WAH, DAH NAK CUTI SEKOLAH!
Assalamualaikum semua, Wah, dah
nak cuti sekolah! Ke dah ada yang
start cuti? Dah
ada rancangan ke nak buat apa time
cuti ni? Mesti ramai yang
nak pergi melancong, balik kampung dan jumpa kawan-kawan. Seronoknya…
Tapi, cikgu nak tanya satu perkara, belajar macammana? Takkan satu bulan lebih cuti ni nak main aje kan, kenalah belajar juga, ya tak. Kalau tak, habis lupa semua perkara yang kamu dah belajar di sekolah. Lagipun, ni lah masanya anak-anak nak perbaiki mana yang lemah tu. Walaupun ada antara kamu semua yang selalu dapat A untuk semua subjek, cikgu yakin masih ada ilmu baru yang kamu boleh pelajari.
Jadi, hari ni cikgu nak berkongsi cara membuat jadual harian yang
sangat-sangatlah mudah. Okey, mula-mula lihat
kemampuan diri. Bagaimana dengan pencapaian
kamu dalam peperiksaan yang lepas? Kemudian, kaji apa
kelemahan diri. Subjek yang lemah perlu
diberikan tumpuan dalam jadual ya. Contohnya, kamu lemah subjek
Sains, jadi lebihkan waktu belajar Sains berbanding subjek-subjek lain.
Subjek yang memerlukan pengiraan seperti
Matematik atau Fizik
letak sebelah petang. Maklumlah, petang-petang syok tidur. Jadi, untuk elakkan
rasa mengantuk tu, bolehlah ikut cadangan cikgu ni.
Cikgu cadangkan anak-anak tidur
awal dan berusaha untuk bangun awal. Masa pagi-pagi ni lah, otak kita fresh,
senang nak ingat. Kalau ada subjek yang banyak maklumat atau fakta yang perlu
dihafal seperti Sejarah, letak waktu ni. In shaa Allah, mudah kamu nak
menghafal.
Rehat tu mungkin boleh letak dalam
30 minit. Waktu main dalam 45 minit atau 1 jam letak pada pukul 6 petang ke
atas, atau waktu yang sesuai.
Belajar memang penting tapi solat perlu diutamakan. Nasihat cikgu, solat di
awal waktu. Lepas solat Maghrib
mungkin boleh mengaji dan solat
sunat, mohon pada Allah agar dipermudah semua urusan dan mendapat kejayaan
dunia dan akhirat.
Itu serba sedikit panduan cara buat jadual belajar. Kamu boleh ubah suai
mengikut kemampuan diri. Paling penting jaga makan, dapatkan rehat yang
secukupnya, azam kena kuat dan semangat nak score A dalam exam kena tinggi.
Mudah je kan nak buat jadual.
TETAPKAN MATLAMAT KAMU ...
PATUHI
JADUAL HARIAN…
Tiada guna kamu bersungguh membuat jadual kalau tiada
orang yang ikuti.