Isnin, 7 Julai 2025

NAK ANAK MUDAH SKOR A? KENALI KARAKTER ANAK (PART 3)


NAK ANAK MUDAH SKOR A? KENALI KARAKTER ANAK (PART 3)

Tahukah ibu,
ada anak yang tak boleh duduk diam lama...
tapi itu bukan tanda mereka tak fokus.
Mereka sebenarnya anak yang belajar melalui pergerakan dan sentuhan.
Setiap kali mereka menulis, melakar, atau buat sesuatu dengan tangan — itulah cara mereka memahami dan mengingati apa yang dipelajari.

Anak ini kita panggil sebagai anak Kinestetik.
Mereka perlukan aktiviti praktikal, bukan sekadar duduk dan mendengar.

PART 3 : ANAK KARAKTER KINESTETIK (Belajar Melalui Pergerakan & Sentuhan)

👉 Anak Kinestetik? Mereka suka bergerak, menulis, melakar.
Mereka tak duduk diam tapi mereka belajar dengan tangan dan badan. Bila diberi aktiviti praktikal, barulah mereka boleh fokus dan faham.

✅ Karakter:
Tak boleh duduk diam lama
Suka bergerak, menyentuh, mencuba sendiri
Belajar dengan "buat sendiri", bukan hanya tengok atau dengar
Guna perkataan seperti “rasa”, “pegang”, “cuba”
Contoh: Pelajar kinestetik mudah faham bila mereka melibatkan diri secara fizikal.
✅ Cara Belajar:
Aktiviti praktikal: eksperimen, role-play, bina model
Belajar sambil bergerak: berjalan sambil baca, guna gesture
Guna objek sebenar semasa belajar (alat bantu belajar fizikal)
Pecahkan masa belajar kepada sesi pendek dan aktif
Belajar sambil menulis, melukis, atau membuat senaman ringan

💡 Di Azzahra Online Tuition,
kami percaya bahawa setiap anak unik.
Kami kenal pasti gaya belajar anak terlebih dahulu, kemudian ajar ikut gaya mereka.

Sebab itu ramai anak seronok belajar, dan markah pun makin naik!

🌈 “Bila belajar ikut gaya mereka, barulah mereka rasa yakin & bermotivasi.”

Berminat untuk sertai team kami?
Bagi jawatan Tutor, Perunding Pendidikan atau Pentadbiran (Full time/ Part time)
Klik link di bawah….
Pegawai Sumber Manusia:

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan