Sabtu, 8 Mei 2021

SELAMAT HARI IBU


SELAMAT HARI IBU
================

Oh ibu,
Sentuhanmu yang halus menceriakan hatiku,
Dakapan hangatmu dapat mententeramkan keresahanku,
Setiap tutur katamu mampu membakar semangatku,
Jasa dan pengorbananmu takkan terbalas sehabis usiaku.

Selamat Hari Ibu buat semua ibu yang berada di luar sana terutama kepada para ibu yang setia bersama dengan kami. Terima kasih atas segala kasih sayang, ilmu, didikan, doa dan pengorbanan yang engkau berikan buat anak-anak tercinta.

Anda merupakan ibu hebat dan luar biasa yang sentiasa memberi inspirasi buat kami agar terus maju dan berjaya serta menyantuni kami dengan penuh kasih dan sayang.
Pekerjaan “IBU” adalah pekerjaan paling mulia di dunia walaupun perlu harungi pelbagai kesakitan.

Apa sahaja yang kita pilih untuk mengenal erti kehidupan dan kemana sahaja kita pergi untuk mencari diri dan menempuh rintangan dunia, Ibu ialah tempat kita pulang.
Sentiasa sokong dan doakan kami ibu-ibu untuk kejayaan kami di dunia dan di akhirat.

Terima kasih buat segalanya.

Selamat Hari Ibu daripada kami semua.

#selamathariibu
#KitaJagaKita
#AzzahraHT
#AzzahraHomeTuition
#onlintetuition
#tuition
#CreatingFutureTogether
#QualityAndFunLearning
#HomeTuition
#TuitionCentre

 

Khamis, 6 Mei 2021

MESYUARAT TUTOR


Mesyuarat Tutor.
Terima Kasih atas kerjasama yang diberikan.
Fokus Memberi Manfaat kepada Ummah, Berjaya Dunia & Akhirat..


 

Isnin, 3 Mei 2021

TUTOR TERBAIK MAC 2021


Tahniah diucapkan buat cikgu atas pencapaian yang cemerlang dan memuaskan. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu kerana telah banyak membantu pelajar-pelajar di Azzahra Home Tuition dalam mendidik dan membimbing mereka sehingga berjaya. Semoga segala jasa baik cikgu di balas dengan kebaikkan di dunia dan di akhirat.


 

HADIAHKAN ANAK ANDA DUIT RAYA 2021




Hari ini sudah masuk 21 Ramadhan (3 Mei) maka berakhirlah pertandingan menangi duit raya. Jadi ini adalah antara peserta yang menyertai pertandingan ini. Slogan kata yang diberikan oleh peserta sangat menarik dan menyentuh hati kerana mereka sangat berpuas hati dengan cara didikan para tutor Azzahra Home Tuition.


 

Khamis, 29 April 2021

Nuzul Al-Quran


Assalamualaikum semua.

Salam Nuzul Al-Quran daripada kami Azzahara Home Tuition buat seluruh umat Islam bagi sempena bulan Ramadhan ini.
Semoga kita sentiasa diberi ruang dan peluang untuk membaca serta memperbaiki bacaan kita agar dapat mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Khamis, 22 April 2021

PELUANG KERJAYA SEBAGAI PERUNDING PENDIDIKAN

 


PELUANG KERJAYA SEBAGAI PERUNDING PENDIDIKAN
==============================================

Azzahra Home Tuition & Quranic Home Based ingin membuka peluang kerjaya kepada mereka yang memerlukan pendapatan tambahan untuk memohon sebagai perunding pendidikan kami.

Syarat-syarat Penyertaan
==================
~ Terbuka kepada semua rakyat malaysia yang ingin menjana pendapatan tambahan di masa terluang anda.
~ Komisyen yang menarik sehingga 21%.
~ Boleh bekerja daripada rumah.
~ Latihan disediakan.

Pendaftaran terbuka hanya kepada 10 orang yang terawal sahaja…

Jom daftar segera… sebelum penuh..

Bagaimana Ingin Memohon?
=====================
Sila hubungi Pegawai Sumber manusia kami seperti dibawah:

WhatsApp: 010 - 367 9947
FB: https://www.facebook.com/AzzahraHomeTuitionKLSelangor
IG: https://www.instagram.com/azzahrahometuition/