Ahad, 6 Julai 2025

NAK ANAK MUDAH SKOR A? KENALI KARAKTER ANAK (PART 2)


NAK ANAK MUDAH SKOR A? KENALI KARAKTER ANAK (PART 2)

Tahukah ibu,
setiap anak belajar dengan cara yang berbeza.
Ada anak yang cepat faham bila melihat, ada yang lebih tangkap bila mendengar, dan ada pula yang hanya benar-benar faham bila mencuba sendiri.

Dan bila kita ajar ikut gaya belajar mereka,
anak jadi lebih mudah faham, lebih bersemangat, dan lebih yakin untuk capai A.

👀 Ada anak yang perlu melihat untuk faham – mereka ini anak Visual
👂 Ada yang lebih mudah menangkap melalui pendengaran – mereka anak Auditori
✋ Dan ada yang perlu buat dengan tangan sendiri – mereka ini anak Kinestetik

Ada anak yang susah fokus bila belajar.
Ada yang cepat bosan, tak suka dengar ceramah panjang.
Ada juga yang belajar sungguh-sungguh, tapi masih tak dapat A.

Sebagai ibu, kita mungkin rasa buntu.

Tapi… ibu tahu tak?
Mungkin sebab anak kita belajar bukan ikut gaya yang sesuai dengan dirinya sendiri.

PART 2 : ANAK KARAKTER AUDITORI (Belajar Melalui Pendengaran)

Anak Auditori pula suka dengar penjelasan.
Mereka mungkin tak salin nota, tapi boleh ulang semula apa cikgu cakap. Bila belajar sambil berbual, mereka lebih mudah ingat!
✅Karakter:
-Cepat tangkap maklumat melalui bunyi atau perbualan
-Suka bercerita, berbincang, atau bertanya
-Ingat apa yang didengar dengan baik
-Guna perkataan seperti “dengar”, “beritahu saya”, “jelaskan”
-Contoh: Mereka boleh ulang balik ayat cikgu walaupun tak salin nota.
✅Cara Belajar:
-Belajar melalui rakaman suara, ceramah, atau perbualan
-Baca nota dengan kuat (self-reading aloud)
-Belajar secara berkumpulan atau diskusi
-Guna irama, lagu, atau teknik mnemonik bunyi
-Gunakan aplikasi pembelajaran audio seperti podcast pelajaran

💓 Di Azzahra Online Tuition,
kami percaya bahawa setiap anak unik.
Kami kenal pasti gaya belajar anak terlebih dahulu, kemudian ajar ikut gaya mereka.

Sebab itu ramai anak seronok belajar, dan markah pun makin naik! 👍

“Bila belajar ikut gaya mereka, barulah mereka rasa yakin & bermotivasi.”
Ibu nak kami bantu anak ibu belajar ikut gaya mereka?


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan