Sabtu, 8 November 2025


“Bukan Markah PKSK Semata-mata Yang Menentukan!”
Sebaliknya, ada 5 komponen yang dinilai untuk kemasukkan ke sekolah khusus

Ramai ibu bapa sangka markah PKSK saja yang jadi penentu masuk ke sekolah khusus. Tapi sebenarnya… tidak

5 komponen utama:
1️⃣ Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) – 40%
Menguji sahsiah, IQ & cara berfikir anak.
Ujian berasaskan komputer yang menilai keupayaan pelajar berfikir dan membuat keputusan.
2️⃣ Status Sosioekonomi (SES) – 25%
Diambil kira pendapatan ibu bapa / penjaga serta lokasi tempat tinggal (bandar/luar bandar).
Tujuannya beri keutamaan kepada pelajar B40 dan luar bandar
3️⃣ Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) – 20%
Berdasarkan markah kokurikulum yang direkod di sekolah rendah termasuk sukan, persatuan, kelab, dan unit beruniform.
4️⃣ Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) – 10%
Merujuk kepada laporan akademik dan tahap penguasaan murid yang dinilai oleh guru di sekolah.
5️⃣ Kepimpinan – 5%
Diambil kira jika murid memegang jawatan kepimpinan (contoh: pengawas, ketua darjah, ketua unit, dan seumpamanya).

Bentuk anak secara menyeluruh — akademik, sahsiah & kepimpinan.

Azzahra Online Tuition bantu anak bukan sekadar skor akademik, tapi bersedia jadi pelajar seimbang yang layak ke sekolah berprestij. 💪

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan