Jumaat, 13 September 2019

DAH NAK MASUK DEWAN PEPERIKSAAN?
=============================
Assalamualaikum, adik-adik.
Esok dah mula Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Mesti adik-adik dah bersediakan? Malam ini masih sempat buat ulangkaji yang terakhir. Lagi satu, adik-adik jangan lupa berserah diri (tawakal) pada ALLAH, banyakkan doa. Semoga urusan adik-adik menjawab soalan peperiksaan dimudahkan oleh ALLAH dan semoga mendapat kejayaan atas usaha adik-adik selama ini.
Akhir sekali cikgu nak pesan pada adik-adik, sebelum masuk peperiksaan ingat beberapa perkara ini;
1. Adik-adik perlu tidur awal supaya dapat bangun awal pada keesokan hari dan lakukan juga solat hajat. Minta pertolongan daripada ALLAH supaya tidak dilupakan segala ilmu dan diberikan ilham yang mencurah ketika dalam peperiksaan tapi ‘study’ jangan lupa. Buat reveiw untuk kali terakhir nota ringkas dan latihan yang telah disemak oleh guru (adik-adik jangan buat latihan pula di pagi hari peperiksaan). Sebelum pergi ke dewan peperiksaan, jangan lupa sarapan dahulu. Ingat, makan makanan berkhasiat sebagai sarapan.
2. Segala kelengkapan penting seperti alat tulis (2 batang pensil yang tajam, pemadam dan pembaris) serta kad pengenalan (MyKad atau MyKid atau borang pengenalan diri calon) jangan lupa sediakan sehari lebih awal, supaya tidak fikir lagi di pagi peperiksaan.
3. Ibu bapa digalakkan memberi kata-kata semangat dan motivasi di awal hari kepada anak-anak. Mereka perlukan kita sebelum peperiksaan (jangan marah mereka pula pagi-pagi ini).
4. Semasa masuk dewan peperiksaan bacalah doa terlebih dahulu dan melangkah masuk ke dewan dengan kaki kanan. Adik-adik duduklah di tempat sendiri dengan tenang.
5. Pilih soalan mudah terlebih dahulu supaya tidak membazir masa dalam menjawab soalan yang susah dan perbanyakkan selawat jika terlupa.
Musim panas musim hujan,
Sentiasa peka dan beringat,
Jangan meniru dalam ujian,
Percaya diri penuh semangat.
Tunggu adik seberang jalan,
Singgah kedai membeli arang,
Teliti membaca setiap soalan,
Jawapan ditulis dengan terang.
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 2019 & SEMOGA BERJAYA
OKlah adik-adik, sampai disini sahaja perkongsian cikgu. Jom KLIK LIKE & SHARE untuk perkongsian semua.
Jom komen “SAYA DAH SEDIA”, supaya adik-adik lebih bersemangat untuk hadapi peperiksaan. Insya Allah cikgu akan post setiap minggu kalau ramai yang suka dengan perkongsian cikgu.

Khamis, 25 Julai 2019

PERISTIWA HARI JUMAAT ================= Assalamualaikum semua, Sihat? Adik-adik sedang buat apa tu? Nak dengar cerita tak tentang peristiwa besar yang berlaku pada hari Jumaat? Sebenarnya, hari Jumaat adalah penghulu hari. Seluruh makhluk diciptakan oleh Allah S.W.T pada hari Jumaat. Termasuklah Bumi, langit dan seluruh alam semesta Allah S.W.T sempurnakan ciptaan-Nya pada hari tersebut. Selain itu, hari Jumaat juga adalah hari turunnya Al-Quran kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W. Pada malam Jumaat bersamaan 17 Ramadhan, Nabi Muhammad S.A.W telah menerima wahyu pertama dari Malaikat Jibril A.S. di Gua Hira’. Adik-adik ingat tak ayat apa yang pertama diturunkan? Surah Al-Alaq’ dari ayat 1- 5. Jadi adik-adik, kita kena muliakan hari Jumaat seperti tuntutan oleh Nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W. Banyak kelebihan kalau kita amalkan amalan yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad S.A.W sebagai amalan sunnah pada hari tersebut. Mandi sunat pagi Jumaat, pakai pakaian terbaik, pakai wangi-wangian dan datang awal ke masjid. Mudah je kita nak dapat pahala yang banyak pada hari Jumaat kan adik-adik? Jom kita amalkan. Tapi sebelum itu, adik-adik jangan lupa like, comment “Jom amalkan” dan share banyak-banyak! Insya Allah cikgu akan kongsikan cerita yang lagi menarik akan datang. #AzzahraHomeTuition #CreatingFutureTogether #QualityAndFunLearning #Tuition #Selangor #KL #Selayang #Kepong #SgBuloh #Rawang #Damansara #Gombak

Rabu, 3 Julai 2019

MUDAHNYA SIFIR




Assalamualaikum semua… Apa khabar semua?... Sihat ke?

Hari ini cikgu nak kongsi ilmu tentang kepelbagaian teknik belajar. Setiap perkara untuk mendapat satu natijah atau keputusan, mempunyai pelbagai cara yang berbeza. Begitu juga dengan setiap manusia yang mempunyai kebolehan berbeza.

Oleh itu, menggunakan pelbagai teknik belajar adalah sangat efektif bagi setiap pelajar. Sebagai contoh, ada sesetengah pelajar kurang minat dan mudah hilang fokus dalam membaca. Mungkin cara lain seperti belajar menggunakan animasi, gambar atau peta minda dapat membantu menarik minat pelajar dan lebih mudah dikuasai. 

Perkara yang biasa menjadi beban kepada pelajar adalah perlu menghafal sifir. Memang tidak dapat dinafikan kepentingan mengingati sifir dalam menguasai mata pelajaran matematik. Tetapi, kita perlu faham tidak semua pelajar mempunyai kebolehan menghafal. Walaupun pelajar kebolehan pelajar perlu dibentuk dari kecil, tetapi tidak semua pelajar mampu untuk mencapai kebolehan tersebut. 

Teknik mudah sifir dan pendaraban yang dipraktikkan di Negara Jepun sangat efektif dan mudah. Selain itu, pelbagai cara lagi telah dihasilkan bagi memudahkan cara menguasai sifir. Oleh itu, pelajar yang kurang mahir dan mempunyai masalah sukar menghafal sifir, dapat membuat pilihan dengan mempelajari teknik-teknik mudah sifir tersebut. 

Di Azzahra Home Tuition, kami mempraktikkan teknik-teknik berikut;

1. Teknik menghafal – Setiap kali kelas matematik, tutor akan meminta pelajar membaca sifir tanpa melihat buku sifir dari sifir 1 hingga 9 sehingga lancar.

2. Teknik Hashtag – Sekiranya pelajar mempunyai masalah menghafal sifir, teknik ini akan membatu pelajar mengingati sifir.

3. Teknik jari power – Teknik jari power membolehkan pelajar mengingati sifir dengan menggunakan jari sahaja. Tetapi teknik ini terhad kepada sifir 6 hingga 9 sahaja.

4. Teknik lukis garis – Teknik dari Jepun ini sangat sesuai untuk menjawab soalan pendaraban yang lebih dari satu angka seperti 54 x 13.

Jom sertai kami dan kuasai teknik-teknik mudah ini di Azzahra Home Tuition.

Jangan lupa SHARE untuk perkongsian semua

Macam mana perkongsian ilmu yang cikgu kongsikan hari ini?

Komenlah “BEST” banyak-banyak. In Shaa Allah cikgu akan post setiap minggu kalau ramai yang suka.

#AzzahraHomeTuition
#CreatingFutureTogether
#QualityAndFunLearning
#Tuition
#Selangor #KL
#Selayang #Kepong #SgBuloh #Rawang#Damansara
#Gombak #PJ

KISAH KANTA & CERMIN


Assalamualaikum semua, Sihat?

Adik-adik sedang buat apa tu?

Jom, baca mutiara kata hari ini. Hari akan lebih indah jika kita ada niat untuk perbaiki diri kita. Kalau kita faham diri kita yang sebenar ialah roh, kita akan menjadi seorang yang sangat fokus kepada pembersihan jiwa kita dengan ilmu dan amal.

Sebab roh kita yang akan menghadap Allah S.W.T. sedangkan jasad akan binasa hancur menjadi tanah. Oleh sebab itu kita perlu sentiasa bertaubat, berniat memperbaiki diri, jaga akhlak dan selalu buat baik dengan orang lain.

Semuanya bermula dari akal dan minda yang fokus mencari keburukan sendiri lebih dari keburukan orang lain.

Kenapa cermin (Mirror) lebih baik dari kanta (Lenses)? Kalau kita guna cermin, kita dapat lihat semua keburukan, kekurangan dan kelemahan yang ada dalam diri kita. Berlawanan dengan kanta. Apa yang adik-adik akan nampak kalau guna kanta? Cuba Tanya orang yang pakai cermin mata. Kalau pandangan dia kabur, dengan menggunakan cermin mata dia boleh lihat semua orang. Dengan kanta atau cermin mata, kita akan sentiasa cari kesalahan dan kelemahan orang lain. Tapi kita lupa kelemahan dan kekurangan kita sendiri.

Adik-adik, setiap orang ada kelemahan masing-masing. Kita tak dapat bersihkan jiwa kita selagi kita hanya sibuk lihat keburukan orang lain. Mulai hari ini, jom sama-sama kita azam kurangkan cari kelemahan orang lain, tapi cuba fokus dengan kelemahan diri sendiri. Jadi, boleh kita baiki mana yang kurang dalam diri kita. Senangkan nak ubah?

Suka baca perkongsian yang cikgu kongsikan hari ni, komen “Saya Suka”, In shaa Allah cikgu post setiap minggu kalau ramai yang suka, tunggu post cikgu akan datang pula!

APA ITU SUMBER EKONOMI?

Kami menyediakan nota ringkas untuk memahami sumber ekonomi dan pulangan baginya. Sumber ekonomi dan faktor pengeluaran memiliki pengertian yang sama. Sekiranya dalam soalan minta anda untuk nyatakan faktor pengeluaran atau sumber ekonomi jawapannya adalah sama. Kami berharap dengan nota ringkas ini, dapatlah memecahkan kebuntuan para pelajar.

Antara faktor pengeluar ialah Tanah, Buruh, Modal dan Usahawan (TBMU). Setiap individu yang menyediakan faktor pengeluaran akan memperoleh pulangan atau ganjaran dalam bentuk Sewa, Upah, Faedah dan Usahawan (SUFU).

Contoh:

1. Pak Mat bekerja sebagai operator kilang di sebuah kilang mee. Setiap bulan dia gaji RM1200.
a. Operator kilang – Buruh
b. Gaji RM1200 – Upah

2. Muzaffar mendeposit wangnya sebanyak RM20000 dalam akaun simpanan tetap selama 5 tahun dengan mendapat faedah 5% setahun.
a. Wang RM20000 – Modal
b. Faedah 5% - Faedah

Walaubagaimanapun, kadang-kadang soalan menggunakan perkataan lain yang memberi erti yang sama dengan perkataan diatas.
1. Upah = gaji
2. Faedah = dividen, hibah, pulangan, bunga

Macam mana dengan perkongsian cikgu, BEST? Komenlah “BEST” banyak-banyak. Insya Allah cikgu akan post setiapminggu kalau ramai yang suka dengan perkongsian cikgu.


Khamis, 9 Mei 2019

KELAS PECUTAN UPSR 2019 KINI DIBUKA UNTUK PENDAFTARAN





UPSR SEMAKIN HAMPIR ?

❤ Anak  masih belum bersedia menghadapi peperiksaan ?

❤ Masih banyak subjek & bab yang belum anak  kuasai ?

❤ Tertekan dan risau anak bakal menduduki peperiksaan ?

JANGAN RISAU...

Azzahra Home Tuition kini kembali lagi dengan menyediakan kelas pecutan UPSR 2019  di mana ini adalah antara rahsia kejayaan pelajar-pelajar kami yang telah berjaya pada peperiksaan UPSR yang lepas.

Kelas pecutan bertujuan untuk membantu anak-anak lebih bersedia dan berkeyakinan tinggi untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang bakal diduduki oleh mereka.

Dengan tenaga pengajar  yang profesional dan berpengalaman dalam  bidang akademik, anak anda akan dibimbing secara praktikal untuk mempersiapkan diri untuk cemerlang dalam peperiksaan.

Fokus kepada teknik-teknik menjawab soalan-soalan UPSR dengan cara betul & tepat agar pelajar mendapat markah penuh dalam peperiksaan nanti.




BONUS
======

1. PERCUMA Soalan-soalan UPSR berformat baru.

2. Tips Belajar secara EFEKTIF di saat akhir.

3. Tips di Dewan Peperiksaan.

APA TUNGGU LAGI ???

Jangan lepaskan peluang keemasan ini...

WHATSAPP/ HUBUNGI SEGERA UNTUK MENDAFTAR

Cikgu Solehah : 012-542 1825

TERHAD KEPADA 8 ORANG PELAJAR SAHAJA.



Pelaburan bijak... demi masa depan anak
anda..

#AzzahraHomeTuition
#QualityAndFunLearning
#CreatingFutureTogether
#Selayang

Khamis, 16 Ogos 2018

SAYA SANGAT GEMBIRA, CIKGU.




 Boleh dikatakan saban hari saya akan menerima pesanan daripada ibubapa mengenai keputusan-keputusan anak-anak mereka


Ramai ibubapa mengharapkan yang terbaik daripada anak-anak
Namun, persoalan yang sering bermain di benak saya, adakah anak-anak mengetahuinya? Adakah anak-anak sedar tentang keprihatinan ibubapa terhadap masa hadapan mereka

Mereka tidak tahu betapa “toughnya” cabaran yang bakal menunggu mereka

Sungguh tidak dinafikan ramai juga anak-anak yang tidak rasa apa-apa dengan memberi keputusan yang tidak cemerlang kepada ibubapa

Apa puncanya?Apa sebabnya? Adakah persoalan ini berkait rapat dengan kematangan mereka? Atau kesedaran mereka? Atau perasaan kasih sayang yang mereka dapat? Atau mereka dipinggirkan? Atau mereka kekurangan kasih sayang? Terlalu banyak persoalan yang bermain di dalam kepala saya dalam membuat penyelidikkan atas masalah pelajar yang bermasalah dan tidah cemerlang

Berbalik pada cerita sebenar, pelajar ini sudah lama dengan team Azzahra, sudahpun 2 tahun bersama. Alhamdulilah baru-baru ini dapat pesanan daripada ibu pelajar yang sangat gembira dengan pencapian anaknya

Kejayaan ini adalah kejayaan yang cukup bermakna kepada ibubapanya. Nak dapat rasa manisnya madu perlulah rasa sakitnya sengatan sang lebah

“No pain no gain” begitulah perumpamaan yang boleh saya kaitkan

Semoga kejayaan ini adalah permulaan untuk mencapai kejayaan-kejayaan yang lain

Bagi yang telah mendapat rentak dalam kejayaan jangan abaikan.. teruskan mencapai banyak lagi kejayaan

Bagi masih mencari rentak, teruskan perjuangan. Bila mahu mengalah fikirlah kejayaan datang pada mereka yang MAHUKANNYA

KEJAYAAN TIDAK PERNAH DATANG BERGOLEK, KEJAYAAN DATANG SEIRING DENGAN USAHA DAN PENGORBANAN DIRI SENDIRI

Berusalah untuk mendapat kejayaan diri anda, walaupun apa-apa yang terjadi teruslah berjuang sehingga anda dapat apa yang anda mahukan

Sungguh, ia susah ia penat ia kadang-kadang menyakitkan, tpi kalau tak rasa semua tu mana mungkin kita akan rasa manisnya sebuah kejayaan
Teruslah mencari kejayaan masing-masing
Semoga anda semua mencapai kejayaan di dunia dan akhirat
Semoga Allah memudahkan segalanya bagi anda semua

Minta dari Allah untuk memberi kejayaan kepada kita kerna SEGALA JENIS KEJAYAAN ADALAH DATANGNYA DARI ALLAH SWT