Jumaat, 7 November 2025









 

10 KESILAPAN YANG BUAT CALON GAGAL DALAM TEMUDUGA SEKOLAH KHUSUS
❗10 kesilapan besar yang nampak remeh —
tapi cukup untuk jatuhkan markah sahsiah dan keyakinan diri.

Kalau anak bakal ke temuduga Sekolah Terpilih —
AWAS. Jangan ulang kesilapan ini. 👇

🚫 1. Masuk tanpa beri salam atau ucapan sopan
Tindakan pertama yang panel nilai ialah adab.
Masuk tanpa salam = markah sahsiah terus jatuh.
➡️ Ajar anak beri salam, senyum dan tunduk hormat.
🚫 2. Duduk tanpa disuruh
Nampak kecil, tapi tunjuk sikap tergesa dan kurang ajar.
➡️ Tunggu panel pelawa sebelum duduk atau meminta izin untuk duduk
🚫 3. Menjawab dengan nada kasar atau bahasa pasar
“Entah.” “Tak tahu.” “Ha, macam tu la.”
➡️ Salah! Ganti dengan bahasa sopan seperti,
“Maaf cikgu, saya kurang pasti.”
🚫 4. Tidak menjaga postur dan pandangan mata
Menunduk, goyang kaki, atau terlalu kaku —
semuanya tunjuk kurang keyakinan.
➡️ Ajar anak duduk tegak, senyum, dan pandang sopan ke arah panel.
🚫 5. Menjawab terlalu pendek atau terlalu panjang
Panel bukan nak dengar ceramah, tapi nak lihat kejelasan fikiran.
➡️ Jawab ringkas tapi padat.
🚫 6. Tidak tahu tentang sekolah yang ditemuduga
Bila ditanya “Kenapa nak masuk MRSM?”, jawab “Sebab mak suruh.”
➡️ Panel terus tahu calon tak bersedia.
Ajar anak kenali latar sekolah & sebab sebenar dia nak ke sana.
🚫 7. Tidak tahu cita-cita sendiri
Anak yang tak ada hala tuju nampak lemah dari segi motivasi.
➡️ Latih anak jawab cita-cita dengan sebab.
“Saya nak jadi doktor sebab saya nak bantu orang sakit.”
🚫 8. Tunjuk wajah bosan atau malas
Muka masam, mata ke bawah, atau nada malas —
➡️ Panel akan tandakan calon ini sebagai tiada semangat.
🚫 9. Menunjuk-nunjuk atau terlalu yakin hingga sombong
Yakin itu perlu, tapi jangan melampau.
➡️ Panel nilai kesederhanaan dan kejujuran.
🚫 10. Datang lewat semasa sesi Temuduga
Pelajar akan kelam kabut dan akhirnya menjawab soalan acuh tidak acuh
➡️ Pastikan anak bangun awal dan sampai awal di pusat temuduga

INGAT! tidak semua pelajar akan dijemput ke sesi temuduga. Pada pelajar yang dapat panggilan pastikan anda buat persediaan dan buat yang terbaik.

Temuduga sekolah khusus bukan medan tunjuk siapa paling pandai,
tapi siapa paling beradab, matang dan jujur.

Kalau anak puan bakal ke Sekolah-sekolah khusus —
latih dari sekarang.

👉 Jangan biar 10 kesilapan ni rosakkan peluang besar anak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan