Selasa, 22 Julai 2025

🌟 SENIOR TUTOR TERBAIK – JUN 2025 🌟


 

🌟 SENIOR TUTOR TERBAIK – JUN 2025 🌟
💐 Cikgu Munawarah Binti Mohd Zainal
Azzahra Home Tuition
"Bukan semua orang sanggup bertahan ketika penat, apatah lagi untuk terus memberi dalam diam walau tidak dipuji."
Begitulah Cikgu Munawarah – seorang wanita cekal yang memilih untuk percaya kepada usaha, bukan semata-mata hasil.
📌 Setiap kali sesi kelas bermula, beliau akan bertanya dalam hati – adakah ilmu yang dikongsi hari ini akan menjadi saham akhiratnya nanti?
Kerana itu, setiap senyuman dan setiap hela nafas dalam kelas, semuanya datang dengan satu niat: "Ya Allah, aku ingin redha-Mu."
Namun, jalan yang dilalui tidak sentiasa indah.
💭 Pernahkah kamu bayangkan bagaimana rasanya menghabiskan sesi pengajaran dengan penuh kecewa kerana pelajar masih tidak faham?
💭 Pernahkah kamu terfikir bagaimana rasanya terpaksa membina semula seluruh pendekatan kerana emosi pelajar berubah-ubah?
Tapi Cikgu Munawarah tak pernah putus asa.
Jika pelajar tidak dapat faham hari ini, dia akan refleksi, fikir semula, susun strategi semula, Dan yang lebih hebat – dia tidak lokek berkongsi. Tutor-tutor lain pasti pernah menerima mesejnya – dengan maklumat penuh dan cadangan penyelesaian untuk pelajar yang memerlukan. Kerana, baginya – kejayaan seorang pelajar adalah tanggungjawab bersama.
👩‍🏫“Menjadi tutor bukan sekadar mengajar – tapi perlu memahami, mendengar, dan mengimbangi semua keperluan dengan empati.” Kata-kata ini benar-benar menggambarkan siapa Cikgu Munawarah. Beliau tidak sekadar menyampaikan ilmu – tapi menyentuh hati. Dan kerana itu, beliau mampu mengatur keutamaan tugasnya dengan baik, tanpa emosi yang menggoyahkan semangat.
Kenapa beliau terus setia bersama Azzahra?
Satu jawapan:
🤝 “Sebab saya rasa dihargai. Circle yang positif. Peringatan yang menyentuh jiwa. Saya mahu terus jadi lebih baik, lebih disiplin, lebih ikhlas.”
💜 Tahniah Cikgu Munawarah.
Terima kasih kerana menjadi contoh buat kami semua. Semoga Allah terus pelihara langkahmu dan menjadikan setiap ilmu yang disampaikan sebagai cahaya yang mengiringi hidupmu… hingga ke akhirat.
Klik link di bawah ⬇️
Berminat untuk sertai team kami?
Bagi jawatan Tutor, Perunding Pendidikan atau Pentadbiran (Full time/ Part time)
Klik link di bawah ⬇️

Tiada ulasan:

Catat Ulasan