Sabtu, 16 November 2019

ALHAMDULILLAH CIKGU... TENGOK 'RESULT' ANAK SAYA NI...


Lama bertanya hanya dua bulan lepas baru bersama...Takdir Allah kami bersama kali ini...
Setiap pekara yang berlaku kepada kita, samada kita suka atau tidak, samada kita 'ready' atau tidak, jika Allah sudah tetapkan maka itulah yang terbaik untuk kita. Kata ustaz, kita hanya hamba Allah. Kita hanya ikut apa yang diperintahkanNya

Iman (bukan nama sebenar) pelajar tingkatan 5 Azzahra ht selayang. Pelajar ini asalnya pelajar MRSM, Namun atas faktor kesihatan dan pretasi yang makin merosot, pelajar ini terpaksa ditarik keluar oleh ibu bapa pelajar yang membimbangkan pretasi pelajar dan kesihatan anak mereka. Untuk pengetahuan semua, Iman anak tunggal.

Bapa iman sudah banyak kali memberitahu kepada kami yang anaknya akan didaftarkan dengan Azzahra untuk membantu pelajarannya memandangkan iman sudah ketinggalan disebabkan masalah kesihatan. Namun, iman masih belum kunjung tiba.
Sehinggalah ............ dua bulan lepas, ibu dan bapa iman berjumpa dengan kami dan menceritakan kisah iman. Sebelum- sebelum ini, iman banyak belajar sendiri tapi melihat kepada keputusan ujian awal iman membuatkan ibu dan bapa iman susah hati dan resah. Jadi mereka nak juga mendaftarkan iman.

Kami hanya berpendapat bahawa sekiranya pelajar belajar sendirian dan pretasi tidak memberangsangkan ia besar kemungkinan disebabkan pelajar tersebut belajar mengikut kefahaman sendiri. Belajar sahaja tapi tidak pasti samada apa yang belajar itu betul atau sebaliknya.
Sebab tiada guru atau tutor yang boleh membimbing dan membetulkan kesalahan pelajar semasa pelajar mengulangkaji.

Oleh itu, adalah lebih baik jika pelajar tersebut mendapat bimbingan daripada cikgu atau tutor yang mahir untuk membantu pelajar
ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH...

Rezeki Iman, alhamdulilah setelah dua bulan sertai kelas PECUTAN SPM (2bulan) dan kelas perseorangan (1 bulan) Iman mampu mendapat keputusan yang lebih baik dari sebelumnya. Boleh dikatakan kenaikkan drastik dari result sebelum ini. Iman juga banyak berbincang dan bertanyakan soalan kepada cikgu-cikgu. Kelas yang selesa, cikgu yang ramah dan berpengetahuan memberi ketenangan untuk pelajar fokus bila belajar

Ibu bapa pelajar sangat gembira dengan keputusan percubaan baru ini. Syukur. Iman akan teruskan usaha sehingga akhir spm tahun ini. Tiada yang mustahil jika kita bijak menggunakan peluang sebaiknya

kita masih ada masa...
ya masih ada masa....

selagi masih belum menjejak kaki ke dewan peperiksaan. Kita masih ada masa...
Tolong jangan sia-siakan masa anda... jangan sesekali
Jangan menyesal kelak jika anda melepaskan masa yang berbaki...
buat sehabis baik...
Masa tak akan kembali...
Ini tentang masa depan anda...
ANDA PENENTU MASA DEPAN ANDA...
Nasihat kami, usaha, fokus dan doa. In sha Allah kita akan dapat dengan apa yang kita usahakan. Allah itu Maha Adil
==========================================
RISAU? JANGAN RISAU, KAMI SEDIA MEMBANTU ANAK ANDA
==========================================
Ayuh.. hubungi sekarang untuk mendapatkan khidmat nasihat dari Profesional Konsultan kami secara PERCUMA !
Sementara Masih ada kekosongan tempat.....
Cikgu Solehah: 012- 542 1825
Cikgu Solehah: 012- 542 1825
Cikgu Solehah: 012- 542 1825
Email : azzahra.home.tuition@gmail.com
Pejabat & Centre kami di:
C-16-02, Emerald Avenue, Jalan ps 11, Prima Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.
~ berhampiran dengan hospital selayang





AZZAHRA LEARNING ADVENTURE (TAHUN4-TAHUN6)


Cuti sekolah kembali lagi...
😌Masih tiada lagi aktiviti untuk anak - anak di musim cuti sekolah?
🤔Masih tercari - cari program cuti sekolah yang menarik?
😊Inginkan anak - anak melakukan aktiviti berfaedah semasa cuti sekolah?

Haaa…. Tunggu apa lagi , jom sertai kami, Team Super Azzahra sekarang!!!

Kami sediakan program cuti sekolah dengan aktiviti-aktiviti yang sangat menarik dan sangat bermanfaat untuk mengisi masa terluang anak anda. Pastinya program ini memberikan 1000% kebaikkan untuk anak anda.

Siapa yang akan kendalikan program ni???
👥program ini akan dikendalikan oleh barisan fasilitator yang sporting serta havoc!
😁program ini akan diadakan sebanyak dua slot iaitu Superb English dan Bodmas mission race : kira sampai kosong.

walaweh.... bestnya!!! tak sabar nak daftar ni… bila program ni akan berlangsung???

Ha.. maklumat program adalah seperti berikut 👇:-
🗓26 - 27 Nov 2019 (2 hari)
🗓26 Nov 2019 (Superb English !)
🗓27 Nov 2019 (Bodmas mission race : kira sampai kosong)
 8pagi - 5petang

okay lah okay lah… nak daftar lah…
kejap.kejap.kejap…. program ini terbuka kepada golongan tertentu sahaja…

:: terbuka untuk pelajar yang berumur 9 - 12 tahun (tahun 2020)

Jika anak anda adalah orangnya cepat hubungi....
Cikgu Solehah: 012- 542 1825
Cikgu Solehah: 012- 542 1825
Cikgu Solehah: 012- 542 1825

Dan dengar cerita ada harga diskaun yang tak masuk akal untuk PENDAFTARAN AWAL...
kalau nak tahu, calling calling la cikgu solehah tu.....📞📞📞
Cepat.cepat nanti dah penuh.🏃‍♀💨
Jumpa nanti....


AZZAHRA LEARNING ADVENTURE (5-7years old)


AZZAHRA ADVENTURE…Pengembaraan bermula. 
Cuti sekolah kembali lagi. 

Anda dah rancang aktiviti anak anda?? 
Nak sesuatu yang bermanfaat untuk anak? 
Kami tawarkan program pengembaraan menarik untuk anak anda. Program dua hari kami pasti tidak mengecewakan ibu bapa. 

Bermain sambil belajar bersama kawan –kawan seusia dan fasilitator yang sempoi dapat mengembangkan lagi imaginasi serta kemahiran anak anda.

Aktiviti yang disediakan dapat merangsang:
- Perkembangan kognitif
- Psikomotor
- Emosi kanak-kanak
- Kemahiran seni
- Perkembangan akhlak

Cuti sekolah anak anda pasti lebih menyeronokkan dengan adanya aktiviti seperti:
- Puzzle
- Jenga
- Melukis
- Mewarna
- Origami
- Kem solat

📆 26 & 27 November 2019 (Selasa & Rabu)
🕒 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Terbuka kepada kanak-kanak berusia 5,6,7 tahun

Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Daftarkan anak anda untuk penggembaraan terhebat. Hubungi Cikgu Solehah segera!!

Daftar sekarang!!!!!
Daftar sekarang!!!!!
Daftar sekarang!!!!!

Cikgu Solehah: 012- 542 1825
Cikgu Solehah: 012- 542 1825
Cikgu Solehah: 012- 542 1825




PERUNDING PENDIDIKAN DIPERLUKAN...

Anda Perlukan Wang Tambahan dengan waktu kerja yang fleksibel?
- 10 kekosongan tempat sahaja.
Jom sertai kami sebagai “Perunding Pendidikan”

Terbuka kepada
=============
1. Surirumah yang mencari pendapatan tambahan.
2. Pelajar-pelajar yang mencari pendapatan tambahan.
3. Pekerja yang mencari pendapatan tambahan.
4. Siapa-siapa yang mencari pendapatan tambahan.

Tugasan
=======
1. Memberi khidmat rundingan kepada para pelanggan.
2. Memperkenalkan Promosi Syarikat kepada para pelanggan.

Kelebihan
========
1. Latihan diberikan.
2. Komisyen & insentif menarik menanti Anda.
3. peluang kenaikkan komisyen & pangkat.
4. Masa kerja fleksibel.
5. Boleh kerja daripda mana2 sahaja.

Info Syarikat
==========
1. Syarikat telah melatih lebih daripada 500 orang pelajar.
2. Telah beroperasi hampir 5 Tahun.
3. Pengasas & penolong pengasas mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pendidikan, latihan, jualan, pemasaran dan operasi.
Jom Daftar Sekarang, Komisyen menarik menanti anda:
012-542 1825
Cikgu Solehah


Jumaat, 27 September 2019

TIBA – TIBA SEORANG PELAJAR BANGUN LANTAS MENJERIT... ====================================== Semasa kelas pecutan Bahasa Inggeris, Cikgu Samad sedang mengajar pelajarnya cara menjawab soalan bahasa Inggeris (Pemahaman). Usai menjawab soalan, tibalah masa untuk sesi perbincangan. Apabila tiba pada soalan bahagian B, soalan ini memerlukan para pelajar untuk memberikan jawapan berdasarkan kreativiti dan pengetahuan masing – masing.

Cikgu Samad : Baik murid – murid, tiba kita pada soalan yang memerlukan kita untuk mengisi jawapan mengikut pemahaman kita. Okay, siapa nak jawab dulu?

Tiba – tiba seorang pelajar bangun lantas menjerit ,

(Ali) : Saya cikgu saya ! bagi saya jawab.

(Abu) : Cikgu, cikgu, bagi saya jawab ! bagi saya jawab.

(Ali) : Ala sibuk la kau Abu. aku nak jawab , kau pun nak jawab.

(Abu) : Ala biarlah. Jawapan kau bukan betul pun.

Cikgu Samad : Sudah jangan bergaduh. Ali angkat tangan dulu, jadi, bagi Ali yang jawab dulu yaa. (Cikgu Samad terus membaca soalan)

(Ali) : Jawapan dia okay cikgu. Bila orang tolong kita, kita cakap okay je cikgu.

Cikgu Samad : kurang tepat jawapan tu Ali, jawapan yang lebih tepat adalah thank you. bila seseorang tolong kita, kita kenalah cakap thank you.

(Ali) : yeke cikgu, sebab saya tengok ramai je orang cakap okay lepas orang lain tolong dia. dia tak cakap thank you pun. lepas dia cakap okay, terus dia main smartphone.

Cikgu Samad : tak betul tu, kita kena ucap thank you atau terima kasih lepas orang lain tolong kita.

tiba - tiba terdengar suara Abu ketawa.

(Abu) : hahahahaha. kan saya dah cakap, jawapan dia bukan betul pun. hahahaha. Padan muka salah.

Cikgu Samad : Abu, kenapa ketawakan Ali sampai macam tu. tak baik ketawakan macamtu.

(Abu) : Jawapan dia salah cikgu, saya ketawa lah. hahaha.

Cikgu Samad : Abu, Abu. tak baik ketawakan kesalahan orang. sekurang - kurangnya Ali berani mencuba walaupun salah. Abu nak tahu tak, dalam hidup kita ni, kita perlu berani mencuba walaupun jawapan kita berkemungkinan salah. mungkin kesalahan kita hari ini akan menjadi peringatan untuk kita di masa hadapan. Ketawakan kesalahan orang lain juga sebenarnya sifat yang tidak baik. jika kita ketawakan orang pada hari ini, mungkin di masa hadapan orang pula akan ketawakan kita.

(Abu) : saya minta maaf cikgu, Ali. saya tak patut ketawa tadi. saya janji lepas ni saya tak akan ketawakan kesalahan orang lagi.

Cikgu Samad: tidak mengapa Abu, moga kamu tidak mengulangi lagi perbuatan kamu ini.

kelas bersambung seperti biasa.

Seronok suasana kelas pecutan. Setiap pelajar berlumba-lumba untuk menjawab soalan. Keyakinan untuk cuba menjawab soalan meningkat selepas hadir kelas pecutan. Tetapi, suasana seronok juga ada batasan. Jangan sampai kita menyindir dan mentertawakan orang lain.


#AzzahraHomeTuition
#CreatingFutureTogether
#QualityAndFunLearning #Tuition #Selangor #KL #Selayang #Kepong #Gombak #SgBuloh #Rawang #Damansara

Khamis, 19 September 2019

CUTI SEKOLAH? JEREBU? NAK BUAT APA YE HARI INI?
==========================================
Assalamualaikum, adik-adik.
Cuti sekolah buat apa? Jangan seronok sangat! Musim jerebu ni bahaya, lagipun tak lama lagi adik-adik akan menghadapi peperiksaan. Cikgu nak kongsi beberapa langkah berjaga-jaga pada musim jerebu supaya kita semua sentiasa dalam keadaan selamat dan sihat.
1. Kurangkan aktiviti di luar rumah dan cuba berada di dalam bangunan tertutup. Jadi, adik-adik jangan pula gunakan kesempatan cuti sekolah kali ini untuk bermain di padang dan sebagainya.
2. Sekiranya perlu berada di luar rumah, gunakan penutup muka yang sesuai dan mengikut saranan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu penutup muka P100 atau N95.
3. Banyakkan minum air kosong tau. Ingat, sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari.
4. Setelah selesai aktiviti luar rumah, basuh tangan dan muka dengan air bersih serta sabun. Basuh bersih-bersih ye adik-adik.
5. Seterusnya, adik-adik pesan juga pada ayah sekiranya memandu gunakan penyaman udara serta pilih mod kitaran udara dalaman supaya kita bebas dari pencemaran udara.
Baiklah adik-adik, jom kita sama-sama jaga kesihatan diri. Sekiranya adik-adik rasa tidak selesa semasa bernafas, gatal-gatal pada tekak, mata dan kulit, segeralah mendapat rawatan di hospital.
Sekiranya adik-adik rasa perkongsian cikgu ini bermanfaat, like dan kongsikan (share) kepada rakan-rakan dan keluarga. Jom komen "Saya nak sihat" untuk tunjukkan adik-adik juga cakna dengan kesihatan.

Jumaat, 13 September 2019

BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH

MALAYSIA TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
================================

Assalamualaikum dan salam sejahtera …

Haaaa, tengah scroll FB ke ? stalk insta siapa tu?

Harini cikgu nak kongsikan sedikit tentang garis masa atau timeline sejarah penubuhan dan pembentukan Malaysia, Negara yang kita cintai.

Pada 27 Mei 1961, Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman telah mencadangkan penubuhan gagasan Malaysia dalam satu majlis makan tengah hari di Hotel Adelphi, Singapura. Akan tetapi, idea penubuhan Persekutuan Malaysia ini sudah lama wujud, iaitu sejak abad ke-19, cumanya usaha yang lebih serius dilakukan semasa Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri. Tujuan pembentukan Malaysia adalah seperti berikut :

i. Menjamin kedudukan politik yang lebih kuat dan disegani di rantau ini.
ii. Mewujudkan kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial.

Terdapat beberapa faktor yang mendorong penubuhan Persekutuan Malaysia. Antaranya adalah :-
i. Faktor politik
a. Keselamatan – ancaman Komunis merupakan satu masalah ketika itu. Oleh itu, penubuhan Malaysia diharap dapat menjadi benteng yang kuat bagi menghadapi ancaman Komunis
b. Kemerdekaan – penubuhan Malaysia akan mempercepat proses kemerdekaan Sabah, Sarawak, Singapura serta Brunei.
c. Dekolonisasi – pada mesyuarat PBB, timbul isu agar tanah jajahan dimerdekakan. Oleh itu, pihak British memberi kemerdekaan dan berharap agar pembentukan Malaysia dapat memberikan kestabilan politik di Asia Tenggara.

ii. Faktor ekonomi
a. Penubuhan Malaysia akan mewujudkan dan meluaskan pasaran tempatan disamping sektor perindustrian pertanian dapat dikembangkan
b. Kerjasama serantau dalam bidang ekonomi dapat dimanfaatkan oleh negeri – negeri anggota. Hal ini demikian kerana setiap negeri kaya dengan hasil bumi masing – masing.

iii. Faktor sosial
a. Faktor utama penubuhan Malaysia adalah untuk mengimbangi kadar pertumbuhan penduduk dalam kalangan negeri – negeri anggota.
b. Kemasukan Sabah, Sarawak, dan Brunei dapat mengimbangi jumlah penduduk Melayu dan bukan Melayu disamping dapat mewujudkan semangat setiakawan sesama negeri anggota.

Pada bulan Julai 1961, Jawatan kuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK) telah ditubuhkan. Tujuan penubuhan adalah untuk :
i. Menerangkan kepada masyarakat mengenai gagasan Malaysia
ii. Mengumpulkan pandangan penduduk
iii. Menggalakkan kegiatan kearah pembentukan Malaysia

Kemudian pada Januari 1962, Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan dan disertai oleh tiga orang pegawai British iaitu Lord Cobbold, Sir Anthony Abell, dan Sir David Watherston dan dua orang rakyat tempatan iaitu Dato’ Wong Pow Nee dan Tan Sri Ghazali Shafie. Penubuhan Suruhanjaya Cobbold bertujuan untuk meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malaysia. Hasil laporan Suruhanjaya Cobbold adalah seperti berikut:
i. Satu per tiga menyokong gagasan Malaysia tanpa syarat
ii. Satu per tiga menyokong dengan syarat, iaitu kepentingan mereka harus dilindungi
iii. Satu per tiga menginginkan kemerdekaan sebelum menyertai gagasan Malaysia

Jawatan kuasa Antara Kerajaan (JAK) telah ditubuhkan pada bulan Ogos 1962 dan dianggotai oleh wakil dari Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, dan Britain. Jawatan kuasa ditubuhkan bagi membincangkan dengan lebih lanjut mengenai gagasan Malaysia. Hasil perbincangan telah bersetuju bahawa tarikh gagasan Malaysia dibentuk adalah pada 31 Ogos 1962. Walaubagaimanapun hasrat ini tidak tercapai kerana ada tentangan daripada Indonesia dan Filipina. Bagi meredakan ketegangan. Sidang kemuncak antara ketua – ketua kerajaan Malaysia, Indonesia, dan Filipina telah diadakan. Hasil pertemuan tersebut, mereka telah bersetuju untuk meminta bantuan Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu (PBB) bagi menyelesaikan masalah ini.

PBB telah menghantar wakil mereka bagi meninjau sekali lagi pendapat rakyat Sabah dan Sarawak. Hasil tinjauan mendapati bahawa rakyat Sabah dan Sarawak lebih cenderung untuk menyertai gagasan Malaysia berbanding Indonesia dan Filipina. Walaubagaimanapun, tarikh pembentukan Malaysia terpaksa ditunda kepada 16 September 1963 kerana laporan PBB tidak dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan disamping penentangan yang berterusan daripada Indonesia dan Filipina.

Akhirnya, pada tanggal 16 September 1963, penubuhan negara Malaysia yang merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, dan Sarawak telah berjaya dibentuk dengan rasmi.

Begitulah kisah penubuhan dan pembentukan gagasan Malaysia. Diharapkan adik – adik dapat mempelajari dan menghayati sejarah negara kita agar semangat patriotisme dapat disemai dalam jiwa dan sanubari adik – adik. Daripada pembentukan negara Malaysia ini dapat kita pelajari bahawa semangat bersatu padu amat penting dalam membina sebuah negara yang harmoni. Bak kata pepatah, "bersatu teguh bercerai roboh". Oleh itu, kita perlulah berusaha dan bersatu hati supaya keamanan yang dikecapi selama ini dapat dikekalkan untuk menjamin kehidupan yang harmoni di masa yang akan datang.

#AzzahraHomeTuition
#CreatingFutureTogether
#QualityAndFunLearning
#Tuition
#Selangor #KL
#Selayang #Kepong #Gombak #SgBuloh #Rawang #Damansara