Jumaat, 24 Julai 2026


Dulu reject kelas online.
Sekarang... siap dapat A pula! 🤭

Siapa sangka kan?

Masa mula-mula ibu ini menghubungi Azzahra Online Tuition, hasratnya cuma satu — nak cari tutor Jawi yang boleh datang mengajar di rumah.

Selepas PKP kami memang tak lagi tawarkan kelas fizikal. Semua kelas dijalankan secara online. Bila dengar begitu, beliau jadi ragu-ragu.

💬 "Saya risau anak saya ni tak boleh fokus."

Kami tanya balik.

💬 "Anak puan dah pernah cuba kelas online sebelum ni?"

"Belum pernah."

Jadi kami tawarkan kelas percubaan saja dulu.

Dan.. alhamdulillah, keputusan itu menjadi titik permulaan yang sangat bermakna.

Zikri bukan saja boleh fokus, malah semakin seronok belajar setiap minggu. ❤️

6 bulan kemudian...

Keputusan Jawi yang dulunya merisaukan ibu ini bertukar menjadi A! 🥹🎉

Kadang-kadang, bukan anak yang tak boleh belajar online.

Cuma kita belum beri mereka peluang untuk cuba dalam suasana pembelajaran yang betul, dengan tutor yang sesuai dan kelas yang interaktif.

Macam orang selalu cakap...

"Jangan tak suka sangat... nanti jatuh cinta." 🤭

Tahniah Zikri! Semoga terus cemerlang dalam pelajaran.

#azzahraonlinetuition #tuisyenonline #tuisyenterbaik #tuisyenjawi #TuisyenKAFA

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan