Selasa, 18 Julai 2023

CREATING FUTURE LEADERS TOGETHER

 


Ketahuilah usaha menjadi seorang pemimpin yang sempurna itu, menuntut kita untuk berusaha menjangkau sehabis tangan. Ini kerana, untuk melahirkan pemimpin yang baik ia memerlukan kita untuk menjadi individu yang berani mengakui kesalahan dan seterusnya bangkit serta belajar daripada kesalahan tersebut. Pada waktu yang sama, pemimpin yang
hebat
tidak akan pernah berhenti untuk mempelajari hal-hal baharu yang berada di sekitarnya.
Sesungguhnya, setiap insan tidaklah dilahirkan dengan sifat kepimpinan, sebaliknya insan itu sendiri yang perlu belajar dan mencari potensi sifat kepimpinan dalam diri masing-masing sehingga ia dapat diimplementasikan dalam kehidupan harian.
Memetik kata-kata punjangga, “condong yang akan menongkat, rebah yang akan menegakkan” membuktikan bahawa tugas pemimpin itu bukanlah sesuatu yang ringan kerana jika berlaku sesuatu permasalahan, pemimpinlah yang akan bergerak ke hadapan untuk membantu.
Melihat mafhum daripada kata-kata tersebut, Alhamdulillah pihak Azzahra Home Tuition telah mengetengahkan ‘Leaders Meeting’ sebagai agenda utama bulanan syarikat yang menuntut semua wakil dari setiap jabatan untuk berkumpul dan bersama-sama membincangkan idea dan strategi yang harus direalisasikan demi memperkasakan tahap pendidikan para pelajar supaya mereka dapat menjadi pemimpin yang cemerlang untuk generasi yang mendatang.
Sekalung penghargaan terima kasih buat semua pihak yang telah membantu kami mengetuai pasukan Azzahra Home Tuition yang kini sudah hampir mencecah bilangan 100 orang kakitangan. Semoga kita dapat terus sama-sama berganding bahu mengharungi setiap cabaran yang mendatang demi melahirkan lebih ramai pelajar yang berkualiti.

Selasa, 27 Jun 2023

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA 2023


Assalamualaikum semua, pihak Azzahra Home Tuition ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 2023 kepada semua muslimin & muslimat.

Kami mohon maaf atas kesilapan dan keterlanjuran daripada pihak kami. Semoga anda semua sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.

 

Khamis, 15 Jun 2023

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI SYARIKAT SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA 2023


NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI SYARIKAT SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA 2023

TUTOR TERBAIK APRIL 2023

 


Syabas dan Tahniah kepada Cikgu Nurul Amira Husna atas pencapaian perkhidmatan cemerlang yang sudah diberikan.
Terima kasih kerana telah memberi inspirasi kepada pelajar-pelajar Azzahra Home Tuition untuk membentuk masa depan yang terbaik.
Semoga segala usaha baik cikgu dibalas dengan kebaikan di dunia dan di akhirat. Amiin.

Selasa, 16 Mei 2023

SELAMAT HARI GURU

 


SELAMAT HARI GURU
==============
Selamat Hari Guru kami ucapkan kepada semua guru-guru di Malaysia serta tidak lupa juga kepada guru-guru di Azzahra Home Tuition.
Terima kasih atas setiap pengorbanan, sokongan, dorongan serta keikhlasan anda dalam mendidik pelajar-pelajar di Azzahra Home Tuition.
Kami doakan semoga setiap guru-guru diberikan kesihatan yang baik dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.
Terima kasih cikgu.