Kisah Inspirasi Mukhlis ke MRSM Besut yang Wajar Jadi Inspirasi Setiap Ibu Bapa
Di sebalik setiap anak yang berjaya ke sekolah impian — ada ibu bapa yang berkorban masa, tenaga dan doa tanpa henti.
Mukhlis bin Muhamad Lutfan kini menuntut di MRSM Besut, Terengganu.
Namun perjalanan itu bukan bermula semasa PKSK…
Ia bermula jauh lebih awal — bahkan sejak beliau mula diajar tentang disiplin dan tanggungjawab.
Ibunya percaya, jika mahu anak berjaya ke sekolah berasrama, persediaan mesti bermula lebih awal.
“Saya mula kukuhkan akademik Mukhlis dengan kelas tuisyen, kumpul point PAJSK sejak Tahun 4, dan biasakan dia membaca untuk tambah pengetahuan am.
Untuk bahagian Artikulasi Penulisan, saya latih dia menulis karangan setiap minggu — walaupun penat, saya tahu inilah latihan yang akan membezakan dia nanti.”
Tapi baginya, persediaan bukan sekadar akademik.
“Ibu bapa kena bantu anak bersedia dari segi emosi juga.
Boleh hantar ke kem cuti sekolah untuk latih berdikari.
Pilih sekolah yang sesuai, tak terlalu jauh supaya kita boleh pantau bila anak perlukan kita.”
Kini, setiap kali melihat Mukhlis melangkah memakai baju MRSM,
terbayang segala titik peluh, bimbingan, dan kesabaran yang akhirnya berbalas dengan senyuman bangga.
kejayaan anak bukan sekadar tentang markah,
tetapi tentang bimbingan, kasih, dan persediaan awal yang ibu bapa tanam sejak kecil.
Jika hari ini anak kita masih di sekolah rendah tahap 1,
belum terlambat untuk mula — bantu mereka bina asas kukuh, latih keyakinan diri dan semangat juang.
Kekurangan anak bukan satu alasan untuk kita tidak teruskan usaha. Sebaliknya mengenalpasti kekurangan anak lebih awal mampu membantu anak untuk memperbaiki dengan lebih cepat dan sekaligus menaikkan keyakinan anak dan mendapat keputusan yang cemerlang.
Kejayaan bukan didapati dalam tempoh yang singkat, sebaliknya untuk mencapai kejayaan, pelajar dan ibu bapa seharusnya bersedia untuk melalui satu proses yang panjang. berani untuk melalui proses tersebut dan tetap bermotivasi tinggi walau apa pun dilalui..
Kerana mencapai kejayaan yang luar biasa itu, selalu didatangi dengan cabaran yang tinggi. Namun yang pasti, yang berjaya ini adalah orang yang konsisten berusaha, tidak berputus asa dan sentiasa perbaiki diri, dengan izin Allah, in sha Allah kejayaan akan jadi milik anda.
Azzahra Online Tuition berbangga menjadi sebahagian kecil dari perjalanan luar biasa ini 
Semoga kisah Mukhlis menjadi inspirasi buat pelajar lain —
Kerana setiap kejayaan besar anak, bermula daripada keputusan kecil seorang ibu bapa yang memilih untuk tidak menunggu.
Terima kasih kepada Dr Anida, ibu kepada Mukhlis bin Muhamad Lutfan, atas perkongsian kisah dan gambar inspirasi ini 
tempat anak belajar dengan lebih fokus, dibimbing secara individu, dan disediakan untuk ujian sebenar kehidupan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan