Khamis, 22 Mac 2018

KEHEBATAN OTAK MANUSIA


KEHEBATAN OTAK MANUSIA
==========================

Assalamualaikum semuaApa khabar semuaSihat ke?

Hari ini cikgu nak berkongsi ilmu dengan anda semua tentang otak manusia. Anda semua nak tahu apakah fungsi otak kanan dan otak kiri kita. Mari cikgu terangkan tentang fungsi otak manusia kepada anda semua.

Otak kita terdiri daripada satu trilion sel otak dan diantaranya daripada 100 hingga 200 bilion sel otak aktif (neuron). Selebihnya adalah sel-sel sokongan. Berita baiknya, menurut penyelidikan, jumlah sel otak manusia normal seperti kita adalah tidak jauh berbeza dengan sel otak manusia genuis seperti Albert Einstein. Dengan satu trilion jumlah sel otak manusia, jumlah ini tiada ertinya. Oleh itu, ada jaminan yang setiap individu berpotensi menjadi genius! Bahkan Albert Einstein juga menyatakan yang di dunia ini hanya ada dua perkara yang tiada batasan, iaitu alam semesta dan otak manusia. Beliau mengatakan, “Ada genius dalam diri kita semua”.

Otak kita secara mental terbahagi kepada dua bahagian ataupun hemisfera , iaitu hemisfera kiri dan hemisfera kanan. Kedua-duanya mempunyai intensiti fungsi dan karakter yang berbeza. Berikut adalah perbezaan karakter daripada  kedua-dua belahan otak kita:

Perkara yang berkait dengan aktiviti berbahasa, iaitu menulis, membaca, berkomunikasi, dan mendengar menggunakan otak kiri. Apabila kita mengira dan kita menggunakan otak kiri. Begitu juga apabila kita melakukan kerja-kerja penting dan membuat perincian dalam sesuatu perkara umum, pada awalnya kita juga menggunakan otak kiri. Memori dalam otak kiri adalah bersifat jangka pendek.

Begitu juga apabila kita menikmati pemandangan alam, lukisan dan muzik. Kita masih menggunakan otak kanan. Apabila kita gembira, sedih, marah ataupun terharu, kita menggunakan otak kanan. Bahkan semasa berkhayal pun, kita menggunakan otak kanan. Memori otak kanan adalah bersifat jangka panjang. Buktinya, kita mudah mengingat wajah orang yang pernah kita temui berbanding mengingati namanya kerana nama adalah tulisan (bahasa), yang bererti otak kiri yang terlibat. Manakala, wajah orang itu adalahgambar’ yang difahami oleh otak kanan. Sama juga dengan pengalaman masa lalu yang melibatkan banyak emosi, pasti lebih mudah dan jelas untuk kita mengingatinya.

Bagaimana ilmu yang cikgu kongsikan? Anda semua dah faham kan bagaimana hebatnya otak kita berfungsi di hemisfera kiri dan juga di hemisfera kanan. Jadi...... Kita haruslah menjaga otak kita dengan baik dan menyeimbangkan dengan menggunakan kedua dua belah otak kitaSemoga memberi manfaat kepada anda semua.

Jangan lupa SHARE untuk perkongsian semua

Macam mana perkongsian ilmu yang cikgu kongsikan hari ini? Komenlah “BEST” banyak-banyak. In Shaa Allah cikgu akan post setiap minggu kalau ramai yang suka.

#AzzahraHomeTuition
#CreatingFutureTogether
#QualityAndFunLearning
#Tuition
#Selangor #KL
#
Selayang #Kepong #SgBuloh #Rawang #Damansara

Sabtu, 17 Mac 2018

MANFAAT BELAJAR WAKTU PAGI


9 MANFAAT BELAJAR WAKTU PAGI
=============================

Assalamualaikum semua..
Hari ini cikgu akan berkongsi ilmu dengan anda semua tentang manfaat belajar di waktu pagi ok.Rata-rata, kalau ditanya soalan cepu emas pada pelajar pada hari pengumuman peperiksaan besar seperti UPSR, SPM ,STPM ,STAM dan lain-lain, rahsia kejayaan mereka salah satunya adalah belajar atau mengulang kaji pada waktu pagi.

Mengapa mereka lebih gemar belajar pada waktu pagi? Perlu bersusah-payah bangun seawal pagisedangkan pada jam 4 atau 5 pagi itu, orang lain sedang asyik tidur lena. Waktu malam pun boleh ulang kaji, tetapi mengapa mereka memilih untuk bangun awal dan belajar? Hmmmmmesti ada sebabnya, kan? Sini cikgu nak kongsikan 9 manfaat belajar di waktu pagi.

1. Meningkatkan daya ingatan otak.
2.. Otak lebih mudah untuk bertindak balas dalam belajar.
3. Meningkatkan keupayaan berfikir.
4.. Meningkatkan daya konsentrasi.

Oh.. Patutlah pelajar cemerlang ni gemar bangun awal. Ruparupanya belajar pada awal pagi dapat meningkatkan daya ingatan. Yelah ….. Mana taknya. Pagi heningkan sunyi-sepi. Dingin je rasa. Tiada gangguan. Adik-adik kecil pun tak ganggu, jadi lebih mudah untuk belajarkan. Manfaat belajar awal pagi ini juga menjadikan otak lebih mudah bertindak balas dalam belajar. Jadi, mudahlah untuk menghafal dan mngingat fakta. Daya konsentrasi pun jadi lebih meningkat.

Ada
lagi...
5 - Pelajaran akan lebih mudah difahami.
6 - Pelajaran akan mudah diingat.
7 - Pengembangan pola berfikir akan lebih meningkat.
8 - Mengembangkan pola inisiatif kita.
9 - Mengembangkan pola berfikir dengan cepat.

Selain itu, pengembangan pola berfikir akan meningkat dan lebih cepat. Sebab itulah kamu akan lebih mudah memahami dan mengingati pelajaran. Jadi, tak perlu tunggu lagi. Jom tukar masa belajar kita. Tentu ibu bapa dan guru terkejut dengan pencapaian kamu nanti
!

JOM LIKE & SHARE untuk perkongsian ilmu dengan semua ye

Macam  mana best tak ilmu yang cikgu kongsikan hari ini? Komenlah “BEST” banyak-banyak k. InsyAllah cikgu akan post setiap minggu kalau ramai yang suka.

#AzzahraHomeTuition
#CreatingFutureTogether
#QualityAndFunLearning
#Tuition
#Selangor #KL
#Selayang #Kepong #SgBuloh #Rawang #Damansara

  

Khamis, 15 Mac 2018

HARI YANG PENUH BARAKAH


HARI YANG PENUH BARAKAH DAN PENGHULU SEGALA HARI
=================================================

Salam Jumaat semua!

Sedang buat apa tu? Dah baca ke mutiara kata hari ni?

Hari akan lebih indah jika dimulakan dengan rasa syukur. Jadi, marilah sama-sama kita mensyukuri setiap nikmat pemberian Allah selama kita hidup di muka bumi ini. Alhamdulillah…

Beruntungnya kita kerana masih diberi kesempatan oleh Allah Yang Maha Besar untuk sampai ke hari yang penuh berkah ini. Jom kita gunakan peluang yang ada untuk berdoa seketika,  “Ya Allah, berilah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah kepada kami petunjuk dalam urusan kami. Amin.”

Jom klik SHARE untuk manfaat semua.

Suka baca mutiara kata yang cikgu kongsikan hari ni, komenSaya Suka”, in shaa Allah cikgu post setiap minggu kalau ramai yang suka.

#
AzzahraHomeTuition
#
CreatingFutureTogether
#
QualityAndFunLearning
#Tuition
#Selangor #KL
#
Selayang #Kepong #SgBuloh #Rawang #Damansara

KELEBIHAN MENUNTUT ILMU


KELEBIHAN MENUNTUT ILMU
==========================

Assalamualaikum semua....

Hari ini cikgu nak berkongsi ilmu tentang kelebihan menuntut ilmu. Menuntut ilmu adalah merupakan satu ibadah sekiranya ia bertepatan dengan suruhan agama. Sering kali kita tahu bahawa wahyu pertama diturunkan kepada junjungan besar kita Rasullulah s.a.w ialah berkenaan menuntut ilmu iaitu membaca. Firman Allah S.W.T dalam Surah Al- Alaq ayat 1-5 bermaksud: Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia daripada segumpal darah, bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah. Yang mengajar dengan pena (tulis). Mengajarkan manusia apa yang belum diketahuinya.

Menuntut ilmu adalah merupakan satu amalan yang sangat mulia, sebagaimana sadba Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Menuntut ilmu adalah menjadi wajib ke atas setiap orang Islam.” Selaras dengan pepatah arab : "Tuntutlah ilmu walaupun hingga ke negeri China.” Justeru itu sebagai galakan kepada semua, cikgu akan kongsikan secara ringkas tentang kelebihan menuntut ilmu:

1. Orang yang menuntut ilmu akan dipermudahkan jalan untuk masuk ke syurga.
2. Orang yang menuntut ilmu sentiasa dipayungi malaikat rahmat dan ketenangan jiwa.
3. Allah mengampunkan segala dosa orang yang menuntut ilmu iaitu dosa kecil adapun dosa besar tetapi mestilah bertaubat terlebih dahulu.
4. Allah S.W.T, malaikat serta tumbuh-tumbuhan dan semua makhluk di langit dan di bumi berselawat (yakni berdoa kebaikan) kepada semua penuntut ilmu.

Jadi… Marilah menjadi orang yang mulia disisi Allah S.W.T dengan menuntut ilmu sebanyak yang boleh. Sememangnya ia akan memberi banyak kebaikan dan manfaat kepada kita semua.

Jangan lupa klik SHARE untuk perkongsian semua.

Macam mana perkongsian ilmu cikgu hari ini? Best tak..?? Komenlah “BEST” banyak-banyak. InsyaAllah cikgu akan post setiap minggu kalau ramai yang suka.

Rabu, 28 Februari 2018

DARI MANA HUJAN MUNCUL?



Pernah tertanya-tanya tak dari mana hujan muncul? Tahu-tahu je dah hujankan… Hah, hari ni kamu semua bertuah tau! Sebab cikgu nak cerita bagaimana sebenarnya proses kitaran air ni berlaku.

Kitaran air sebenarnya adalah pergerakan air yang berterusan.
Contohnya, dari permukaan laut ke udara kemudian, balik semula ke laut.

Okey, lepas tu apa pula jadi ya?

1. Matahari membekalkan haba.
2. Matahari memanaskan air pada permukaan lautan.
3. Air tersejat dan kemudian bertukar menjadi wap air yang akan bergerak ke tempat yang lebih tinggi.
4. Wap air tadi pula terkondensasi menjadi awan.
5. Awan menjadi cukup berat dan tumpat dengan air.
6. Hujan pun turun ke permukaan Bumi.

Proses ini akan terjadi semula berulang-ulang kali. Sebab tu lah, nama proses ni kitaran air. Mudahnye nk faham kan

Seronok tak belajar Sains ni?

Jom klik LIKE & SHARE ramai-ramai untuk perkongsian semua.
Best tak ilmu yang cikgu kongsikan hari ni? Komenlah “ BEST” banyak-banyak. In shaa Allah, cikgu post setiap minggu kalau ramai yang suka.




Khamis, 8 Februari 2018

EH, AWAK DAH NAK HABIS KE!



Biasanya, kalau pelajar mengaji ustazah datang, mesti riuh sekampung dibuatnya. Ada-ada aja perkara yang nak diceritakan.

Pelajar 1 : “Ustazah…ustazah… hari ni saya nak mengaji dulu”.
Pelajar 2 : “Ustazah, lepas tu saya ea”.
Ustazah : “Okey, okey… kita ikut giliran ea”.
Pelajar 1 : “ Yeay…yeay… dapat mengaji dulu”.

Pelajar 1 : “Ustazah…ustazah… lepas habis Iqra’ ni bolehlah mengaji Al-quran pula kan, iskhhh… tak sabarnye”.
Pelajar 2 : “Eh, awak dah nak habis ke! Saya banyak lagi yang belum habis baca”.
Ustazah : “Wah, masing-masing tak sabar nak mengaji Al-quran ea! kalau macam tu, kena rajin datang mengaji, barulah lancar membaca”.

Seronok rasanya kan bila anak-anak bersemangat nak mengaji.

Mana tahu suatu hari nanti, mereka yang akan menjadi wakil negara Malaysia dalam pertandingan Tilawah Al-quran Antarabangsa.

Kalau tak sampai ke tahap tu pun, sekurang-kurangnya mereka dah ada sedikit ilmu yang akan menjadi penyuluh jalan yang benar.

Nasihat ustazah buat semua yang ustazah kasihi, luangkanlah sedikit dari masa kita untuk mengaji Al-quran. Dapat satu, dua muka satu hari pun memadailah.