💔 KESAN NEGATIF BILA MAK AYAH GADUH DEPAN ANAK
Benda yang bermain di fikiran anak-anak bila mak ayah bergaduh adalah BERPISAH. Mereka takut kehilangan orang yang mereka sayang. Mereka akan mula overthinking perkara tersebut.
📌 1. Anak rasa tak selamat & takut
Bila suara mak ayah meninggi, anak rasa dunia kecil mereka bergoncang.
➡️ Anak mudah cemas & jadi pemalu.
📌 2. Anak salahkan diri sendiri
Ramai anak kecil fikir pergaduhan berlaku sebab mereka.
➡️ Ini bina rasa bersalah & rendah diri.
📌 3. Prestasi akademik menurun
Tekanan emosi ganggu fokus belajar.
➡️ Anak hilang semangat ke sekolah, tak minat belajar.
📌 4. Masalah tingkah laku
Anak mungkin jadi agresif atau terlalu pendiam.
➡️ Mereka luah rasa stres dengan cara salah.
📌 5. Kesan jangka panjang ke remaja & dewasa
➡️ Sukar bina hubungan sihat, mudah stres, takut kahwin atau jadi ibu bapa nanti.
🌈 TIPS: Bila Mak Ayah Terlepas Gaduh Depan Anak
✅ 1. Segera Tenangkan Suasana
Lepas pergaduhan berlaku, ambil masa untuk bertenang dulu.
Jangan biar anak terus melihat sambungan konflik atau emosi yang belum reda.
✅ 2. Datang Pada Anak & Bercakap Dengan Lembut
Duduk setara dengan anak. Pandang mata mereka.
Contoh ayat:
“Tadi mak dan ayah bergaduh… itu bukan salah kamu.”
“Kami minta maaf sebab buat kamu rasa takut.”
“Mak ayah sedang belajar untuk jadi lebih baik.”
➡️ Ini bantu anak faham yang dia tidak bersalah dan tetap disayangi.
✅ 3. Peluk Anak – Fizikal Touch Sangat Penting
Anak perlukan sentuhan selamat selepas suasana tegang.
Pelukan bantu redakan hormon stres (cortisol) dalam badan mereka.
✅ 4. Tunjukkan Bahawa Konflik Sudah Selesai
Anak akan lebih tenang bila dia nampak mak ayah saling maafkan dan berdamai.
Contohnya:
✔️ Mak dan ayah bercakap dengan nada lembut semula.
✔️ Tunjukkan kasih sayang semula depan anak (senyum, sentuh tangan, peluk).
Ya, mak ayah tidak sempurna. Tapi mak ayah masih ada peluang untuk menjadi contoh terbaik untuk anak-anak. Kerana anak, walau mereka dimarahi, akhirnya mereka tetap memaafkan dan datang peluk mak ayah.
Cari kami jika mak ayah perlukan bantuan kami. Kerana kami sedia membantu
Cikgu Solehah: wassap.my/60125421825/AZHTBLOGJUL18B2225
Cikgu Raihana: wassap.my/60108787040/AZHTBLOGJUL18B2225
Cikgu Nur: wassap.my/60165970517/AZHTBLOGJUL18B2225
Cikgu Aina: wassap.my/60133474733/AZHTBLOGJUL18B2225
Cikgu Supiyah: wassap.my/60165077857/AZHTBLOGJUL18B2225
Berminat untuk join team Azzahra Online Tuition?
Pen. Pentadbir? Tutor? Perunding Pendidikan?
Klik link WhatsApp : wassap.my/60109159947/AZHTBLOGJUL18B2225
#HealingAnak #JiwaAnakPenting #MakAyahBelajarSama #ParentingDenganHati
%20-%20Made%20with%20PosterMyWall.jpg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan