Khamis, 20 Ogos 2026


KALAU ANAK DIBERI PILIHAN, ADAKAH MEREKA AKAN TETAP MEMILIH KITA?

Pernah terfikir soalan ini?

Kalau anak-anak diberi peluang untuk memilih…

Mereka akan pilih ibu yang selalu sabar?
Ayah yang sentiasa ada?
Atau mereka tetap akan pilih kita…
walaupun kita pernah marah,
pernah penat,
pernah meninggikan suara,
pernah terlalu sibuk,
dan pernah tidak memahami mereka?

Anak-anak sebenarnya tidak meminta ibu ayah yang sempurna.

Mereka cuma mahu rasa disayangi.
Mahu didengari.
Mahu dipeluk selepas dimarahi.
Mahu tahu bahawa rumah adalah tempat paling selamat untuk mereka pulang.

Yang paling menyentuh…

Anak boleh menerima kekurangan kita, sedangkan kita kadang-kadang terlalu banyak menuntut kesempurnaan daripada mereka.

Kita mahu mereka pandai.
Kita mahu mereka berjaya.
Kita mahu keputusan mereka cantik.
Kita mahu mereka jadi anak yang membanggakan.

Tetapi dalam mengejar semua itu…

Jangan sampai anak membesar dengan rasa,
“Aku hanya disayangi apabila aku berjaya.”

Kerana suatu hari nanti,
mereka mungkin tidak ingat berapa A yang mereka dapat.

Tetapi mereka akan ingat…

bagaimana ibu dan ayah membuat mereka rasa tentang diri mereka sendiri.

Didik mereka untuk berjaya.
Bimbing mereka untuk menjadi hebat.

Tetapi jangan lupa…

peluk mereka dalam prosesnya. ❤️

Kerana anak-anak ini bukan milik kita selamanya.

Mereka adalah amanah Allah,
yang suatu hari nanti akan membawa cerita tentang kita
dalam hati mereka.

Semoga apabila mereka dewasa nanti,
mereka boleh berkata:

“Aku bersyukur Allah pilih mereka untuk menjadi ibu dan ayah aku.”

Semoga kita semua berjaya menjadi ibu dan ayah yang dapat menjalankan amanah Allah dengan sebaiknya.

#azzahraonlinetuition #ParentingMalaysia #IbuAyah #AnakAnak #AmanahAllah #PendidikanAnak #ParentingJourney

 

Rabu, 19 Ogos 2026


Nak anak pandai, tapi nak pandai “express”. 😂

Belajar hari ni.
Esok terus nak boleh jawab semua jenis soalan.
Minggu depan nak nampak result.

Tapi ibu ayah…

Belajar ni bukan macam bancuh 3-in-1. 😂

Ibu ayah tahu tak, antara punca pelajar susah nak dapat markah yang bagus sebenarnya bukan sebab mereka tak pandai?

Kadang-kadang…

mereka belum cukup lama belajar secara konsisten.

Berdasarkan pengalaman kami mengendalikan kelas tuition, perubahan yang ketara biasanya memerlukan masa, latihan dan konsistensi.

Sebab itu, dalam banyak kes, kami cadangkan ibu bapa beri sekurang-kurangnya 6 bulan untuk proses pembelajaran yang konsisten sebelum menilai perubahan anak.

Ya, minimum 6 bulan.

Bukan 2 minggu.
Bukan 1 bulan.
Dan bukan belajar seminggu sebelum exam. 😭

Kami pernah lihat pelajar yang pada awalnya mendapat gred yang rendah, tetapi selepas beberapa bulan mengikuti pembelajaran secara konsisten, prestasi mereka mula meningkat dengan ketara.

Tapi… memang bukan dengan usaha biasa-biasa.

Ada yang mengikuti private class 3–4 kali seminggu.

Di rumah pula, ibu ayah bantu ulang kaji.
Latihan dibuat secara konsisten.
Soalan yang salah diperbaiki.
Topik yang belum dikuasai diulang semula.

Dan yang paling penting…

Tak berhenti hanya kerana result belum berubah.

Sebab kadang-kadang kita nampak anak belajar selama sebulan, tapi markah masih sama.

Terus kita rasa,

“Kenapa tak improve lagi?”

Sebenarnya, mungkin anak sedang membina asas yang kita belum nampak hasilnya.

Macam tanam pokok. 🌱

Kita siram hari ini.
Esok tengok… tak tumbuh.

Lusa tengok lagi…
Masih tak nampak apa-apa.

Tapi bukan bermaksud tiada apa yang berlaku.

Akarnya sedang tumbuh.

Begitulah juga proses belajar.

Apa yang anak belajar hari ini mungkin belum terus kelihatan pada markah.

Tetapi apabila dilakukan secara konsisten, sedikit demi sedikit, lama-lama kita akan mula nampak perubahan.

Jadi kalau hari ini markah anak masih belum seperti yang kita harapkan, jangan terlalu cepat label anak sebagai “tak pandai”.

Mungkin dia cuma perlukan…

lebih masa, lebih latihan dan lebih sabar. 🤍

🌱 Progress takes time.

Yang penting, jangan berhenti.
Kerana setiap anak tidak sama progress timeline nya. Tidak boleh pukul rata dan tidak boleh compare antara satu sama lain

Jadi kenalpasti dulu apa keperluan anak.

#azzahraonlinetuition #AzzahraOnlineTuition #TuisyenOnline #TuisyenOnlineMalaysia #KelasOnline #PendidikanAnak #PrestasiAkademik #AnakCemerlang #TipsIbuBapa #TipsBelajar #MotivasiPelajar #TeknikBelajar #BimbinganAkademik #KelasTambahan #PrivateTuition #OnlineTuitionMalaysia #IbuBapaMalaysia #PendidikanMalaysia #KonsistenBelajar #ProgressTakesTime

 


“Dia yang bagi cara kira dekat cikgu dia!”


Fuhhh. Power! 😂


Tapi kalau tengok perjalanan Aimy, sebenarnya bukan terus macam ni.

Masa sekolah rendah, Aimy memang pelajar yang pandai. Sampai ditawarkan biasiswa dan berjaya masuk ke salah satu SBP terbaik di Malaysia.


Tapi bila masuk Tingkatan 1, pembelajaran di SBP yang lebih laju, ditambah pula dengan pengalaman pertama duduk di asrama, buat Aimy mula struggle.

Markah Matematik dia jatuh teruk… sampai GAGAL.


Keluarganya tahu Aimy sebenarnya pandai.

Cuma ketika itu, dia perlukan guidance yang betul untuk bangkit semula.

Alhamdulillah, selepas beberapa sesi kelas, keyakinan Aimy mula kembali.


Sampai hari ini kami terima feedback daripada keluarga:

“Aimy macam confident dah sekarang.”

Dan yang paling win…

“Dia yang bagi jalan kira kat cikgu sekolah dia.”

Wow alhamdulilah..Tapi honestly, kami paling happy bukan sebab Aimy dah boleh bagi jalan kira pd cikgu.


Kami happy sebab Aimy dah dapat balik keyakinan diri dia. ❤️


Boleh faham ke perasaan tu? Kayakinan yang pernah ada pada kita dlu kemudian hilang, tercari-cari balik momentum tersebut dan akhirnya berjaya dapatkan balik momentum keyakinan itu.. moment tu hanya Tuhan saja yang tahu..


Kadang-kadang bila anak gagal dalam satu subjek, yang hilang bukan sekadar markah.

Keyakinan diri pun boleh jatuh sekali.


Mungkin anak cuma perlukan cara belajar yang sesuai, bimbingan yang betul dan seseorang yang masih percaya bahawa dia sebenarnya BOLEH.

InsyaAllah, bila keyakinan dah kembali…


kita akan mula nampak potensi yang selama ini tersembunyi. ❤️


Oh, satu lagi…

Hari ini Aimy siap minta izin nak share nombor kami dengan saudara yang sedang mencari tuisyen online untuk anak Darjah 2.


Dah jadi ambassador Azzahra nampaknya. 😂❤️

Alhamdulillah. Semoga Aimy terus yakin dengan kebolehan diri sendiri dan terus melangkah lebih jauh. 🤲🏻


#azzahraonlinetuition #TestimoniAzzahra #AzzahraOnlineTuition #TuisyenOnline #TuisyenOnlineMalaysia #KelasOnline #KelasMatematik #TuisyenMatematik #MatematikSPM #MatematikTingkatan1 #PelajarSBP #PelajarCemerlang #KeyakinanDiriAnak #AnakCemerlang #PrestasiAkademik #BimbinganAkademik #TuisyenSPM #TuisyenBerkualiti #SmallGroupTuition #OnlineTuitionMalaysia #PendidikanMalaysia #IbuBapaMalaysia


 

Selasa, 18 Ogos 2026

 


SPM 2026: Tarikh Rasmi Dah Keluar! 📚
Ibu ayah, sekarang dah boleh mula susun strategi persediaan SPM anak.
📌 Ujian Bertutur Bahasa Melayu: 26–29 Oktober 2026
📌 Ujian Bertutur Bahasa Inggeris: 2–5 November 2026
📌 Ujian Amali Sains: 16–18 November 2026
📌 Peperiksaan Bertulis: 23 November–17 Disember 2026
📌 Ujian Mendengar BM: 30 November 2026
📌 Ujian Mendengar BI: 1 Disember 2026
Dengan peperiksaan yang semakin dekat, persediaan bukan sekadar belajar banyak — tetapi perlu belajar secara konsisten, tersusun dan mengikut keperluan anak.
Jangan tunggu bila peperiksaan dah hampir baru nak kejar silibus, buat latihan dan kenal pasti kelemahan.
🎯 Mula persediaan. Bina momentum. Tingkatkan keyakinan.
Azzahra Online Tuition menyediakan kelas online dalam kumpulan kecil & 1-to-1, dengan bimbingan tutor yang membantu pelajar lebih fokus dan konsisten dalam persediaan SPM.
Nak tahu kelas & pakej SPM yang sesuai untuk anak?
Hello kami😀



Umur baru 15 tahun, tapi dah mula belajar subjek Tingkatan 5!
Tapi sebenarnya, bukan itu yang buat kami paling kagum.
Yang buat kami kagum ialah…
anak ini sendiri yang minta ibunya carikan tuisyen. 🤭
Kami terima PM daripada seorang ibu, Puan Zila.
Anak beliau merupakan pelajar di Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM — sebuah program khas untuk pelajar yang mempunyai kebolehan intelektual dan bakat yang tinggi.
Untuk terpilih ke program ini pun, pelajar perlu melalui beberapa saringan dan ujian. Pembelajaran pula lebih advanced dan mencabar, mengikut tahap kebolehan mereka.
Jadi bila cuti sekolah bermula, saya ingatkan biasalah kalau ibu yang carikan kelas untuk anak.
Rupanya… anak yang minta. 😂
“Mama, carikan tuition online Add Maths & Physics.”
Kemudian Puan Zila beritahu kami:
“Umur dia baru 15, cikgu. Tapi tahun ni dah mula belajar subjek Tingkatan 5 sebab tahun depan dah kena ambil SPM.”
MasyaAllah. 🥹
Sepanjang cuti sekolah, kami susunkan 8 sesi kelas Add Maths & Physics secara online untuknya.
Bila sekolah dibuka nanti, sekurang-kurangnya dia sudah mempunyai asas dan lebih bersedia untuk mengikuti pembelajaran di dalam kelas.
Dan kalau dah faham dulu…
bolehlah pula tolong kawan-kawan sekelas yang belum faham. 🤭
Yang paling menggembirakan, setiap kali kelas selesai, Puan Zila akan mesej kami untuk berkongsi feedback.
Alhamdulillah, anaknya seronok belajar dengan cikgu-cikgu Azzahra. ❤️
Malah, Puan Zila pernah cakap:
“Seronok tengok muka dia bila dapat faham topik baru.”
Alhamdulillah. 🥹❤️
Bila anak sendiri sudah ada rasa ingin belajar, tugas kita adalah menyediakan ruang, bimbingan dan guru yang sesuai untuk mereka berkembang.


 

Isnin, 17 Ogos 2026


Ramai ibu bapa hanya mula mencari kelas apabila peperiksaan semakin hampir.
Ketika itu, masa semakin singkat. Tekanan semakin tinggi.
Anak yang membuat persediaan lebih awal mempunyai lebih banyak masa untuk membina kefahaman, keyakinan dan konsistensi.
Sempena Bulan Kemerdekaan ini, berikan hadiah terbaik buat anak anda – peluang untuk bersedia lebih awal.
✨ Program Persediaan Matrik Tahun 4
✅ Silibus KPM Terkini
✅ Kelas Online Interaktif
✅ Kumpulan Kecil
✅ Guru Berpengalaman
✅ Rakaman Kelas Disediakan
🎁 Promosi Merdeka – Tempat Terhad!
Hubungi kami sekarang untuk dapatkan info dan tawaran semasa.
Jangan tunggu sehingga saat akhir. Masa terbaik untuk bermula ialah sekarang.