"Mengapa kita perlu mencari rezeki yang berkat?"
Setiap pagi kita keluar bekerja dengan satu tujuan yang sama – mencari rezeki untuk keluarga.
Tetapi sebagai seorang Muslim, matlamat kita bukan sekadar membawa pulang banyak rezeki, sebaliknya membawa pulang rezeki yang halal dan penuh keberkatan.
Kerana keberkatan itulah yang menjadi asbab Allah SWT mempermudahkan urusan hidup kita dan anak-anak.
✨ Rezeki yang berkat bukan hanya mengenyangkan perut, tetapi turut memberi kebaikan kepada jiwa.
✨ Rezeki yang berkat bukan hanya membayar yuran sekolah, tetapi menjadi asbab Allah membuka pintu kefahaman dan kecemerlangan anak-anak.
✨ Rezeki yang berkat bukan hanya membeli keperluan mereka, tetapi menjadi asbab doa ibu bapa lebih mudah dimakbulkan.
Sebagai ibu bapa, kita semua mengimpikan anak yang berjaya dalam pelajaran, berakhlak mulia, dipermudahkan urusannya dan menjadi penyejuk hati di dunia serta akhirat.
Semuanya bermula dengan rezeki yang kita bawa pulang.
Justeru, marilah kita bekerja dengan penuh amanah, jujur, ikhlas dan bersungguh-sungguh. Elakkan penipuan, pengkhianatan amanah, ikhtilat dalam pergaulan, culas waktu kerja dan perkara yang boleh menghilangkan keberkatan rezeki.
Kerana mungkin kejayaan anak-anak pada masa hadapan bukan hanya hasil usaha mereka semata-mata, tetapi juga hasil daripada keberkatan rezeki yang diperoleh oleh ibu dan ayah.
"Apabila rezeki diberkati, bukan sahaja kehidupan menjadi tenang, bahkan Allah SWT mampu membuka jalan-jalan kejayaan yang tidak pernah kita sangka buat anak-anak kita." 🤲
KEBERKATAN REZEKI ANTARA KUNCI KEJAYAAN ANAK-ANAK
#azzahraonlinetuition #tuisyenterbaik #tuisyenonline #azzahraprihatin #TipsIbuBapa #ibubapaprihatin

Tiada ulasan:
Catat Ulasan