Rabu, 30 Julai 2025

KEMASUKAN SBP & MRSM SESI 2025/2026 GUNA SISTEM TUNGGAL


 

MAKLUMAN PENTING UNTUK IBU BAPA
KEMASUKAN SBP & MRSM SESI 2025/2026 GUNA SISTEM TUNGGAL

Mulai tahun ini, permohonan ke Sekolah Khusus seperti SBP dan MRSM akan diselaraskan di bawah 1 sistem tunggal.

APA ITU SISTEM TUNGGAL?

✅ 1 permohonan sahaja untuk SBP & MRSM
✅ 1 ujian sahaja – iaitu PKSK (Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus)
✅ 1 tawaran sahaja akan diberikan (sama ada SBP atau MRSM)
🎯 MACAM MANA IA BERFUNGSI?
🔸 Pelajar boleh memilih SBP atau MRSM sebagai pilihan utama
🔸 Penempatan berdasarkan prestasi ujian PKSK dan pilihan utama calon
🔸 Jika tidak berjaya, boleh buat rayuan selepas keputusan diumumkan
🔸 Tiada lagi tawaran berganda – tempat akan diagihkan kepada calon lain yang layak
🔧 KELEBIHAN SISTEM INI
✅ Lebih mudah & cepat – hanya 1 permohonan & 1 ujian
✅ Kurang tempat kosong terbazir (dulu ramai terima tawaran berganda, tapi hanya pilih 1)
✅ Lebih ramai pelajar berpeluang dapat tempat
📌 Jika anda mahu anak anda masuk MRSM atau SBP, pastikan:
1. Buat permohonan awal
2. Anak bersedia hadapi ujian PKSK
3. Pilih keutamaan (MRSM atau SBP) dengan jelas
Nak bantu anak lebih bersedia untuk PKSK?
Kami di Azzahra Home Tuition sedia membantu dengan:
✅Simulasi PKSK sebenar
✅Latihan Karangan Bahagian C
✅Subjek yang disediakan:
– Bahasa Melayu
– Bahasa Inggeris
– Sains
– Matematik
– Pengetahuan Am
– Kecerdasan Intelek
– Teknologi
📲 WhatsApp kami untuk maklumat lanjut.
Berminat untuk join team Azzahra Online Tuition?
Pen. Pentadbir? Tutor? Perunding Pendidikan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan