Rabu, 15 November 2017

SEMUDAH ITU JE NAK JAWAB SOALAN (KBAT)? BIAR BETUL!

SEMUDAH ITU JE NAK JAWAB SOALAN (KBAT)? BIAR BETUL!
==================================================




Situasi ini berlaku ketika cikgu sedang mengajar subjek BM di rumah pelajar.

Pelajar : “Alaa cikgu, saya paling tak suka nak jawab soalan (KBAT) ni. Susah sangat nak kena fikir sendiri. Kan lagi senang kalau cari saja jawapan dalam petikan, tak perlu nak fikir-fikir dah.”

Cikgu : “Jangan terlalu fikirkan sangat bahawa soalan (KBAT) ini adalah susah. Kita cuba buat dulu. Awak nak tahu tak, sebenarnya soalan (KBAT) ni lagi senang nak jawab dari cari jawapan dalam petikan.”

Pelajar : “Yeke cikgu? Saya rasa macam susah je.”

Cikgu : “Soalan (KBAT) ini adalah pandangan atau pendapat dari awak sendiri, selagi mana jawapan awak berkaitan dengan soalan yang ditanya, pemeriksa akan memberi markah kepada jawapan awak. Pemeriksa tidak boleh menolak markah sekiranya pendapat awak tadi boleh diterima logik akal dan berkaitan dengan soalan yang ditanya.”

Pelajar : “Oh ya? Kalau macam tu, saya boleh lah jawab mengikut apa saja yang ada dalam fikiran saya ya, cikgu?”

Cikgu : “Mestilah boleh. Macam cikgu cakap tadi, asalkan berkaitan dan boleh diterima logik akal. Insha Allah, jawapan awak akan diterima.”

Pelajar : “Semudah itu je nak jawab soalan (KBAT)? Biar betul!”

Cikgu : “Kalau tak percaya, cuba lah jawab satu soalan (KBAT) dulu. Kalau awak boleh jawab, awak kena percaya apa yang cikgu cakapkan tadi.” (sambil tersenyum)

Pelajar : (Mencari-cari soalan (KBAT) di dalam buku latihan).



Sebagai seorang guru, kita seharusnya menerapkan nilai-nilai positif dalam diri pelajar kita kerana sentiasa berfikiran positif dalam kehidupan akan membawa hasil yang positif juga.

Jadi, marilah kita mengajak anak-anak murid kita untuk sentiasa berfikiran positif walau sesusah mana pun sesuatu subjek atau soalan itu. Seperti yang diungkapkan oleh Willie Nelson “Once you replace negative thoughts with positive ones, you’ll start having positive results.”

Rabu, 8 November 2017

SELAMAT MENDUDUKI SPM 2017

SELAMAT MENDUDUKI SPM 2017
===========================




Bermula tanggal 6 November 2017, bermulalah perjuangan calon-calon SPM. Segala usaha dan penat lelah mereka selama ini akan membuahkan hasil selepas tamatnya peperiksaan yang bakal jadi penentu kepada hala tuju mereka selepas ini. Peluang yang ada ni jangan disia-siakan.

Nasihat cikgu, korbankanlah sedikit masa demi masa depan yang cerah. Lagipun, bukannya boleh ulang SPM ni berkali-berkali.

Jom sama-sama kita tadah tangan, berdoa, memohon pada Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

“Ya Allah,berikanlah ketenangan kepada semua pelajar yang menduduki peperiksaan SPM 2017. Berikanlah kekuatan kepada mereka dalam usaha menjawab soalan dengan baik dan menepati kehendak soalan. Berikanlah KEJAYAAN yang CEMERLANG kepada mereka. Semoga mereka sentiasa berada dalam kalangan orang-orang yang beriman kepadaMu. Amin.”

Cikgu yakin kamu semua boleh buat yang terbaik. Kalau ada usaha, in shaa Allah pasti ada kejayaan.

Ingat, USAHA, DOA dan TAWAKAL..

Semoga Berjaya!

Sabtu, 4 November 2017

“Eh, tadi buku saya ada di sini!”

“Eh, tadi buku saya ada di sini!”





“Aduh, sakitnya kepalaku!”,
“Aduhai, malangnya nasib orang tua itu!”
“Ah, aku tidak peduli!”
“Amboi, cantiknya lukisan ini!”
“Ceh, memang tidak tahu malu!”
“Cis, berani engkau datang ke sini!”
“Eh, tadi buku saya ada di sini!”
“Hai, agak lama kita tidak berjumpa!”
“Nah, ambillah semuanya!”
“Oh, awak rupanya! Ingatkan siapa tadi.”
“Syabas, awak telah berjaya!”
“Wah, besarnya rumah!”
“Wahai anakku, usahlah disia-siakan usia mudamu!”
“Celaka, habis tanamanku rosak dimusnahkan oleh gajah liar itu!”

Apa semua ni cikgu? Haaa, inilah contoh penggunaan kata seru. Ayat seru ni biasanya orang gunakan untuk menunjukkan perasaan sedih, hairan, marah, kagum, benci dan kecewa.

Tanda seru pula sepatutnya letak di mana? Cikgu selalu jumpa pelajar-pelajar letak tanda seru selepas kata seru. Salah tu ya. Sepatutnya, tanda seru letak di akhir ayat.

Ingat pesan cikgu ni.
Harap-harap selepas ni, anak-anak tiada masalah dengan penggunaan kata seru.

Kalau nak nota-nota yang lain dari cikgu, komenlah “Saya Nak”. Kalau nak nota untuk subjek tertentu pun boleh, in shaa Allah, cikgu post lagi kalau ramai yang nak.

Khamis, 2 November 2017

ILMU PENYULUH KEHIDUPAN

ILMU PENYULUH KEHIDUPAN




Salam Jumaat semua!
Sedang buat apa tu? Dah baca ke mutiara kata hari ni?

Hari akan lebih indah jika dimulakan dengan rasa syukur. Jadi, marilah sama-sama kita mensyukuri setiap nikmat pemberian Allah selama kita hidup di muka bumi ini. Alhamdulillah…

Beruntungnya kita kerana masih diberi kesempatan oleh Allah Yang Maha Besar untuk sampai ke hari yang penuh berkah ini. Jom kita gunakan peluang yang ada untuk berdoa seketika,

“Ya Allah, berilah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah kepada kami petunjuk dalam urusan kami. 
Amin.....”

Banyak manfaat yang akan kita peroleh dengan menimba ilmu. Jadi, pesan cikgu, tuntutlah ilmu selagi hayat dikandung badan.

Ilmu penyuluh kehidupan. Ilmu jambatan kejayaan.

Suka baca mutiara kata yang cikgu kongsikan hari ni, komen “ Saya Suka”, in shaa Allah cikgu post setiap minggu kalau ramai yang suka.

SUSAHNYA NAK HAFAL SIFIR!

SUSAHNYA NAK HAFAL SIFIR!
=========================





Assalamualaikum semua,

Selalu tak dengar ayat-ayat macam ni? 
“Susah la cikgu nak hafal sifir”, 
“ Cikgu, saya belum hafal lagi sifir 7”. Selalukan?

Cikgu pun hairan…apa yang susah sangat tu ye? Hmmm, agaknya masa zaman dulu-dulu, siapa tak hafal sifir kena rotan dengan cikgu sekolah, tak pun kena denda diri luar kelas. Nak tak nak, terpaksalah kami menggigihkan diri menghafal sifir.

Tapi, bagus juga… Hmmm, apa yang bagusnya? Yela, nak kira apa-apa kena guna sifir, terutamanya operasi yang melibatkan darab dan bahagi. Jadi, cikgu tiada masalah nak selesaikan soalan-soalan tu dengan cepat.

Siapa yang rasa susah sangat nak hafal sifir tu, meh cikgu nak kongsi teknik hafal sifir. Tapi hari ni untuk sifir 6,7,8 dan 9 je dulu ye. Percuma je…

Cikgu cuma harap anak-anak dapat praktikkan apa yang cikgu kongsikan hari ni.

Nanti, tag lah kawan-kawan yang masih belum hafal sifir tu ya.

Kalau nak tips-tips yang menarik dari cikgu lagi, komenlah “Saya Nak”. Kalau ramai yang komen, nanti cikgu kongsi tips lain pula.

Rabu, 1 November 2017

40 MINIT DAH SIAP? CEPATNYA!

40 MINIT DAH SIAP? CEPATNYA!





Sebelum cikgu pulang daripada rumah seorang pelajar ni, (bakal menduduki SPM tak lama lagi), cikgu ada berbual dengannya tentang prestasinya di sekolah.

Cikgu : “Hari tu ada Gerak Gempur kan? Matematik macam mana? Boleh buat tak?”
Pelajar : “Hmmm, cikgu nak tahu tak… biasanya, kalau saya jawab soalan matematik tak sampai 40 minit, saya dah berhenti…”
Cikgu : “40 minit dah siap? Cepatnya!”
Pelajar : “Eh, tak lah cikgu… banyak je soalan yang tak siap lagi, tapi sebab saya tak tahu buat, saya tidurlah.”
Cikgu : “Oooo, habis tu hari tu awak siapkan ke tak?”
Pelajar : “Tu la masalahnya, saya tak cukup masa nak siapkan cikgu…”
Cikgu : “Wah! kira okeylah tu… nampaknya ada harapan ni nak lulus.”
Pelajar : “Hehe, mak saya pun cakap macam tu cikgu.”

Gembira rasa hati ni bila melihat anak-anak gigih belajar demi masa depan mereka. Lagi-lagi pada waktu peperiksaan akhir tahun ni, semakin bersemangatlah mereka belajar.

Kita pun perlulah sentiasa memberi galakan & tunjuk ajar kepada mereka. Tunjukkan yang kita ni sebenarnya sayang dan ambil berat tentang mereka.

Semoga suatu hari nanti, mereka akan menjadi insan yang berguna pada keluarga, masyarakat & negara.

Siapa rasa nak dengar kisah-kisah tentang murid-murid cikgu lagi, sila komen “Saya Nak”.
Kalau dapat banyak sambutan, in shaa Allah cikgu kongsi lebih banyak cerita.

Selasa, 31 Oktober 2017

“ALONG, CUBA TENGOK ANAK MAKCIK LEHA TU”

“ALONG, CUBA TENGOK ANAK MAKCIK LEHA TU” 
=========================================





Haih....baru je siap kemas ruang tamu tadi, dah bersepah semula.... Siapa yang tak letih macam ni kan?
Nak duduk-duduk bersantai sambil menghirup kopi panas pun susah. Ada-ada sahaja telatah anak-anak
 setiap masa. Takpe la, nanti saat-saat ni lah yang kita semua akan rindu satu hari nanti.

Anak-anak kecil ini ibarat kain putih, kita sebagai ibu bapalah yang mencorakkan mereka.

Jadi, untuk ibu bapa yang awesome, cikgu nak kongsikan 6 tips pada hari ini yang boleh anda gunakan untuk mendidik anak-anak.


1) TAHU kesukaan anak

Cuba selidik apa minat anak anda. Tanyalah mereka apa yang mereka suka dan tidak. Kemudian, beri galakan sepenuhnya kepada mereka, mana tau ada bakat-bakat terpendam. Cikgu pasti anak-anak pun akan rasa lebih bersemangat dan teruja.

2) MAKAN BERSAMA

Cikgu tahu bukan mudah untuk berkumpul bersama-sama semasa waktu makan kerana komitmen masing-masing. Namun, usahakanlah sebolehnya agar anda sekeluarga dapat makan bersama setiap hari tidak kira sama ada sewaktu sarapan ataupun makan malam. Yang paling penting, letak tepi semua handphone anda dan tumpukan pada anak-anak. Masa inilah anak-anak nak cerita apa yang mereka belajar di sekolah, dengan siapa mereka berkawan dan macam-macam lagi luahan hati mereka.

3) ELAKKAN MEMBUAT PERBANDINGAN

“Along, cuba tengok anak makcik Leha tu dapat nombor satu selalu. Along pula? Kenapa asyik dapat nombor last jer?” contoh perbandingan yang selalu terjadi dalam masyarakat kita. Kenapa perlu membanding-banding anak kita dengan orang lain. Setiap insan tu Allah jadikan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Walaupun dengan adik-beradik, cikgu harap ibu bapa tidak membuat perbandingan sebab anak-anak akan mudah berkecil hati. Kita pun tak suka kan kalau orang asyik membanding-bandingkan diri kita dengan orang lain....Kalau nak beri contoh teladan tu, apa kata cuba cari tokoh-tokoh terkenal yang mereka suka.

4) LATIH ANAK BERDIKARI

Macammana nak latih anak supaya berdikari ya? Senang jer, cuba beri peluang pada anak untuk membuat keputusan. Mulakan dengan perkara-perkara yang mudah sahaja. Contohnya, “ Arissa nak pakai baju warna apa hari ni?” atau “ Adib nak makan apa malam ni?”. Walaupun nampak macam remeh, anak-anak akan rasa lebih dihargai apabila keputusan mereka diambil kira.

5) PUJI SELALU

Siapa tak suka bila kena puji kan.... Makin semangatlah kita biasanya bila dipuji. Jadi, apa kata mulai saat ini, setiap kali anak-anak buat sesuatu yang membanggakan, pujilah mereka. Jangan hanya nampak kesalahan anak sahaja.

6) LUANGKAN MASA BERSAMA

Anak biasanya akan melihat ibu bapa sebagai idola. Jadi, apa yang ibu bapa buat, mereka akan tiru. Luangkan lebih masa untuk berbual dan berkongsi pengetahuan dengan anak. Tontonlah televisyen bersama mereka walaupun itu bukan cerita kegemaran anda, ajak anak-anak melancong dan tanya apa yang dilakukan pada hari itu. Mesti anak seronok!


ANAK YANG HEBAT BERMULA DARIPADA IBU BAPA YANG HEBAT

Cikgu tahu bukan mudah nak jadi ibu bapa yang berjaya mendidik anak-anak menjadi insan yang hebat.
Kalau kita menjadikan perkara di atas sebagai kebiasaan, tentu ia akan menjadi lebih mudah. Perkara-
perkara kecil ini amat dihargai oleh anak. Jadi, tidak rugi mencubanya!


p/s : Klik LIKE & SHARE untuk manfaat semua ya.