Rabu, 8 Julai 2026


Kadang-kadang kita di Malaysia tak sedar betapa bertuahnya kita.

Sejak kecil, selepas Maghrib kita dah biasa melihat anak-anak berjalan kaki sambil membawa muqaddam ke rumah ustaz atau ustazah.

Nak cari kelas mengaji pun bukan sesuatu yang sukar.

Tetapi rupanya, keadaan itu sangat berbeza di Dubai.

Hampir waktu Maghrib, saya menerima mesej daripada seorang ibu yang menetap di sana. Beliau sedang mencari kelas mengaji untuk anaknya yang baru berusia 5 tahun.

Katanya, mereka sudah lama mencari ustaz atau ustazah yang boleh datang mengajar di rumah, tetapi memang sukar. Nak cari pusat mengaji juga bukan mudah kerana kebanyakan kelas hanya dibuka ketika program summer camp.

Apabila anaknya semakin mahir menggunakan iPad, barulah mereka mula mempertimbangkan kelas mengaji secara online.

Namun, si ibu mempunyai satu permintaan.

"Kalau boleh, saya nak ustaz atau ustazah yang boleh bercakap dalam Bahasa Inggeris."

Sebabnya mudah.

Di rumah, anaknya lebih selesa bertutur dalam Bahasa Inggeris kerana bapanya merupakan warga tempatan di sana.

Alhamdulillah, kami berjaya padankan mereka dengan seorang guru yang sesuai.

Selesai sahaja kelas pertama, belum sempat saya bertanya bagaimana pengalaman mereka...

Ting! Ting!

Masuk satu mesej daripada si ibu.

"Happy sangat. Teacher is very good in teaching. Pandai ambil perhatian anak saya. Saya happy sangat tengok anak excited dengan kelas. Dah tak sabar-sabar nak masuk next class." ❤️

Terus saya tersenyum membaca mesej itu.

Beliau berkongsi, sebelum ini setiap kali mencuba kelas online, anaknya akan menangis sebelum kelas tamat. Sukar untuk fokus dan cepat hilang minat.

Tetapi kali ini berbeza.

Apabila bertemu dengan guru yang tahu cara mendekati kanak-kanak, belajar mengaji bukan lagi satu paksaan.

Malah, setiap minggu anaknya sendiri yang akan bertanya,

"Mama, bila kelas mengaji lagi?" 🥹

Sebagai ibu bapa, itulah kebahagiaan yang sebenar.

Bukan sekadar melihat anak boleh membaca Al-Quran, tetapi melihat mereka belajar dengan gembira, yakin dan mula mencintai kalam Allah sejak kecil.

Tak kira anda berada di Malaysia, Dubai atau di mana sahaja di dunia, jarak bukan lagi penghalang untuk anak belajar Al-Quran apabila dipertemukan dengan guru yang tepat.

🤍 Mulakan langkah kecil hari ini. Insya-Allah, ia boleh menjadi permulaan kepada hubungan anak dengan Al-Quran yang akan kekal sepanjang hayat. Aamiin

Jom bantu anak mencintai Al-Quran bersama Azzahra Online Tuition.

#AzzahraOnlineTuition #KelasMengajiOnline #MengajiOnline #KelasAlQuran #NgajiOnline #IbuBapaMalaysia #MuslimParents #QuranForKids #PendidikanIslam #AnakCintaAlQuran

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan