Ahad, 12 Julai 2026


"Mengapa kita perlu mencari rezeki yang berkat?"

Setiap pagi kita keluar bekerja dengan satu tujuan yang sama – mencari rezeki untuk keluarga.

Tetapi sebagai seorang Muslim, matlamat kita bukan sekadar membawa pulang banyak rezeki, sebaliknya membawa pulang rezeki yang halal dan penuh keberkatan.

Kerana keberkatan itulah yang menjadi asbab Allah SWT mempermudahkan urusan hidup kita dan anak-anak.

Rezeki yang berkat bukan hanya mengenyangkan perut, tetapi turut memberi kebaikan kepada jiwa.

Rezeki yang berkat bukan hanya membayar yuran sekolah, tetapi menjadi asbab Allah membuka pintu kefahaman dan kecemerlangan anak-anak.

Rezeki yang berkat bukan hanya membeli keperluan mereka, tetapi menjadi asbab doa ibu bapa lebih mudah dimakbulkan.

Sebagai ibu bapa, kita semua mengimpikan anak yang berjaya dalam pelajaran, berakhlak mulia, dipermudahkan urusannya dan menjadi penyejuk hati di dunia serta akhirat.

Semuanya bermula dengan rezeki yang kita bawa pulang.

Justeru, marilah kita bekerja dengan penuh amanah, jujur, ikhlas dan bersungguh-sungguh. Elakkan penipuan, pengkhianatan amanah, ikhtilat dalam pergaulan, culas waktu kerja dan perkara yang boleh menghilangkan keberkatan rezeki.

Kerana mungkin kejayaan anak-anak pada masa hadapan bukan hanya hasil usaha mereka semata-mata, tetapi juga hasil daripada keberkatan rezeki yang diperoleh oleh ibu dan ayah.

"Apabila rezeki diberkati, bukan sahaja kehidupan menjadi tenang, bahkan Allah SWT mampu membuka jalan-jalan kejayaan yang tidak pernah kita sangka buat anak-anak kita." 🤲

KEBERKATAN REZEKI ANTARA KUNCI KEJAYAAN ANAK-ANAK

#azzahraonlinetuition #tuisyenterbaik #tuisyenonline #azzahraprihatin #TipsIbuBapa #ibubapaprihatin


 

Sabtu, 11 Julai 2026


"Kenapa anak saya lebih suka diam?"

Ramai ibu ayah menyangka anak hanya pemalu atau introvert.

Hakikatnya, ada anak yang ingin bercakap, tetapi sukar mengeluarkan perkataan dengan baik.

Mereka tahu jawapannya.
Mereka faham apa yang dipelajari.
Mereka mahu berkongsi pendapat.

Namun apabila tiba masa untuk bercakap, mereka sukar mencari perkataan, sukar menyusun ayat atau tidak dapat meluahkannya dengan lancar. Akhirnya, mereka memilih untuk diam.

Apabila keadaan ini berlarutan, kesannya boleh menjadi semakin besar:

🔹 Keyakinan diri semakin merosot.
🔹 Takut bercakap dengan orang lain.
🔹 Sukar berkawan dan bergaul.
🔹 Mengelakkan aktiviti yang memerlukan komunikasi.
🔹 Prestasi akademik boleh terjejas, terutama semasa pembentangan atau menjawab soalan di dalam kelas.
🔹 Mudah berasa cemas apabila diminta bercakap.
🔹 Menyimpan emosi kerana sukar meluahkan apa yang dirasai.
🔹 Berisiko dipinggirkan atau disalah anggap sebagai malas, sombong atau tidak berminat.

Yang paling menyedihkan...

Ramai menganggap anak ini kurang bijak.

Sedangkan hakikatnya, kesukaran bertutur tidak bermaksud mereka kurang cerdas. Ada anak yang memahami dengan baik, tetapi menghadapi cabaran untuk menyebut perkataan, menyusun ayat atau bercakap dengan lancar.

❤️ Sebagai ibu ayah, jangan abaikan tanda-tanda ini.

Lebih awal puncanya dikenal pasti, lebih awal anak boleh dibantu membina keyakinan, meningkatkan kemahiran komunikasi dan mengembangkan potensi diri.

Kerana setiap anak berhak didengari, difahami dan diberi peluang untuk bersinar.

#azzahraonlinetuition #tuisyenterbaik #tuiyenonline #azzahraprihatin #ibubapaprihatin

 

Rabu, 8 Julai 2026


🚨 TINGGAL 1 HARI LAGI!

Ibu ayah Tahun 6, jangan terlepas tarikh penting ini. 📢

Permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus & MRSM Tingkatan 1 Tahun 2027 akan dibuka esok!

🗓️ 10 Julai 2026 - 14 Ogos 2026

Sebelum membuat permohonan, pastikan ibu ayah:

Mengemaskini maklumat dalam Modul Pengurusan Murid (MPM).
Menyediakan dokumen yang diperlukan.
Berbincang dengan anak mengenai sekolah pilihan.
Tidak menunggu sehingga saat akhir untuk mengisi permohonan.

📌 Ingat, memilih sekolah bukan sekadar memilih nama yang terkenal, tetapi memilih sekolah yang paling sesuai dengan potensi, minat dan keperluan anak.

💡 Jika anak bercita-cita untuk memasuki SBP, MRSM atau Sekolah Khusus, inilah masanya.

Di Azzahra Online Tuition, kami membantu pelajar membuat persediaan PKSK melalui kelas yang berfokus, latihan berstruktur dan bimbingan daripada guru berpengalaman supaya mereka lebih yakin menghadapi ujian nanti.

Jangan tunggu sehingga tarikh ujian semakin hampir. Persediaan awal memberi lebih banyak ruang untuk anak menguasai kemahiran yang diperlukan.

#AzzahraOnlineTuition #PKSK2026 #MRSM2027 #SBP2027 #SekolahKhusus2027 #PermohonanSekolahKhusus #PersediaanPKSK #Tahun6 #IbuBapaPrihatin #PendidikanMalaysia

 


"Bab 1 saya belajar sendiri... memang susah nak faham."

Saya rasa, ramai ibu bapa pernah mendengar ayat seperti ini daripada anak-anak mereka.

Bukan kerana mereka malas.

Bukan kerana mereka tidak berusaha.

Tetapi ada masanya, mereka benar-benar sudah mencuba... cuma belum menemui cara pembelajaran yang sesuai.😔

Itulah yang dikongsikan oleh seorang pelajar SPM selepas menghadiri kelas Physics pertamanya bersama Azzahra Online Tuition.

"Bila cikgu ajar, rasa terlalu simple dan senang difahami."

"Cikgu sangat friendly. Masa kelas pun tak mengantuk dan memang boleh fokus."

Membaca mesej seperti ini sentiasa membuatkan kami bersyukur.

Kerana sebagai pendidik, matlamat kami bukan sekadar menghabiskan silibus.

Kami mahu setiap pelajar benar-benar faham, bukan sekadar menghafal.

Bagi kami, saat yang paling bermakna bukanlah apabila pelajar memuji cara kami mengajar.

Tetapi apabila mereka mula berkata...

"Saya faham." ❤️

Kerana daripada satu ayat itu, lahirlah keyakinan.😇

Daripada keyakinan, lahirlah semangat untuk terus belajar.

Dan daripada semangat itulah, lahirnya keputusan yang membanggakan.

🤍 Jika anak masih berkata "saya tak faham", mungkin mereka bukan perlukan lebih banyak belajar. Mereka cuma perlukan guru yang mampu menerangkan dengan cara yang mereka faham.😀

Jom bina keyakinan anak bersama Azzahra Online Tuition.

#AzzahraOnlineTuition #SPM2026 #PhysicsSPM #TuisyenOnline #BelajarPhysics #AnakCemerlang #PendidikanMalaysia #IbuBapaPrihatin #SPM #BelajarDenganYakin

 


Kadang-kadang kita di Malaysia tak sedar betapa bertuahnya kita.

Sejak kecil, selepas Maghrib kita dah biasa melihat anak-anak berjalan kaki sambil membawa muqaddam ke rumah ustaz atau ustazah.

Nak cari kelas mengaji pun bukan sesuatu yang sukar.

Tetapi rupanya, keadaan itu sangat berbeza di Dubai.

Hampir waktu Maghrib, saya menerima mesej daripada seorang ibu yang menetap di sana. Beliau sedang mencari kelas mengaji untuk anaknya yang baru berusia 5 tahun.

Katanya, mereka sudah lama mencari ustaz atau ustazah yang boleh datang mengajar di rumah, tetapi memang sukar. Nak cari pusat mengaji juga bukan mudah kerana kebanyakan kelas hanya dibuka ketika program summer camp.

Apabila anaknya semakin mahir menggunakan iPad, barulah mereka mula mempertimbangkan kelas mengaji secara online.

Namun, si ibu mempunyai satu permintaan.

"Kalau boleh, saya nak ustaz atau ustazah yang boleh bercakap dalam Bahasa Inggeris."

Sebabnya mudah.

Di rumah, anaknya lebih selesa bertutur dalam Bahasa Inggeris kerana bapanya merupakan warga tempatan di sana.

Alhamdulillah, kami berjaya padankan mereka dengan seorang guru yang sesuai.

Selesai sahaja kelas pertama, belum sempat saya bertanya bagaimana pengalaman mereka...

Ting! Ting!

Masuk satu mesej daripada si ibu.

"Happy sangat. Teacher is very good in teaching. Pandai ambil perhatian anak saya. Saya happy sangat tengok anak excited dengan kelas. Dah tak sabar-sabar nak masuk next class." ❤️

Terus saya tersenyum membaca mesej itu.

Beliau berkongsi, sebelum ini setiap kali mencuba kelas online, anaknya akan menangis sebelum kelas tamat. Sukar untuk fokus dan cepat hilang minat.

Tetapi kali ini berbeza.

Apabila bertemu dengan guru yang tahu cara mendekati kanak-kanak, belajar mengaji bukan lagi satu paksaan.

Malah, setiap minggu anaknya sendiri yang akan bertanya,

"Mama, bila kelas mengaji lagi?" 🥹

Sebagai ibu bapa, itulah kebahagiaan yang sebenar.

Bukan sekadar melihat anak boleh membaca Al-Quran, tetapi melihat mereka belajar dengan gembira, yakin dan mula mencintai kalam Allah sejak kecil.

Tak kira anda berada di Malaysia, Dubai atau di mana sahaja di dunia, jarak bukan lagi penghalang untuk anak belajar Al-Quran apabila dipertemukan dengan guru yang tepat.

🤍 Mulakan langkah kecil hari ini. Insya-Allah, ia boleh menjadi permulaan kepada hubungan anak dengan Al-Quran yang akan kekal sepanjang hayat. Aamiin

Jom bantu anak mencintai Al-Quran bersama Azzahra Online Tuition.

#AzzahraOnlineTuition #KelasMengajiOnline #MengajiOnline #KelasAlQuran #NgajiOnline #IbuBapaMalaysia #MuslimParents #QuranForKids #PendidikanIslam #AnakCintaAlQuran

 


Masuk sekolah KAFA pada umur 9tahun.
Tiada yang lebih membahagiakan hati ibu ayah selain melihat hasil daripada usaha dan doa yang tidak pernah putus. 🤍
Alhamdulillah, tahniah buat Husna atas kejayaan memperoleh 8A dalam peperiksaan UPKK.
Lebih bermakna, Husna telah mengikuti kelas KAFA bersama Azzahra Online Tuition sejak Tahun 1 lagi. Kejayaan hari ini bukan berlaku dalam sehari, tetapi hasil usaha yang konsisten, bimbingan guru serta sokongan ibu ayah yang sentiasa berada di sisi.
Terima kasih kepada ibu ayah Husna atas kepercayaan yang diberikan kepada kami selama ini.
Semoga kejayaan ini menjadi permulaan kepada lebih banyak pencapaian yang cemerlang pada masa hadapan. Insya-Allah. 🌹


 


Kesilapan Ibu Ayah Semasa Mengisi Borang Permohonan Online
1. Mengisi borang pada saat akhir.
Ramai ibu bapa menunggu sehingga tarikh akhir sebelum mula mengisi borang. Jika berlaku masalah internet, sistem sesak atau dokumen tidak lengkap, permohonan boleh tergendala.
2. Tidak menyemak maklumat sebelum dihantar.
Kesilapan pada nama, nombor MyKid/MyKad, alamat, nombor telefon atau maklumat ibu bapa boleh menyebabkan masalah semasa proses semakan.
3. Tidak menyediakan dokumen lebih awal.
Ada ibu bapa baru mencari sijil kelahiran, slip keputusan atau dokumen sokongan ketika sedang mengisi borang. Akibatnya, proses menjadi kelam-kabut dan mudah berlaku kesilapan.
4. Tidak membaca syarat dan panduan permohonan.
Setiap sekolah atau program mempunyai syarat kelayakan yang berbeza. Pastikan semua syarat difahami sebelum menghantar permohonan.
5. Tidak menyimpan bukti permohonan.
Selepas menghantar borang, simpan salinan, nombor rujukan atau tangkap layar sebagai bukti. Ia memudahkan semakan sekiranya berlaku sebarang masalah pada masa akan datang.
6. Tiada perancangan yang teliti dalam pemilihan sekolah.
Ramai ibu bapa memilih sekolah secara tergesa-gesa tanpa merancang pilihan utama, pilihan kedua dan pilihan ketiga. Setiap pilihan sepatutnya dibuat berdasarkan peluang, kesesuaian dan matlamat pendidikan anak.
7. Tidak membuat kajian tentang sekolah yang dipilih.
Setiap sekolah mempunyai keistimewaan, budaya pembelajaran, aliran akademik, kokurikulum dan syarat kemasukan yang berbeza. Luangkan masa untuk membuat bacaan dan kajian sebelum membuat keputusan.
8. Memilih sekolah yang ibu ayah mahukan, bukan yang sesuai untuk anak.
Ada ibu bapa memilih sekolah berdasarkan impian mereka sendiri, sedangkan minat, kebolehan dan kemampuan anak juga perlu diambil kira. Sekolah yang terbaik ialah sekolah yang dapat membantu anak berkembang mengikut potensi mereka.
9. Tidak berbincang dengan anak tentang sekolah pilihan.
Walaupun keputusan akhir di tangan ibu bapa, anak juga perlu diberi ruang untuk berkongsi pandangan dan kesediaan mereka. Apabila anak memahami sebab sesuatu sekolah dipilih, mereka akan lebih bersedia dan bersemangat untuk menyesuaikan diri.
10. Tidak menyediakan pelan alternatif.
Ramai ibu bapa hanya berharap kepada satu sekolah pilihan. Sekiranya permohonan tidak berjaya, mereka menjadi kelam-kabut. Sentiasa sediakan beberapa pilihan sekolah yang sesuai sebagai pelan sandaran.
📌 Tip untuk ibu bapa:
Jangan tunggu saat akhir. Sediakan semua dokumen lebih awal, semak setiap maklumat dengan teliti dan pastikan permohonan dihantar sebelum tarikh tutup.
Setiap pelajar yang berdaftar sepatutnya akan mendapat penempatan untuk ke ujian PKSK. Namun ada juga yang tidak dapat panggilan hanya kerana ISI BORANG TIDAK LENGKAP ATAU TIDAK TEPAT