Khamis, 19 Jun 2025

“Auni Dah Buktikan… Dengan Usaha & Bimbingan, Anak Biasa Pun Boleh Jadi Luar Biasa”

 “Auni Dah Buktikan… Dengan Usaha & Bimbingan, Anak Biasa Pun Boleh Jadi Luar Biasa

“Allah rezeki kan keputusan yang cemerlang buat Auni.” 🥹

Awal pagi tadi saya dapat satu mesej yang sangat menyentuh hati. Panjang lebar si ibu karang ayat cakap terima kasih. Saya yang baca pun terus senyum sampai ke telinga.
Ini lah dia.

Ini lah dia salah satu kepuasan dan kegembiraan sebenar bagi setiap pendidik. Bila pelajar yang selama ni biasa biasa saja, dapat capai kejayaan yang luar biasa. Kalau kami pun dah happy macam ni, bayangkan betapa happy mak ayah Auni bila terima keputusan ni 🩷

Auni mula tuisyen online dengan kami 5 bulan sebelum UPKK dengan markah exam ketika itu sederhana saja (60+%). Tapi dia berjaya buktikan dengan usaha gigih yang disokong oleh cikgu-cikgu dan ibu ayahnya sendiri, dia boleh!

Keep it up Auni 👏🏻

Semoga team Azzahra dapat bantu realisasikan impian lebih ramai ibu ayah untuk lihat anak-anak berjaya dunia akhirat insyaAllah.

📌 Nak anak capai keputusan yang lebih baik walaupun sekarang sederhana je?
Klik sini sekarang untuk tempah slot konsultansi anda

Isnin, 16 Jun 2025

🎉🌟 TUTOR PILIHAN PELAJAR 2025 🌟








🎉🌟 TUTOR PILIHAN PELAJAR 2025 🌟
==========================
Bunga cempaka di atas dulang,
Disusun rapi indah berseri,
Ilmu dicurah tanpa jemu dan bimbang,
Jasamu guru dikenang abadi.
Tanam serai di tepi batas,
Daunnya wangi harum mewangi,
Didik guru penuh ikhlas,
Membentuk insan jadi terpuji.
Nurul Izzati. Shahirah. Munawarah. Nazreen. Anis Zulaikha.
Tahniah dan terima kasih atas komitmen yang telah diberikan kerana telah berjaya dipilih menjadi Tutor Pilihan Pelajar sempena Hari Guru 2025.
💬 “Anak-anak saya sangat seronok belajar bersama tutor kerana mereka sentiasa diberikan motivasi untuk berjaya.”
💬 “Tutor seolah-olah tahu dan perasan topik mana saya lemah. Tutor juga fokus pada topik-topik sehingga saya faham kesemuanya dengan lebih baik.”
💬 “Terima kasih atas kesabaran cikgu sehingga saya berjaya berada di tahap yang lebih tinggi.”
Kata-kata ini bukan sekadar pujian. Ia adalah refleksi kasih dan kepercayaan yang telah dibina antara guru dan pelajar — sesuatu yang tidak dapat dibeli, hanya boleh dihadiahkan melalui keikhlasan dan dedikasi.
🌷 Selamat Hari Guru kepada semua tutor Azzahra Home Tuition yang terus mencurahkan ilmu dari hati.
Ingin kami bantu pendidikan anak anda?
Klik link di bawah….
Berminat untuk sertai team kami?
Bagi jawatan Tutor, Perunding Pendidikan atau Pentadbiran (Full time/ Part time)
Klik link di bawah….


 

Khamis, 12 Jun 2025

“PERNAH RASA NAK GIVE UP DENGAN ANAK?”



“PERNAH RASA NAK GIVE UP DENGAN ANAK?”

Ini kisah Mukhlis — pelajar kami yang pernah berada jauh di belakang rakan sebayanya.
Mukhlis mula tuisyen dengan Azzahra semasa Darjah 3. Cuba teka subjek apa yang dia ambil? Matematik? Sains?
Bukan.
Mukhlis mula dengan kelas membaca.
Ya, pada usia 9 tahun, Mukhlis masih belum lancar membaca.
Sedangkan rakan-rakan lain sudah melangkah jauh, dia masih bergelut mengenal suku kata.
Apa yang lebih mencabar — ibu bapa Mukhlis bukan calang-calang orang.
Seorang pensyarah.
Tentu besar harapan mereka untuk melihat anak sendiri berjaya, sama seperti mereka.
Dan bila anak sendiri belum lancar membaca di Darjah 3, tentu susah hati sangat.
Tapi mereka tak memilih untuk putus asa.
Mereka tak pandang itu sebagai kegagalan kekal.
Sebaliknya mereka bangkit — dan cari jalan.
Waktu. Tenaga. Wang ringgit.
Semua dikorbankan demi masa depan seorang anak.
Dan hari ini?
Mukhlis bukan lagi pelajar kelas belakang.
Lepas tamat Darjah 6, dia ditawarkan ke MRSM Besut dan Sekolah Menengah Sains Jeli.
Ya — pelajar yang dulu belum lancar membaca kini berjaya rebut dua tawaran sekolah elit.
Kalau Mukhlis boleh, anak tuan puan pun insya-Allah boleh.
Jangan pernah putus asa. Anak yang ‘lewat mula’ bukan bermaksud anak yang ‘takkan berjaya’.
Percaya, usaha, dan teruskan.
Azzahra Online Tuition — bersama anda, bantu anak bangkit ✊🏻
Untuk pelajar yang memerlukan kelas persediaan UKKM dan PKSK, sila hubungi kami untuk dapatkan bimbingan terbaik buat anak anda: