Selasa, 6 Mei 2025

🌟 TAHNIAH KEPADA CIK ISHA ILIANA BINTI SABRI! 🌟


 

🌟 TAHNIAH KEPADA CIK ISHA ILIANA BINTI SABRI! 🌟

============================================

Penerima Bonus Prestasi Emas Februari 2025 daripada Azzahra Home Tuition!

Kejayaan ini bukan datang sekelip mata. Ia lahir daripada prinsip kukuh yang Cik Isha pegang sepanjang perjalanan sebagai Perunding Pendidikan:

💡 Tanggungjawab:

Cik Isha percaya bahawa amanah ini bukan sekadar tugas, tetapi satu usaha ikhlas untuk menyedarkan masyarakat bahawa menuntut ilmu adalah keperluan hidup. Tanpa ilmu, kehidupan akan menjadi gelap tanpa arah. Sebab itulah setiap sesi konsultansi diberi sepenuh perhatian dan kasih sayang.

🤝 Kejujuran:

Dalam setiap konsultansi dengan ibu bapa, kejujuran menjadi asas utama. Cik Isha sentiasa telus dalam berbincang, kerana beliau faham hanya dengan kepercayaan, barulah ibu bapa yakin untuk berkongsi masalah anak-anak mereka. Ini membuka ruang untuk beliau membantu ibu bapa pelajar dengan strategi yang paling berkesan.

⏰ Pengurusan Masa:

Walaupun bergelar pelajar sepenuh masa di universiti, Cik Isha cekal membahagikan masa antara belajar dan tugas sebagai perunding pendidikan. Beliau memilih jalan ini dengan sedar, kerana baginya pendidikan anak-anak bangsa perlu diberi keutamaan walau sesibuk mana sekalipun.

✨ Dedikasi, keikhlasan dan semangat tinggi inilah yang membawa Cik Isha ke tahap ini.

Semoga terus berjaya dan menjadi inspirasi kepada ramai lagi perunding pendidikan di luar sana!

🌸 Hubungi kami untuk dapatkan bimbingan terbaik buat anak anda:
Berminat untuk sertai team kami?
Bagi jawatan Tutor, Perunding Pendidikan atau Pentadbiran (Full time/ Part time)
Klik link di bawah….













Rabu, 23 April 2025

🌟 TAHNIAH CIK RAIHANA BT RASHID 🌟

 


🌟 TAHNIAH CIK RAIHANA BT RASHID 🌟

============================

 

Perunding Pendidikan Terbaik Azzahra Home Tuition 2024

 

Jumlah Jualan Tertinggi: RM 508,361.57

 

Prinsip yang diamalkan oleh Cik Raihana:

 

📌 "Sentiasa Memberi Nilai, Bukan Sekadar Mengurus Pendaftaran"

Kejayaan Cik Raihana bukan datang semata-mata mengurus pendaftaran pelajar, tetapi membantu ibu bapa memahami keperluan anak mereka dalam mencari solusi yang terbaik. Beliau sentiasa berusaha menjadi personal assistant kepada ibu bapa dalam membuat pelaburan yang tepat demi masa depan anak-anak mereka.

 

📚 "Sentiasa Belajar dan Berkembang"

Untuk terus relevan dan berkesan, beliau konsisten menambah ilmu dalam jualan, komunikasi, dan memahami sistem pendidikan baik tempatan mahupun antarabangsa. Kini Azzahra sudah melangkah ke lebih 8 buah negara, dan Cik Raihana bersedia memberi konsultasi terbaik tanpa batas sempadan.

 

🤍 "Bekerja Dengan Hati, Niat Kerana Allah"

Setiap nasihat dan tindakan dimulakan dengan niat membantu, seikhlasnya seperti membantu keluarga sendiri. Keikhlasan ini menjadi kunci kepada kejayaan luar biasa yang diraih. “Rezeki yang datang kerana amanah, dan keberkatan yang hadir kerana niat yang betul”.

 

🌟 Cik Raihana bukan hanya menjalankan tugas sebagai perunding pendidikan, tetapi turut memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan anak-anak dengan penuh tanggungjawab dan keprihatinan.

 

💐 Syabas & Tahniah Cik Raihana atas pencapaian luar biasa ini. Semoga terus menjadi inspirasi buat seluruh warga Azzahra dan para perunding pendidikan yang lain!

 

Ingin kami bantu pendidikan anak anda?

Klik link di bawah….

 

Cikgu Solehah: http://wassap.my/60125421825/AZHTBLOGPPT24

Cikgu Raihana: http://wassap.my/60108787040/AZHTBLOGPPT24

Cikgu Aina:  http://wassap.my/60133474733/AZHTBLOGPPT24

Cikgu Supiyah: http://wassap.my/60165077857/AZHTBLOGPPT

Cikgu Nur:  http://wassap.my/60165970517/AZHTBLOGPPT24

 

Berminat untuk sertai team kami?

Bagi jawatan Tutor, Perunding Pendidikan atau Pentadbiran (Full time/ Part time)

Klik link di bawah….

Pegawai Sumber Manusia:

 

http://wassap.my/60109159947/AZHTBLOGPPT24

 

#AzzahraHomeTuition #PerundingPendidikanTerbaik #TeamAzzahra #Inspirasi2024 #BekerjaDenganHati


Sabtu, 29 Mac 2025

🎉 SALAM AIDILFITRI 2025 dari Azzahra Home Tuition! 🎉


 

🎉 SALAM AIDILFITRI 2025 dari Azzahra Home Tuition! 🎉
Ilmu yang di curah bagaikan cahaya, menjadi pedoman dalam kehidupan. Dalam mendidik, keikhlasan dan keberkatan amat penting, sebagaimana Aidilfitri mengajarkan kita erti keikhlasan dan kemaafan.
Syawal adalah waktu menyucikan hati, sama seperti pendidikan yang menyucikan minda dan membentuk akhlak. Seperti ilmu yang memberi manfaat berterusan, keindahan Aidilfitri juga kekal dalam ingatan.
Di Azzahra Home Tuition, kami percaya bahawa setiap usaha dalam mendidik adalah satu ibadah, dan setiap ilmu yang disampaikan adalah saham akhirat. Semoga Syawal ini membawa keberkatan dan kejayaan kepada semua pendidik, pelajar, dan ibu bapa.
🌙✨ Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin ✨🌙
Ingin kami bantu pendidikan anak anda?
Klik link di bawah….
Berminat untuk sertai team kami?
Bagi jawatan Tutor, Perunding Pendidikan atau Pentadbiran (Full time/ Part time)
Klik link di bawah….
Pegawai Sumber Manusia: