Isnin, 27 Julai 2026


BERMULA DENGAN SEBUAH IMPIAN. KINI MENJADI SEBUAH KENYATAAN

Tahniah kepada para pelajar PKSK Batch 2025 atas kejayaan menerima tawaran ke MRSM, SBP dan SMKA.

Setiap poster yang dikongsikan merupakan sebahagian daripada pelajar yang telah berjaya merealisasikan impian mereka.

Semoga kejayaan mereka menjadi pembakar semangat kepada calon PKSK 2026 untuk terus berusaha dan membuat persediaan seawal mungkin.

💙 Tahniah kepada semua pelajar dan ibu bapa dan team Azzahra atas kejayaan yang membanggakan.

#azzahraonlinetuition #PKSKBatch2025 #tuisyenpksk #tuisyenonline #mrsm #sbp #smka #ujianpksk

 


🌟 KEJAYAAN TIDAK DATANG SECARA KEBETULAN. IA BERMULA DENGAN PERSEDIAAN YANG BETUL.

Tahniah kepada para pelajar PKSK Batch 2025 atas kejayaan menerima tawaran ke MRSM, SBP dan SMKA.

Setiap poster yang dikongsikan merupakan sebahagian daripada pelajar yang telah berjaya merealisasikan impian mereka.

Semoga kejayaan mereka menjadi pembakar semangat kepada calon PKSK 2026 untuk terus berusaha dan membuat persediaan seawal mungkin.

💙 Tahniah kepada semua pelajar dan ibu bapa dan team Azzahra atas kejayaan yang membanggakan.

#azzahraonlinetuition #PKSKBatch2025 #tuisyenpksk #tuisyenonline #mrsm #sbp #smka #ujianpksk

 


🚨 PERMOHONAN PKSK SUDAH DIBUKA
Ramai calon sudah membuat persediaan sejak awal tahun.

Kini tinggal sekitar 2 bulan sahaja sebelum ujian PKSK.

Sementara ada ibu bapa yang masih menunggu...

Ramai calon lain sudah mengikuti kelas, membuat latihan dan membiasakan diri dengan format soalan PKSK.

Semakin lambat bermula,

semakin besar jurang persediaan yang perlu dikejar.

PKSK bukan sekadar peperiksaan.

Ia adalah persaingan mendapatkan tempat di MRSM, SBP dan sekolah berprestij.

Jangan tunggu sehingga masa benar-benar habis.

📲 Daftarkan anak hari ini

#azzahraonlinetuition #tuisyenpksk #tuisyenonline #tuisyenterbaik #sbp #MRSM #smka

 

Ahad, 26 Julai 2026


Ibu ayah, persediaan PKSK kini lebih penting berbanding sebelum ini.

Bermula dengan Sistem Tunggal PKSK, proses permohonan ke MRSM, SBP dan SMKA telah berubah.

📌 Kini, ibu bapa hanya perlu mengisi SATU borang permohonan dan memilih sekolah yang ingin dimohon.

Ini bermaksud lebih ramai calon akan melalui proses pemilihan yang sama menggunakan PKSK.

Jika sebelum ini ibu bapa hanya memberi fokus kepada satu jenis sekolah, kini PKSK menjadi laluan utama untuk permohonan ke sekolah-sekolah berprestasi tinggi yang terlibat.

Dengan jumlah permohonan yang sangat tinggi setiap tahun, persaingan untuk mendapatkan tempat sememangnya mencabar.

Jangan anggap anak hanya perlu "cuba nasib".

Anak yang membuat persediaan lebih awal akan lebih bersedia dari segi:
• Memahami format sebenar PKSK.
• Menguasai teknik menjawab soalan KBAT.
• Mengurus masa dengan lebih baik.
• Membina keyakinan sebelum hari ujian.

Ramai ibu bapa hanya mula mencari kelas beberapa minggu sebelum peperiksaan.

Ketika itu, ramai calon lain sebenarnya sudah pun membuat persediaan sejak awal.

🎯 Jangan tunggu sehingga saat akhir.

Berikan anak anda peluang untuk bersedia dengan lebih yakin.

#azzahraonlinetuition #PKSK #PKSK2026 #MRSM #SBP #SMKA #PersediaanPKSK #SekolahBerasramaPenuh

 

Jumaat, 24 Julai 2026


Bukan semua pelajar belajar untuk dapat A. Ada yang belajar kerana sedang berjuang untuk mengubah seluruh hidupnya. ❤️

Inilah kisah Atiqah, salah seorang pelajar di Azzahra Online Tuition.

Atiqah bekerja hampir 12 jam setiap hari, malah ada masanya perlu bekerja lebih masa. Dalam seminggu, dia hanya bercuti pada hari Khamis.

Namun, hari cuti itulah yang dipilih untuk menghadiri kelas tuisyen online.
Bukan kerana dipaksa.
Tetapi kerana dia mempunyai satu impian yang besar.

Atiqah berazam untuk dapatkan sijil SPM.

Walaupun sudah memasuki usia 20-an, dia tekad mahu memiliki sijil kelayakan agar dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan membina masa depan yang lebih baik.

Apa yang paling mengagumkan bukanlah kesibukan jadualnya.
Tetapi kesungguhannya.

Walaupun penat, setiap kali ada waktu lapang di tempat kerja, Atiqah akan mengambil peluang untuk membaca dan mengulang kaji pelajaran.

Sedikit demi sedikit.
Hari demi hari.
Tanpa mengeluh.

Satu lagi perkara yang sangat kami hargai ialah sikap Atiqah yang sentiasa menghargai orang di sekelilingnya.

Hampir setiap kali selesai kelas, pasti akan ada ucapan seperti:

"Terima kasih sangat selalu bantu saya."

"Terima kasih sebab permudahkan urusan saya."

"Terima kasih cikgu untuk kelas hari ni."

Ucapan yang ringkas, tetapi cukup besar maknanya buat para tutor kami.

Di Azzahra Online Tuition, kami percaya setiap pelajar mempunyai cerita dan perjuangan yang berbeza.

Bukan semua bermula dengan kelebihan.

Tetapi sesiapa yang sanggup berusaha, insya-Allah akan sentiasa ada peluang untuk melangkah lebih jauh.

Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan Atiqah, mengurniakan kekuatan untuk terus istiqamah, dan merealisasikan setiap impiannya. Aamiin. 🤲❤️

Teruskan berjuang. Seluruh warga Azzahra Online Tuition sentiasa mendoakan kejayaanmu!


#azzahraonlinetuition #tuisyenonline #tuisyenterbaik

 


Dulu reject kelas online.
Sekarang... siap dapat A pula! 🤭

Siapa sangka kan?

Masa mula-mula ibu ini menghubungi Azzahra Online Tuition, hasratnya cuma satu — nak cari tutor Jawi yang boleh datang mengajar di rumah.

Selepas PKP kami memang tak lagi tawarkan kelas fizikal. Semua kelas dijalankan secara online. Bila dengar begitu, beliau jadi ragu-ragu.

💬 "Saya risau anak saya ni tak boleh fokus."

Kami tanya balik.

💬 "Anak puan dah pernah cuba kelas online sebelum ni?"

"Belum pernah."

Jadi kami tawarkan kelas percubaan saja dulu.

Dan.. alhamdulillah, keputusan itu menjadi titik permulaan yang sangat bermakna.

Zikri bukan saja boleh fokus, malah semakin seronok belajar setiap minggu. ❤️

6 bulan kemudian...

Keputusan Jawi yang dulunya merisaukan ibu ini bertukar menjadi A! 🥹🎉

Kadang-kadang, bukan anak yang tak boleh belajar online.

Cuma kita belum beri mereka peluang untuk cuba dalam suasana pembelajaran yang betul, dengan tutor yang sesuai dan kelas yang interaktif.

Macam orang selalu cakap...

"Jangan tak suka sangat... nanti jatuh cinta." 🤭

Tahniah Zikri! Semoga terus cemerlang dalam pelajaran.

#azzahraonlinetuition #tuisyenonline #tuisyenterbaik #tuisyenjawi #TuisyenKAFA

 

Rabu, 22 Julai 2026


SPM Hanya Sekali. Keputusan Yang Diperoleh Mungkin Membuka atau Menutup Banyak Peluang.

Ramai pelajar beranggapan...

"Asalkan lulus sudah memadai."

Hakikatnya, keputusan SPM masih menjadi antara penentu utama masa depan seseorang.

Keputusan yang cemerlang bukan sekadar untuk mendapatkan sijil yang cantik.

Ia membuka lebih banyak pilihan.

Lebih banyak peluang melanjutkan pelajaran ke universiti atau kolej pilihan.

Lebih mudah memohon biasiswa dan tajaan pendidikan.

Berpeluang memasuki program matrikulasi, asasi atau diploma yang kompetitif.

Meningkatkan keyakinan diri untuk menghadapi alam pengajian tinggi.

Menjadi asas kepada kerjaya yang diimpikan.

Sebaliknya...

Apabila keputusan tidak seperti yang diharapkan, pilihan menjadi lebih terhad.

Bukan bermaksud masa depan sudah berakhir.

Tetapi pelajar mungkin perlu melalui laluan yang lebih panjang, lebih mencabar dan memerlukan kos yang lebih tinggi.

Sebab itu, beberapa bulan terakhir sebelum SPM sangat berharga.

Inilah masanya untuk:

Menutup jurang kelemahan.
Mengukuhkan topik yang masih belum dikuasai.
Menguasai teknik menjawab mengikut kehendak peperiksaan.
Berlatih secara konsisten sehingga hari peperiksaan.

Ingat...

SPM bukan sekadar peperiksaan.

Ia adalah tiket yang membuka lebih banyak peluang untuk masa depan.

Usaha yang dilakukan hari ini mungkin menjadi sebab anak anda memperoleh peluang yang tidak pernah disangka suatu hari nanti.

🎯 Masih ada masa untuk berubah. Yang penting, mulakan usaha sekarang.

#azzahraonlinetuition #tuisyenonline #tuisyenterbaik #spm #spm2026