Isnin, 10 November 2025


 

🌸 “Dari Impian Sejak Kecil ke Ujian Khas IGCSE” 🌸
Sejak Darjah 3 lagi, Zara dah ada impian nak belajar di luar negara.

Dia cari sendiri cara nak masuk universiti overseas,
siap minta ayah print maklumat universiti yang dia jumpa.

Minat English, suka bercakap dalam Bahasa Inggeris —
tapi katanya,
“Zara tak nak jadi teacher… Zara nak jadi lawyer.”

Menjelang PKSK 2025, ibu bapanya buat persediaan awal bersama Azzahra Home Tuition.
Alhamdulillah, Zara lulus PKSK dan terpilih ke Ujian Khas IGCSE.

Tapi perjalanan dia tak mudah.
Keputusan UASA baru-baru ni,
English 92, BM 88, RBT 98, Sains 92 —
tapi Matematik hanya 56%.
Alhamdulilah, markah BM banyak naik, terima kasih cikgu Azzahra yang mengajar Zara.

“Dia teriak masa bawak balik paper tu…”
kata ibunya, dengan suara yang sebak.

Namun Zara tak berhenti di situ.
Dia teruskan kelas persediaan Azzahra,
dan cikgu banyak bantu ajar cara jawab soalan critical thinking, maths

11/11 — hari ujian khas.
“Zara bagitahu tadi dia okay. Semangat. Happy je dia keluar tadi.”
“Alhamdulillah mama, dalam kelas Azzahra cikgu dah ajar cara jawab soalan macam ni.”

Dari impian kecil, kini Zara melangkah dengan yakin.
Bukti bahawa dengan usaha, doa, dan bimbingan yang betul —
tiada impian yang mustahil. 🌟

Azzahra Online Tuition – Menyemai impian, membimbing kejayaan.

Kami mendoakan kejayaan untuk semua pelajar Azzahra yang menduduki ujian pksk baru-baru ini dan juga yang dijemput untuk menghadiri ujian khas. Semoga impian anda semua menjadi kenyataan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan