah…

Beruntungnya kita kerana masih diberi kesempatan oleh Allah Yang Maha Besar untuk sampai ke hari yang penuh berkah ini. Jom kita gunakan peluang yang ada untuk berdoa seketika,  “Ya Allah, berilah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah kepada kami petunjuk dalam urusan kami. Amin.”

Jom SHARE untuk manfaat semua.

Suka baca mutiara kata yang cikgu kongsikan hari ni, komenSaya Suka”, in shaa Allah cikgu post setiap minggu kalau ramai yang suka.

#
AzzahraHomeTuition
#
CreatingFutureTogether
#
QualityAndFunLearning
#Tuition
#Selangor #KL
#
Selayang #Kepong #SgBuloh #Rawang #Damansara

Jumaat, 23 Mac 2018

TIPS BELAJAR BERKUMPULAN


BELAJAR DALAM KUMPULAN SALAH SATU KAEDAH BELAJAR YANG EFEKTIF.. BETUL KE…..??
==========================================================================

Assalamualaikum

Apa Khabar semuanya sihat

Harini cikgu nak kongsikan tentang cara belajar dalam kumpulan. 9 tips belajar berkumpulan  tidak dinafikan bahawa belajar berkumpulan merupakan salah satu kaedah efektif selain belajar bersendirian. Ia membolehkan perkongsian matlamat dengan lebih pantas kerana komunikasi 2 hala dapat dijalankan dengan segera jika terdapat sebarang persoalan. Berbanding belajar secara individu, seseorang mungkin terpaksa mengambil masa yang agak panjang jika soalan itu sukar dijawab.

Selain itu, belajar berkumpulan sangat sesuai dijalankan untuk mempercepatkan proses pemahaman terhadap sesuatu pelajaran. Kesimpulannya, jika anda merasakan bahawa anda agak mengambil masa untuk memahami sesuatu subjek, maka jalan terbaik adalah dengan belajar berkumpulan.

Dibawah cikgu senaraikan 9 Tips Belajar Berkumpulan:
1.
Pastikan saiz kumpulan tidak terlalu besar.  Kumpulan terdiri daripada 3-5 ahli amat bersesuaian.
2
. Fokus pada tajuk yang ingin dibincangkan.
3.
Elakkan terpesong daripada tajuk. Seseorang perlulah memainkan peranan sebagaiketuauntuk memastikan mereka sentiasa fokus pada perbincangan.
4.
Baca tajuk  yang ingin dibincangkan terlebih dahulu walaupun anda tidak memahaminya. Sekurang-kurangnya anda mendapat gambaran keseluruhan mengenai tajuk tersebut.
5.
Tentukan masa, tempat dan tarikh  yang bersesuaian dengan ahli anda.
6.
Bentangkan tajuk dengan serius.
7.
Buka sesi soal jawab selepas tamatnya pembentangan atau perbincangan.
8
. Elakkan perasaan kurang senang dengan ahli anda. Elakkan melibatkan masalah peribadi.
9.
Saling memberi dorongan antara satu sama lain. Dengan ini akan wujudnya semangat ingin melihat setiap ahli berjaya dalam kumpulan tersebut.

OK tak perkongsian cikgu hari ini? Gunalah ilmu yang cikgu berikan ini untuk diri adik-adik dan semuanya.

JOM SHARE untuk perkongsian ilmu dengan semua  ye

Macam  mana best tak ilmu yang cikgu kongsikan hari ini? Komenlah “BEST” banyak-banyak k. InsyAllah cikgu akan post setiap minggu kalau ramai yang suka.
#AzzahraHomeTuition
#CreatingFutureTogether
#QualityAndFunLearning
#Tuition
#Selangor #KL
#Selayang #Kepong #SgBuloh #Rawang #Damansara
  

Khamis, 22 Mac 2018

KEHEBATAN OTAK MANUSIA


KEHEBATAN OTAK MANUSIA
==========================

Assalamualaikum semuaApa khabar semuaSihat ke?

Hari ini cikgu nak berkongsi ilmu dengan anda semua tentang otak manusia. Anda semua nak tahu apakah fungsi otak kanan dan otak kiri kita. Mari cikgu terangkan tentang fungsi otak manusia kepada anda semua.

Otak kita terdiri daripada satu trilion sel otak dan diantaranya daripada 100 hingga 200 bilion sel otak aktif (neuron). Selebihnya adalah sel-sel sokongan. Berita baiknya, menurut penyelidikan, jumlah sel otak manusia normal seperti kita adalah tidak jauh berbeza dengan sel otak manusia genuis seperti Albert Einstein. Dengan satu trilion jumlah sel otak manusia, jumlah ini tiada ertinya. Oleh itu, ada jaminan yang setiap individu berpotensi menjadi genius! Bahkan Albert Einstein juga menyatakan yang di dunia ini hanya ada dua perkara yang tiada batasan, iaitu alam semesta dan otak manusia. Beliau mengatakan, “Ada genius dalam diri kita semua”.

Otak kita secara mental terbahagi kepada dua bahagian ataupun hemisfera , iaitu hemisfera kiri dan hemisfera kanan. Kedua-duanya mempunyai intensiti fungsi dan karakter yang berbeza. Berikut adalah perbezaan karakter daripada  kedua-dua belahan otak kita:

Perkara yang berkait dengan aktiviti berbahasa, iaitu menulis, membaca, berkomunikasi, dan mendengar menggunakan otak kiri. Apabila kita mengira dan kita menggunakan otak kiri. Begitu juga apabila kita melakukan kerja-kerja penting dan membuat perincian dalam sesuatu perkara umum, pada awalnya kita juga menggunakan otak kiri. Memori dalam otak kiri adalah bersifat jangka pendek.

Begitu juga apabila kita menikmati pemandangan alam, lukisan dan muzik. Kita masih menggunakan otak kanan. Apabila kita gembira, sedih, marah ataupun terharu, kita menggunakan otak kanan. Bahkan semasa berkhayal pun, kita menggunakan otak kanan. Memori otak kanan adalah bersifat jangka panjang. Buktinya, kita mudah mengingat wajah orang yang pernah kita temui berbanding mengingati namanya kerana nama adalah tulisan (bahasa), yang bererti otak kiri yang terlibat. Manakala, wajah orang itu adalahgambar’ yang difahami oleh otak kanan. Sama juga dengan pengalaman masa lalu yang melibatkan banyak emosi, pasti lebih mudah dan jelas untuk kita mengingatinya.

Bagaimana ilmu yang cikgu kongsikan? Anda semua dah faham kan bagaimana hebatnya otak kita berfungsi di hemisfera kiri dan juga di hemisfera kanan. Jadi...... Kita haruslah menjaga otak kita dengan baik dan menyeimbangkan dengan menggunakan kedua dua belah otak kitaSemoga memberi manfaat kepada anda semua.

Jangan lupa SHARE untuk perkongsian semua

Macam mana perkongsian ilmu yang cikgu kongsikan hari ini? Komenlah “BEST” banyak-banyak. In Shaa Allah cikgu akan post setiap minggu kalau ramai yang suka.

#AzzahraHomeTuition
#CreatingFutureTogether
#QualityAndFunLearning
#Tuition
#Selangor #KL
#
Selayang #Kepong #SgBuloh #Rawang #Damansara